BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nama unik Kampung Apa-Apa

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
31hm486.transformed.jpg


Pasir Mas: ‘Apa-apa? Kenapa apa-apa?’, ‘Eh, peliknya nama kampung... apa-apa’. Itu antara teguran dan sindiran orang ramai yang tidak mengetahui mengenai Kampung Apa-Apa yang terletak di daerah ini.

Kampung itu tidak besar dan hanya didiami 200 penduduk sejak awal pembukaannya yang difahamkan ratusan tahun dulu.

Namun, ramai orang luar yang tidak mengetahui mengenai kewujudan kampung itu akan tergelak dengan namanya, bahkan ada yang menyindir hanya disebabkan namanya yang dianggap tidak komersial serta pelik.

Bagaimanapun, penduduk jati kampung itu tetap bangga dengan nama ‘apa-apa’ dan tidak berhasrat menukarnya meskipun ada yang mentertawakan.

Penduduk Mohamad Omar, 80, berkata, nama ‘apa-apa’ diperoleh daripada pokok besar yang tumbuh di kampung itu suatu ketika dulu.

“Memang ramai keliru dengan nama kampung ini kerana namanya seperti kita bertanya kembali soalan kepada mereka.

“Puas diterangkan baru mereka faham bahawa nama kampung inilah Apa-Apa. Ia inspirasi daripada pokok besar yang terletak di tengah sawah suatu ketika dulu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27586#sthash.WruMbCsB.dpuf
 
Apa kat mana..Apa-apa kat mana..

Apa kat mana..

Hmm..kompius pakcik
 
Apa nama kampung nie? Apa-apa?
 
senyum tak perlu kata apa-apa
 
kang di tukarrnya nama...
kampung apam-apam... lagik korang gelak..

cukuplah nama kampung apa-apa
 
Back
Top
Log in Register