BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nama ku ialah S !

lain kali bagi nama anak yang bagus2.. macam "Orang Baik" , "Bersabar" , atau "Anak Rajin" . hah baru la straight to the point.

Orang Baik bin Anak Rajin .
 
Wanita miliki nama terpendek, S

s-binti-rusli-300x262.jpg

Du5HSsJV4AE4JCG.jpg

S: Nama menjadi bualan bukan sahaja ketika zaman belajar malah sehingga melangkah ke alam pekerjaan.

ISKANDAR PUTERI: Ada kisah di sebalik setiap nama yang diberikan ibu bapa kepada cahaya mata mereka.

Bagaimana nama seseorang diperolehi juga pasti ada ceritanya.

Ada di antara kita yang mempunyai nama ringkas, panjang atau berkait dengan sesuatu peristiwa.

Wanita berusia 32 tahun, S Rusli, mungkin merupakan antara pemilik nama paling pendek di negara ini atau mungkin juga di seluruh dunia.

Menurutnya yang bekerja sebagai pelukis pelan, namanya menjadi bualan bukan sahaja ketika zaman belajar malah sehingga melangkah ke alam pekerjaan.

Katanya, ramai yang tidak percaya ketika dia memperkenalkan diri dengan nama itu.

"Kadang-kadang kita beritahu orang nama, tetapi dia ingat itu nama samaran. Jadi saya kena keluarkan kad pengenalan.

"Kalau kita tulis borang, ada gelak ketawa kerana nama macam pelik. Kalau tengok reaksi pelik, kita sudah gelak, saya cakap memang nama saya macam itu.

"Ayah saya bagi nama mcm itu tetapi saya gembira, tidak ada masalah semasa sekolah. Ada juga yang mengejek S nama Superman tetapi tidak apalah, simbol S ok," katanya.

Pemegang Diploma Teknologi Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, dia sangat selesa dengan nama pendek pemberian ayahnya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 57 tahun.

Selain S, nama adik-adiknya juga pendek, ringkas dan mudah diingat iaitu Liz (29 tahun), Maz (18 tahun) dan Hani, 15 tahun.

S yang bertugas sebagai pelukis pelan bangunan di syarikat swasta berkata, nama yang ringkas juga mempunyai kesukaran dari segi kepercayaan.

Jelasnya, ada di kalangan kawan, kakitangan awam dan pihak sekolah yang tidak percaya ketika dia mendaftarkan namanya.

Kerana itu, S selalu membawa kad pengenalannya ke mana-mana walaupun ketika menemani anak beriadah di taman permainan berdekatan.

Kata S, walaupun namanya hanya satu huruf, suaminya Nuzrul Hasan, 38 tahun, terlalu gemuruh sehingga terpaksa mengulang akad tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri.

"Pernah semasa di klinik gigi dahulu, semasa pendaftaran doktor memarahi jururawat kerana tidak mengisi nama penuh.

"Sekali lagi semasa akad nikah, suami lafaz tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri," jelasnya.

Ibu kepada tiga anak itu juga memilih untuk memberikan nama yang ringkas kepada anak-anaknya iaitu Yani (10 tahun), Dani (4 tahun) dan Wani (1 tahun).

Sementara itu, Rusli berkata, nama S diberikan kerana nama bapanya, Ahmad Abdul Karim yang terlalu panjang.

"S itu bermakna senang kalau hendak dihuraikan. InsyaAllah, senang sampai bila-bila. Kehidupan S pun Alhamdulillah senang," ujarnya.

Pada Rusli, apa pun nama yang diberikan,sudah cukup jika ia memudahkan orang lain untuk menyebut dan mengingatinya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/nama-saya-s-194040

fuhh..lepas 7tahun astro update balik cite ni

betul2 xde cite astro..duk ulang2 je

mintak 5 tahun lagi kuar balik cite die
 
selalu nama pelik2 ni samada orang asli atau family asal indo.. a.k.a boyan
 
Macam mana rupa signature dalam buku account bank dia agaknya..
 
sempoi panggil s

s cepat jer dia kata yer

nama Saya Firdaus

bila gtau orang cina nama saya Firdaus

diorang akan sebut macam macam nama

pidosh

firdosh

fidoh

kene sebut banyak kali
 
Masalah bila isi borang

image.jpg

S menunjukkan kad pengenalannya.

ISKANDAR PUTERI - 'Benar, nama saya 'S'. Tidak percaya boleh lihat kad pengenalan saya," kata pelukis pelan, S Rusli, 32.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, nama tersebut diberikan oleh bapanya, Rusli Ahmad Abd Karim, 57.

"Kata ayah, kalau (sesuatu) nama itu panjang, orang tetap panggil dengan panggilan yang pendek juga.

"Jadi katanya, lebih senang dan mudah, diletakkan sahaja nama saya pendek terus," katanya di kediamannya di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, di sini.

Menceritakan lebih lanjut, S berkata, nama tersebut diberikan berdasarkan kehidupan sebenar bapanya sebelum dan selepas dia dilahirkan.

"Ayah kata, kehidupannya sebelum dan selepas saya lahir adalah susah dan senang.

"Jadi huruf 'S' ini hadir daripada perkataan susah dan senang (dilalui bapa dahulu)," katanya.

Meskipun namanya sedemikian, beliau akui tidak berdepan sebarang masalah ketika zaman persekolahan hingga memasuki alam pekerjaan.

"Sebaliknya orang lain pula (seakan bermasalah). Contoh, bila saya mengisi sesuatu borang, penerima borang akan panggil saya semula.

"Mereka akan bertanya 'apa nama awak ini?' atau 'siapa punya nama yang tidak lengkap?' Jadi terpaksalah saya jelaskan perkara sebenar," katanya.

Selain itu katanya, pernah berlaku apabila setiap pelajar diminta memperkenalkan diri masing-masing kepada guru di dalam kelas.

"Bila saya cakap nama saya S Binti Rusli, guru tersebut bertanya kembali nama saya. Malah, pernah sehingga dua tiga kali ditanya (untuk kepastian).

"Tetapi, ada juga rakan yang bantu menjelaskan kepada guru bahawa nama saya hanya S," katanya.

Bahan bualan, jenaka rakan

S berkata, ketika zaman sekolah juga, namanya juga sering menjadi bualan malah bahan jenaka rakan-rakan yang nakal.

"Itu biasa (diejek). Ada yang panggil saya 'Superman' atau 'Supergirl' kerana simbol adiwira ini adalah huruf 'S'.

"Tetapi bagi saya, tidaklah pelik sangat nama ini. Rasa biasa sahaja," katanya.

Menurutnya, sehingga kini apa sahaja borang yang diisikan olehnya, akan ditanya oleh pihak yang menerima.

"Mereka tanya 'betul ke nama ini?'

Ada juga yang minta kad pengenalan saya, maka saya beri dan tunjukkan.

"Macam-macam reaksi orang bila tahu nama saya. Ada yang macam tidak percaya, ada yang ketawa malah ada yang pelik," katanya.

Nama anak ringkas

Meskipun pernah berasa kurang senang apabila kerap ditanya berkenaan namanya, S berkata, lama kelamaan ia menjadi kebiasaan.

Katanya, dia juga memilih untuk memberikan nama yang ringkas kepada anak-anaknya iaitu Yani, 11; Dani, 5; dan Wani,2.

Sementara itu, Rusli berkata, nama S itu diberikan kerana nama bapanya, Ahmad Abd Karim yang panjang.

"Ada rakan panggil saya Rusli Ahmad, ada pula Rusli Karim, malah ada juga Rusli Abdul. Jadi bila lahirnya S, saya mahu beri nama yang pendek.

"Ketika itu hadir pula dalam fikiran huruf 'S' yang kalau dirungkai menjadi perkataan seperti senang, 'success' dan banyak lagi," katanya.

Rusli berkata, dia ada juga bertanyakan pendapat isterinya, Rosnah Sutaman, 51, mengenai hasrat memberi nama tersebut kepada anak sulungnya itu.

"Selepas isteri bersalin, saya tanya dia. Kemudian, dia pun macam 'OK', maka diberikan nama S dengan huruf 'S' sahaja," katanya.

https://www.gpsbestari.com/artikel/...a-malah-dia-turut-dipanggil-superman-1.924284
 
Back
Top
Log in Register