BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nama Anwar semakin pudar..

mido

Active+ Member
Messages
4,861
Joined
Feb 23, 2007
Messages
4,861
Reaction score
12
Points
25
Rasa macam tak percaya pula dengan tajuk yang dikemukakan oleh The Malaysia Instinct ni. Mana boleh? Anwar masih kuat. PKR masih utuh. Azmin Ali masih mampu menjadi seorang 'orang kanan' kepada seorang pemimpin yang 'fading away'. Analisa demi analisa antarabangsa sudah memperlihatkan bagaimana Anwar sudah semakin kehilangan taring dan tarikannya... Lihat seterusnya...

Kesian...ya. Memang ada pula timbul rasa kasihan. Mahukan tidak, seorang yang pernah diangkat sebagai 100 individu paling berpengaruh di dunia pada tahun 2008; sudah pantas terkeluar senarai dan menjadi seorang ahli politik biasa yang semakin kehilangan pengaruh waima di dalam parti sendiri.

Di kalangan pembawa obor PKR sendiri sudah tidak merasai aura dan kehebatan Anwar. So, macamana nak terus memimpin. Sebab itu jugalah, sebelum daripada ini - sudah dinyatakan bahawa PKR perlu berfikir dan bertindak seolah-olah Anwar tidak ada. Barulah parti itu mampu reform dan mampu mencapai tahap dan takat politik yang diinginkan.

Pasca Anwar, pilihan kepada warga PKR adalah untuk menyertai PAS atau DAP. Percayalah, tanpa Anwar - PKR tidak akan mampu berdiri sendiri. Mungkin ramai yang kata, kenapa sebelum daripada ini PKR mampu. Namun kita kena lihat perbezaan penerimaan rakyat secara keseluruhannya. Period 1998 ada ledakan politik luar biasa. Hari ini, nak kumpul 5,000 orang untuk menyokong kes liwat Anwar pun tak mampu. Pamphlet dah serah kepada 1 juta orang. E mail kepada 500 000 orang; tapi kehadiran tak sampai 300. Ini petanda PKR akan mati dengan sendirinya.

Kalau sebelum ini Anwar bangga dengan tersenarainya namanya di dalam Time 100 tahun 2008; tahun 2010 - Anwar langsung tak kelihatan. Ke mana agaknya pelobi/Washington boutique offices yang membantu Anwar selama ini. Apakah Anwar sudah kehilangan pengaruh bilamana terlalu menggila menyerang APCO; yang terkenal pernah membantunya pada suatu ketika? Apakah Rahim Ghouse sudah kehilangan 'dana komunikasi' yang selama ini menjadi 'pelincir' kepada kerja-kerja menaikkan nama Anwar di Negara Barat.

Ini semua petanda bahawa Anwar sudah 'fading' dalam suasana global. Orang dah mula 50-50 dengan kes sodomi ke-2 Anwar ini. Takkanlah Anwar se***** itu untuk melakukan kesilapan kepada perkara yang sama. Malahan, di kalangan pelobi-pelobi antarabangsa - nama Anwar sudah diletakkan di dalam kategori - tidak penting. Ini sekaligus bermakna, Rahim Ghouse kena sekali lagi mempersiap beg penuh duit untuk dibayar kepada pelobi/ syarikat komunikasi antarabangsa yang pernah membantu Anwar.

Sekarang nama-nama seperti Zahra Rahnavard (isteri kepada Mir Hossein Mossavi - Iran) pun dah melebihi tahap dan pengaruh Anwar.

Shirin Ebadi menerangkan mengenai Zahra seperti berikut:-Mir-Hossein Mousavi may be the face of Iran's Green protest movement, but the government fears his wife just as much. Even before the 2009 election, Zahra Rahnavard, 64, a committed artist, inspired educator and tireless organizer, came under verbal attack from Mahmoud Ahmadinejad. I have seen her courage in person. I met her for the first time in 2003, while she was head of Alzahra University for women in Tehran. She was the only university head who, in the years following the 1979 Islamic revolution, was prepared to hold an event in my honor.

Anwar memang perasan dan merasai perbezaan kepada suasana sekarang. Dalam siri ceramahnya di Luar Negara, sambutan tidak seperti biasa. Anwar sudah tidak dihormati seperti beberapa tahun yang lalu.

Nampaknya, kes SODOMI yang ke 2 ini benar-benar melonggarkan sokongan antarabangsa kepada Anwar. Banyak belanja yang Anwar keluarkan untuk memastikan namanya disebut di Parlimen Australia dan Britain. Kesan? Suam kuku dan pudar juga.

Apa lagi strategi Pak Sheikh selepas ini? :-?
 
Allah akan tunjukkan juga perkara yang mana benar dan perkara yang salah nanti.....
 
Bagus ler .. kan itu yang UMNO mau? :D
 
nama APCO semakin dikenali oleh rakyat mesia.. :D
 
abang mido tak pudar ke.... umur dah semakin tua bang mido... bawak2 laaa sama2 pergi masjid.

di kg ni, masih menten..:">

masjid sepelaung je dr umah aku.. Alhamdulillah

cik pijo mcmana?? ada baek, ada ke masjid??:">
duk kalut suruh org ni..:))
family rakan2 cik pijo ada cik pijo ingatkan?:">
 
UMNO yg membesar2kan Anwar, takut sangat dengan Anwar, ntah kenapa!!!!. Perjuangan lebih penting dari individu...... tegakkan kebenaran, cegah kemungkaran!!!
 
Back
Top
Log in Register