BTC USD 82,749.1 Gold USD 4,117.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak tengok bunga api, katanya..

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,006
Points
881
Nak tengok bunga api, katanya...

Pasangan yang dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguatkuasa PADK di sebuah hotel di Taman Kemuning sempena Tahun Baru 2023. FOTO IHSAN PADK
Pasangan yang dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguatkuasa PADK di sebuah hotel di Taman Kemuning sempena Tahun Baru 2023.

FOTO IHSAN PADK
Kulim: Seorang wanita memberi alasan hanya mahu bersiar-siar sambil menonton pertunjukan bunga api sempena malam sambutan Tahun Baharu 2023 ketika dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Taman Kemuning, di sini, awal pagi hari ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, hasil pemeriksaan mendapati, wanita berusia 32 tahun berstatus ibu tunggal itu turut membawa anak lelakinya berusia sembilan tahun untuk mengaburi perbuatannya itu.

Beliau berkata, dia dan pasangannya yang berusia 22 tahun yang masih bujang itu dicekup pada 1.35 pagi tadi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang diketuai pegawai, Azwan Azman.

"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berpakaian lengkap membuka pintu bilik dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.

"Pada waktu itu, terdapat seorang wanita bersama seorang kanak-kanak lelaki berada di dalam bilik berkenaan, namun hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri atau mahram dan disyaki berkhalwat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Shariffudin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati wanita itu mendakwa sudah empat tahun hidup menjanda selepas berpisah dengan bekas suaminya.

Katanya, anak mereka sebelum ini tinggal bersama bekas suaminya di Selangor namun pulang tinggal bersamanya di sini sempena cuti sekolah.

"Pada mulanya wanita itu mengaku sudah bertunang dengan lelaki berkenaan sebagai helah untuk mengelak daripada dicekup namun selepas ditanya berulang kali, dia akhirnya mengaku baru hendak bertunang tahun ini.

"Mereka mendakwa berkenalan melalui Facebook (FB), sejak lebih tiga bulan lalu," katanya.

Anwar berkata, mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen mengesahkan sebagai suami isteri atau mahram, dan ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Kulim lagi, tapi kali ni bukan makan sate...... 🤣🤣🤣🤣🤣
 
Kulim ni pekan kocik yg ado taman dgn Menara jam bosa tgh pekan kan? Yg pos opis kek simpang 4? Den ponah poie mkn kenduri kek sano 10thn LPs.
 
Tu 10tahun lepas, sekarang sudah besar, sudah byk kilang...... 🤣🤣🤣🤣🤣
 
Wow. Terbaik kulim. LPs kenduri kitorang poie mndi kek Mano yah namo tompek tu air puteh junjung ke hape ke. Tido mlm kek rumah rehat kulim atas bukit. Esok tu blk shah alam. Kulim ni bnyk kebun gotah n msh nmpk suasano kmpung yg tenang bilo drive kek situ.
 
Nak tgk bunga api apanya ..kan kerajaan perpaduan dah ckp sambutan tahun baru 2023 dibatalkan seluruh malaisiya.. tak baca paper bdk ni .. patutnya ckp lah nak gi makan satay sambil tunggu order satay siap 😅
 
Betol pucuk muda. Hingusan lagi
 
Back
Top
Log in Register