BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak Kawin???

azlann1981

Super Active Member
Messages
5,538
Joined
Apr 13, 2006
Messages
5,538
Reaction score
254
Points
91
P.S: ni saya dpt dari fwd mail member...so kepada sesapa yg dah
kahwen,sile beri pendapat kepada yg bujang trang tang tang lagi ni
hehehe :-D


Nak Kawin??? (Yang dah kawin tu just remind jer zmn kegemilangan dulu²)

Ok..sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan
nak kahwin . Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer
mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan .... ia memerlukan satu
perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak.

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer
diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so
they bergaduh and taklah jadi kahwin. So ader orang yg tak jadi kahwin
pasal nak kahwin.

Kalau kahwin mestilah nak buat majlis walimah...untuk mereka yg tak
tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner
sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan
bersamer.
Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader
memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan
majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan
yg ingin berkahwin lagi.

1.Kadi :

At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi
register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah
tahu as kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas
register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book....jgn dua dua gi
book plak.

------------------------kos kadi : $80 + +



2. Kursus rumahtangger:

Kener pergi....kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi
when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for
the sijil kursus (nie aku punyer experience lah) ...whatever it is kan
baik kalau korang pergi attend the kursus. alaupun kiter dah terer dlm
bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg
telah citer ketahui.

-----------kos kursus : around $80 for the whole session (tengok
tempat)


3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak
owang pompan.....pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of
courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six
months misti nak book...later than that u might have a problem finding
one.....kalau takder pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance
Troupe.

-------------Kos : $ 1200(tengok baju aper...kalau ader baju batman
atau otromen mungkin mahalsikit)


4. Photographer:

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak
korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai....dah
pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.

-----------------------------Kos : $800


5. Kompang / Hadrah

Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak
panggil at least 3 mths notice.

---------------------------Kos : $300

6. Dekorasi blok dan pelamin

Sekarang sudah canggih...kolong blok diorang transform jadi macam
istana Taj Mahal ....kalau tak pun jadi macam lori cina kioq....letak
kacang samer kuaci suah original beb....tinggal nak campak kerander je
kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.

---------------------------Kos :$1000


7. Tukang Masak and Khemah kosi meja

Tukang masak mesti ader beb...kalau takder camner owang nak makan?
Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.

----------------------Kos : $7000 (tengok kepaler yg datang)


8. Kereter

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter.
(*naik basikal bleh gaks.. ) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special
punyer...Merc ke?...Jag ke?.kira yg besau punyer kereter lah.
Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil ...... sampai besok
pun takleh masok!

----------------------------kos: $300

9. DJ/Karaoke

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang
akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band
industan,brass
band. At least 6 mths mesti nak kener book.

---------------------Kos : $850 (dengan dinner sekali)


10. Berkat

Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi...tapi sekarang
dah maju... diorang lagi kreatif...ader yg kasi tuala, sabun buku,
cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

-------------------------Kos : $3000++


11. Miscellaneous

Perkara perkara kecik owang selalu overlook...perkara perkara kecik
ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti
Bunger Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok,
Tuala rewang,
pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet,
bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad
jemputan......

-------------------------Kos : $2500 ++


TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH

===================== $17,110 ========================

Belom termasok hantaran lagi beb....korang pandai pandailah plus
sendiri.

Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin.......

----------------------SELAMAT PENGANTIN BARU!--------------------

Untuk mereka yang bakal-bakal.... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu
jugak sebab musababnyer.....
Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata
dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2
bini.
Tak ikut market price nanti orang kata kedekutlah ; sengkek lah; tak
mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai...macam-macam story lagi.

Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu
ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan dorang kata. Kadang2 ada
jugak pompuan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak.

Mengikut survey; sekarang paling minimum $6000.Kalu anak dara dia
budak u tak kira dalam negara ke obersea..hantaran akan mencecah
$10,000,tak kira la dia anak dara kampung ke Felda ke.. Hantaran
$5000,$4000 masih ada jugak;
tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay
lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je
belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.
Hah...korang bacalah :- Sebab

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya ... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya
sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya .... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek ... semacam jer


Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran
melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak
lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai
mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4."Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek
macam kena lenggek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih
power dari Catherine Zeta-Jones eh?"


Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member
tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu
bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua
kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff
discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak
pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap
sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak
kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis
punya;jawapannya :-

1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita
punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American
dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke;
boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni;kita ada siapkan kereta
Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju
tidur. Murah nah?"


Haa...tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk
pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan
family dalam hal ni. Mak pompan tu pun kalau nak letak harga;
berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek
lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal; semua
boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik
pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit.tengkiu......
 
Wa bagus benda ni bleh wat panduan utk bakal2 pengantin. Tapi cuma aku nak ingatkan kos2 ni cuma anggaran dan ikut tempat masing2. Jangan plak ada yang takut nak kahwins sebab tak mampu . :-D Yang penting ikut kemampuan kita. Satu lagi utk pengetahuan kpd yg tak tau, biasanya masa majlis ni tetamu2 yg datang akan bagi duit kat wakil tuan rumah. So kalau dikira bleh la dapat wat tambah belanja utk setelkan apa2 kos yg masih belum setel. Tapi bincang la dulu ngan parent korang, mana la tau dorg ada plan lain utk duit tu .. :-D

Tapi kalau nak selamat sediakan dulu sekurang2nya dalam 20K sebelum nak kahwin ni, senang tak yah last minute cari ah long :lol: Kalau masih tak cukup kene la usaha sampai cukup.

Yang penting korang kene wat budget dulu utk hidup lepas kahwin.. jangan la lepas kahwin gaji wat bayar hutang jer. Rancang majlis ni ikut kemampuan korang. Selamat pengantin baru kepada bakal2 pengantin. Yang nak kahwin lagi pun selamat la juga hendak-Nya :-D
 
nie leh jadi wedding consultant nie.................. 8)
 
akuarm80 said:
Satu lagi utk pengetahuan kpd yg tak tau, biasanya masa majlis ni tetamu2 yg datang akan bagi duit kat wakil tuan rumah. So kalau dikira bleh la dapat wat tambah belanja utk setelkan apa2 kos yg masih belum setel. Tapi bincang la dulu ngan parent korang, mana la tau dorg ada plan lain utk duit tu .. :-D

main HYIP ke plan lain, acah jek :-D

Tapi kalau nak selamat sediakan dulu sekurang2nya dalam 20K sebelum nak kahwin ni, senang tak yah last minute cari ah long :lol: Kalau masih tak cukup kene la usaha sampai cukup.

Yang penting korang kene wat budget dulu utk hidup lepas kahwin.. jangan la lepas kahwin gaji wat bayar hutang jer. Rancang majlis ni ikut kemampuan korang. Selamat pengantin baru kepada bakal2 pengantin. Yang nak kahwin lagi pun selamat la juga hendak-Nya :-D

ini wa sokong.

anyway, thanx pasal gambaran awal, berguna utk aku ni tak lama lagi kot :-D
nanti sapa nak mai kenduri aku aku sediakan pc ada internet kat pintu masuk, leh donate egold dalam akaun aku utk tampung kos belanja kawin, hahahahahaha.

zyrell, awak bila lagi. tak sabar nak makan nasik minyak ko ni :-D
 
ni ade lagi satu panduan... ;)

Panduan Mencari Baju Kahwin Idaman

Jika anda tidak tahu di mana hendak bermula, dapatkan timbunan ilham daripada panduan yang kami kumpulkan sebagai panduan bagi memastikan saat bahagia dilalui dengan simbahan keseronokan, penuh riang dan gembira.

>>Kumpulkan majalah perkahwinan yang menyorot isu perkahwinan untuk menimbulkan ilham dan mencari aliran potongan semasa yang sesuai serta jangan lupa senaraikan harga-harganya.

>>Kini banyak majalah mengeluarkan senarai pakej perkahwinan dari segi pakaian, dandanan dan hotel. Jangan hanya melakukan urusan melaui telefon dan membuat keputusan sebelum temu janji. Dicadangkan anda luangkan masa beberapa hari berjalan-jalan di pusat membeli belah, masuk kedai-kedai yang berkaitan, melihat-lihat dan bertanya lebih lanjut.

>>Jangan lupa mengacukan sebanyak mungkin potongan yang ada. Kebanyakan baju kahwin tidak nampak cantik di gantungan tetapi apabila dipakai cantik. Ketika mengacu jangan lupa lihat sisi dan belakang.

>>Melalui cara di atas anda dapat mengagak anggaran peruntukan yang anda mampu. Pastikan anda buat anggaran setepat mungkin dan tentukan anda mengikut anggaran yang ditentukan.

>>Berikan waktu yang panjang sebelum memutuskan potongan baju kahwin. Adalah bijak bermula dengan potongan asas, sama ada anda suka kurung Johor, kebaya longgar atau kurung moden. Dan sekiranya anda bercadang memilih gaun, anda suka potongan tradisional, lurus, keruk 'empire' atau keruk 'princess'?

>>Kemudian tanyakan diri sama ada mahukan tathan labuci, manik atau sulaman?

>>Justeru itu, jangan tempah di saat-saat akhir. Kebanyakan kedai mengharapkan tempahan dilakukan tiga empat bulan sebelum hari perkahwinan.

>>Fikirkan samada anda mahu perkahwinan anda bertema. Misalnya konsep, warna, kain & gaya. Langkah ini secara tidak langsung akan memudahkan anda membuat pilihan pakaian.

>>Apapun pilihan anda, pastikan ianya praktikal.

>>Apabila anda menempah, anda ada dua pilihan. Sama ada menggunakan kain sendiri atau memilih kain di butik tempat menempah, kecuali anda menempah di kedai tukang jahit biasa.

>>Kain baju kahwin tidak murah. Samada anda memilih renda Peranchis atau Swiss, sutera Itali atau China, organza atau organdy, tanyakan pada tukang jahit atau pereka anda berapa meter yang diperlukan untuk membuat baju anda.

>>Jika peruntukan terhad, pertimbangkan menyewa baju kahwin. Jika tidak beli baju kahwin siap. Tetapi haruslah diingatkan bahawa baju kahwin siap tidaklah semurah mana dan kadang-kala tidaklah secantik mana.

>>Sesetengah butik ada membuat baju yang dikhususkan untuk promosi. Baju ini digunakan untuk kegunaan peragaan dan penggambaran. Cuba tawar harganya.

>>Dalam kegawatan ekonomi, banyak butik menawarkan pakej menarik . Dapatkan tawaran yang bagus.
 
the most important is..

Bagi Yg Ingin Mendirikan Rumahtangga

Hayatilah......... Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup?Bak kata orang puteh "How sure are we that he or she is the right person for us?" Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati. Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua.

Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah segala-galanya. Benarkah begitu? Entahlah... saya sendiri kurang pasti.Seseorang pernah menasihati saya bahawa cinta itu boleh datang dan pergi.Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang?

Tentu sukar kerana ini bukan cerita Hindustan tetapi realiti. Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama

2. Menyayangi Pasangan

3. Kesihatan

4. Zuriat-

5. Kewangan
 
geeryder said:
ko dh kwin ke

ko tanya sapa bro?? aku ker??? aku belum kahwin lagi la.....tapi tengah dok merancang dah nie...... :D
 
korang nk cukupkan kouta ke??
kalu nk cukupkan kouta, ni aku bg template permohonan... :-D
mungkin berguna kot... opss
***************************************************

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman


Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota
yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita
di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya
tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah
hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah
besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1
hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu
rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia
tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma
akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman
penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh
saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki





Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna
pisau boleh bang..?".
 
Back
Top
Log in Register