BTC USD 88,175.0 Gold USD 3,475.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,431
Joined
Apr 15, 2012
Messages
42,431
Reaction score
4,467
Points
266
Awards
1
1002489.jpg

Polis halang gadis cuba terjun jejambat
ROSILAWATI ROSEDI | | 16 Mac 2021

Tindakan pantas pihak polis menyelamatkan remaja terbabit yang cuba membunuh diri di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Berjaya Hills Bukit Tinggi, Bentong pada Selasa. - Foto ihsan PDRM

BENTONG - Tindakan pantas pihak polis berjaya menghalang cubaan seorang remaja untuk membunuh diri di Kilometer (KM) 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Berjaya Hills Bukit Tinggi, di sini pada Selasa selepas ditegur bapanya kerana sering bermain permainan video dalam telefon.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, sepasukan polis yang diketuai Ketua Balai Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai insiden tersebut kira-kira jam 2.12 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian,remaja perempuan berusia 16 tahun yang juga warganegara tempatan itu sedang meniti jejambat dan dipujuk beberapa kali supaya bertenang.

"Pihak bomba dihubungi untuk memberikan bantuan dan bersedia dengan peralatan salvage sheet di bawah jejambat.

"Remaja tersebut berada dalam keadaan tidak stabil ketika berada di atas jejambat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

1002488.jpg

Remaja perempuan yang cuba membunuh diri di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Berjaya Hills Bukit Tinggi, Bentong pada Selasa. - Foto ihsan PDRM
Ujarnya, pihak polis terus memujuk dan pada ketika itu Ketua Balai Bukit Tinggi berlari ke arah remaja berkenaan dan terus menariknya ke belakang selain dibantu oleh anggota lain.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian kerana bapa remaja itu menegurnya yang sering bermain permainan video dalam telefon.

Tambahnya, telefon milik remaja itu dirampas dan mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan serta masih mendapatkan rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan.

"Remaja terbabit telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan kita berharap agar ibu bapa sentiasa memantau tingkah laku anak-anak agar kejadian seumpama ini tidak berlaku," jelasnya lagi.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/128779/BERITA/Semasa/Polis-halang-gadis-cuba-terjun-jejambat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

anak2 yg kuat merajuk bilo ditegur ni samada manja terlampau atau jauh dpd ksh syg mak ayah

susah nak kongsi panduan didik anak2 ni sbb anak2 pe'el masing2 lain, yg skolah rendah agak mudah kito bentuk/tegur/marah sbb masih budak tapi yg anak2 remaja ni dh lain bilo dh 14 thn ke atas kena buek mcm kawan2 & tunjuk wibawa kito baru deme hormat & ikut cakap bilo dibagi nasihat.

klu marah2 cmtu ajo bleh melenting anak2 remaja ni
 
adoi, habis tu kalo anak dok main je nk wat cmne? xleh marah la?

Xyah marah... amik penukul ketok ja hset tu hahahhaa

Den pon mujur hset anak tu dah rosak... biarkan ja la xganti lain

Anak pompuan darjah 6 dia punya mengadap phone xigt.. den perati ja nmpk perubahan tingkahlaku mmg teruk... so lebih baik xdak hset. biarkan ja la pdpr apa semua tu
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register