BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib umum empat hadiah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
HULU SELANGOR - Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kampung Sungai Buaya di sini semalam membawa kegembiraan buat penduduknya apabila mereka menerima empat hadiah besar termasuk penyelesaian beberapa masalah yang membelenggu penduduk sejak 20 tahun lalu.

Hadiah pertama yang disambut dengan penuh kesyukuran ialah apabila seramai 363 bekas peneroka dan waris peneroka Felda Sungai Buaya yang telah meninggal dunia menerima tunggakan bayaran wang RM50,000 atas urusan penjualan tanah Felda mereka pada tahun 1995.

"Bayaran pada hari ini (semalam) adalah RM1,000 tunai dan baki RM49,000 dalam bentuk draf bank, baki RM160,000 seekar (0.4 hektar) akan dibayar apabila tanah ini mula dibangunkan jika Selangor kembali kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Pembayaran Tanah Felda Kepada Bekas-bekas Peneroka Felda Sungai Buaya di sini.

Selepas proses penjualan tanah berkenaan pada 1995, Felda Sungai Buaya tidak lagi wujud dan ditukar status kepada kampung biasa.

Hadiah kedua ialah janji oleh pihak Projek Lebuh Raya Utara Selatan Berhad (PLUS) untuk membina persimpangan bertingkat Sungai Buaya bernilai RM85 juta yang mampu menjimatkan masa perjalanan di antara 60 hingga 90 minit di Kilometer 436 Lebuh Raya Utara Selatan.

Hadiah ketiga, kata beliau ialah perlindungan insurans Islam untuk bekas peneroka Felda Sungai Buaya yang menjanjikan pampasan RM10,000 untuk waris jika bekaspeneroka meninggal dunia
 
Alhamdulillah, semoga mereka2 yg mendpt habuan tu bersyukur & ingat jasa..
 
bila la wakil rakyat kawasan aku nk lompat nih.. hik2
 
dah tau ka nak undi siapa???????????

jeng jneg jeng
 
mengapa sebelum tak der orang amik tau pun :-?
kena tunggu ada pilihanraya baru nak kasi ker:-?
 
mengapa sebelum tak der orang amik tau pun :-?
kena tunggu ada pilihanraya baru nak kasi ker:-?

besa la pilihanraya, time ni umpan mesti baikkkkkkkkkk punya.
joran pulak mesti yg "bagus" jugak :))
 
setiap kali ade PRK.. ade jek duit yg bleh disalurkan.. seme serta merta plak tu.. mane dpt duit nih?? seme bleh.. pelik la aku...
 
hadiah prtama tu tunggakan bayaran penjualan tanah felda sejak 1995,kan itu mmg hak rakyat..ke cmne tu??
 
mengapa sebelum tak der orang amik tau pun :-?
kena tunggu ada pilihanraya baru nak kasi ker:-?

biasalah tu acting baik punyer,kalau tak prk jangan harap duit mau kuar kerajaan ni..pancing ikan ni:D
 
Back
Top
Log in Register