BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Music Naim Daniel Juara #AJL34

aku pun x tgk ajl34 ni. sebab takda lagu aku minat. btw persembahan dramaband mmg drama.hahaha
 
Alan Azlan
24 min

Aina Abdul kena kecam dengan Public Health Malaysia?
(Amaran - Posting ini panjang sebab aku kupaskan Kod Kandungan' yang dikatakan Aina dah langgar)

------------------------------

Aku tak sempat nak tengok AJL34 minggu lepas sebab kena prepare untuk berperang dengan Penolong Kanan Pendaftar yang pandai-pandai reject Perintah Bersih untuk kes anakguam sampai Hakim kena masuk campur. Meninggi jugalah vocal aku ni macam Aina Abdul atas pentas AJL tu cuma tak berdarah je bib time tu. Eh.

Lepas dah tengok aku cuba faham apa yang berlaku. Dia nyanyi lagu. Dia cuba appresiasi dan terjemah lagu tu dengan cara yang orang anggap menggalakkan bunuh diri.

Pasal appresiasi seni ni bukan bidang aku. Yang aku tau kalau Dayang Nurfaizah nyanyi aku memang emo kalau sapa-sapa kacau line.

Tapi kes Aina ni menarik sebab PHM kaitkan dengan salah laku berdasarkan kepada “Communication and Multimedia Content Forum of Malaysia”(“CMCF”) CMCF ni apa?

CMCF ni adalah Kod Kandungan mengandungi piawai-piawai dan amalan-amalan dalam industri komunikasi dan multimedia. Kod Kandungan ini dibuat yang disediakan selaras dengan peruntukkan di bawah Seksyen 95 AKta Komunikasi dan Media 1998 (“Akta 588”).

Dalam Kod Kandungan tu ada pecahan-pecahan dalam bentuk ‘Bahagian’ yang memberi garis panduan pada amalan dalam industri. Dalam kes Aina ni Bahagian 2 Poin
4.0 berkaitan dengan ‘Violence’ adalah releven.

Poin 4.3(i)(a) dalam tu diterangkan apa adegan atau perbuatan dalam amalan industri yang terjumlah kepada maksud ‘Violence’ dan apa garis panduan dalam gambaran keganasan dalam amalan seni.

Menurut Poin 4.3(i)(a) tersebut dinyatakan kesan gambaran keganasan sama ada fizikal, secara lisan ataupun berbentuk psikologi, boleh mengganggu, mencemaskan dan juga menyinggung perasaan penonton. la juga boleh menyebabkan ketakutan yang tidak berasas dikalangan penonton dan juga menggalakkan peniruan.

Point 4.3(i)(c) disebut berkenaan dengan pemaparan amalan kejam dan penderaan, imejan kecederaan dan serangan dan pemaparan darah yang eksplisit dan keterlaluan hendaklah dielakkan.

Mungkin ini la yang PHM cuba kaitkan dengan persembahan Aina. Sampai lah dia kena kecam teruk. Sampai kawan-kawan kat Mahkamah pagi tadi pun ada cerita tapi time tu aku tak berkesempatan telaah Kod Kandungan ni, dan lepas tengok aku berpendapat kecaman dari PHM tu banyak khilafnya, dan salah letak (misplaced).

Pada aku PHM khilaf sebab walaupun disebut pasal pemaparan darah patut dielakkan, Point 4.3(i)(d) walaubagaimanapun membenarkan pemaparan semua adegan yang disenaraikan secara umum dalam ‘heading’ Poin 4.3.

Cuma terma yang digunapakai adalah ‘due consideration’, ‘use of appropriate editorial judgment’, dan ‘exercise of caution’.

Maknanya kat sini, untuk PHM terus kecam persembahan ‘berdarah’ Aina semata-mata kononnya dia menggalakkan perbuatan ‘suicide’ atau ‘self-hurt’ adalah sangat tidak selari dengan ‘spirit’ Bahagian 2 Poin 4.2 Kod Kandungan tersebut kerana dinyatakan dengan jelas dalam Poin 4.2 tersebut bahawa menafikan enceritaan atau gambaran tentang kebenaran yang pahit tentang apa yang berlaku di dunia adalah sama seperti menolak fahaman terhadap hakikat sebenar kehidupan manusia.

Aina terangkan yang itu cuma terjemahan lirik lagu yang maksudnya sakit, perit dan luka. Bukan kecewa dan mencari penyelesaian dengan membunuh diri.

Penderaf Kod Kandungan ini dah cukup arif dengan sifat seni yang sangat subjektif sebab tu lah kayu ukur untuk pastikan pemaparan yang nampak negatif di mata kita dibenarkan untuk diolah dengan kreativiti masing-masing selagi mana ‘due consideration’, ‘use of appropriate editorial judgment’, dan ‘exercise of caution’ digunapakai.

Dan aku rasa sebagai seorang yang kosong dalam bidang seni dan hanya bercakap di atas kapasiti sebagai seorang peguam yang mana aku, sama ada melalui kes yang aku sendiri kendalikan, atau berdasarkan perkongsian rakan-rakan peguam lain, tentang isu jenayah dan kriminologi yang membawa kepada berlakunya kes-kes ‘self hurt’ atau bunuh diri, persembahan Aina sikit pun tak membawa kepada 'insinuation' kepada apa yang digambarkan sebagai pelanggaran Kod Kandungan itu.

Kepada PHM, nasihat aku, cukup-cukup la tu. Jangan salibkan Aina yang pada aku hanya sekadar berkarya dengan ikhlas.

Sekian.

Puan cekmek, baru saya tahu siapa Aina Abdul Malam tadi. Hehe...

Nasib baik giliran dia no. 2.
Kalau tak, saya takkan tahu pasal saya padamkan TV jam 10 untuk masuk tido...

Bosan pengacara tah hapa2 dan terlalu banyak membebel. Pukul berapa habis ya?

Mmg kene mbebel panjang la,tgk pentas bertukar2... nak bg Mase setting pentas Kejap daun kering,kejap pokok,kejap motor...
 
Tarik Suara Tinggi Bukan Penentu Juara, Ajai Jelaskan Sebab Hafiz Dipilih Pemenang Vokal Terbaik

Tarik Suara Tinggi Bukan Penentu Juara, Ajai Jelaskan Sebab Hafiz Dipilih Pemenang Vokal Terbaik

Ketua juri Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) Ajai menegaskan pemilihan Hafiz Suip sebagai pemenang anugerah vokal terbaik adalah tepat.

Menurut Ajai, kekuatan vokal Hafiz sangat hebat kerana tak ramai penyanyi tanah air yang mampu sampai ke tahap itu.

“Bila bercakap tentang Hafiz Suip, ada satu benda yang penyanyi tak boleh buat iaitu apabila dia berhentikan muzik, dia tampil semula dengan nada dan feel yang sama, itu sesuatu yang hebat, tak ramai penyanyi boleh buat.

“Bila muzik tu diberhentikan, penyanyi stop sekejap kemudian kembali dengan feeling yang sama, hanya mereka yang terpilih sahaja mampu buat begitu,” kata Ajai kepada Gempak.

Ajai ditemui ketika sidang media AJL34 yang diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Ahad.

Tambah Ajai, selain Hafiz, ada beberapa penyanyi lain lagi yang menunjukkan kualiti vokal yang baik antaranya Ernie Zakri dan Aina Abdul.

“Memang kita tahu Ernie ada vokal yang bagus, teknikal skill dia hebat.

“Aina pula kekurangan dia adalah dari segi pengalaman. Mungkin lepas ni kalau dia banyakkan lagi menyanyi di pertandingan berprestij seperti ini, ruangan vokal Aina akan lebih berani,” kata Ajai lagi.

Selaku pemenang vokal terbaik menerusi lagu Kisah Cinta Kita, Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi.

Selain Ajai selaku ketua juri, AJL34 turut diadili barisan tenaga profesional dan berpengalaman seperti Datuk Wah Idris, Datuk Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Altimet dan Cat Farish.

Selasa, 11 Februari 2020 | 1:00pm

HAFIZ_AJL_34_1581397212.jpg

Merangkul trofi Vokal Terbaik, Hafiz bersama isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah ketika beraksi di AJL34, Ahad lalu. Foto NSTP/Aswadi Alias
'Kebolehan Hafiz tiada pada penyanyi lain'

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

KUALA LUMPUR: Kejayaan Hafiz Suip meraih trofi Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ahad lalu, menyebabkan peminat Ernie Zakri, kecewa dan berputih mata.

Kemantapan vokal Ernie menyebabkan peminat meramalkan penyanyi Ku Bersuara itu mempunyai potensi untuk membawa pulang trofi yang pernah dimenangi bersama Syamel di pentas sama, dua tahun lalu.

Mengulas perkara itu, ketua juri AJL34, Ajai berkata, Hafiz, Ernie dan Aina Abdul dilihat mempunyai potensi untuk memenangi gelaran Vokal Terbaik.

“Memang kita tahu Ernie ada teknik vokal yang sangat bagus. Tetapi bercakap mengenai Hafiz, satu perkara yang saya lihat, dia ada kebolehan yang tidak dimiliki penyanyi lain.

“Biarpun muzik dihentikan seketika dan dia perlu menyambung semula nyanyian, saya lihat Hafiz ada kebolehan mengekalkan penghayatan dan nada sama ketika menyanyi dengan muzik.

“Tidak ramai penyanyi ada penghayatan sebaik Hafiz... Hanya mereka yang terpilih memiliki kebolehan itu,” katanya.

Mengulas vokal Aina yang mempertaruhkan lagu Sumpah, Ajai berkata, Aina mempunyai potensi menang jika mendapat lebih banyak peluang untuk tampil di pentas berprestij seperti AJL.

“Aina penyanyi yang baik tetapi dia kurang pengalaman. Jika dia ada lebih banyak peluang menyanyi di pentas berprestij seperti AJL, ruang vokalnya akan menjadi lebih berani dan yakin,” katanya.

Mengenai kemungkinan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tampil pada pertengahan lagu Anta Permana yang didendangkan Bob Yusof untuk meraih gelaran sama, Ajai berkata, pihaknya tidak tahu gimik diatur dalam segmen berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, kemunculan penyanyi itu di hujung persembahan Bob, tidak boleh diambil kira melainkan dimaklumkan penganjur.

Selain Ajai selaku ketua juri, AJL 34 diadili barisan tenaga profesional seperti Datuk Wah Idris, Datuk Mokhzani, Sharon Paul, Altimet, Edrie Hashim, Aznul Haidi, Helen Yap, Azmeer dan Cat Farish.

Ahad lalu, lagu Sumpah nyanyian dan ciptaan Naim Daniel diumumkan juara AJL34 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Naib juara AJL34 menjadi milik lagu Bangun ciptaan Navigator dan penyanyinya, Aman Ra.

Menduduki tempat ketiga adalah Anta Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Lagu disampaikan Bob dan penampilan khas Siti.

Vokal luar biasa Hafiz ketika mendendangkan lagu Kisah Cinta Kita membawa tuah buatnya apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik. Ini adalah kemenangan keempat Hafiz bagi kategori ini di pentas AJL.

aku tgk persembahan akim & the megistrate dgn hazama je. pas tu tido
 
Bekas kekasih muncul dakwa lagu Sumpah ciptaan bersama

2L1WOMuY

KUALA LUMPUR: Wanita yang mendakwa bekas kekasih, Naim Daniel memberi tempoh seminggu kepada penyanyi itu untuk membuat pengakuan terbuka berhubung isu penciptaan lagu Sumpah.

Dayana Amerda, 21, mahu juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 itu bersikap jujur mengenai apa yang didakwa hak penciptaan bersama lagu berkenaan.

“Saya minta Naim mengaku lagu Sumpah adalah hak cipta kami pada 2015.

“Saya memberikan masa seminggu untuk Naim tampil membuat pengakuan secara terbuka. Saya berlapang dada sekiranya Naim mahu berjumpa dan berbincang secara peribadi,” katanya kepada BH Online.

Dayana ditemui pada sidang media yang diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar di Kota Damansara, petang tadi.

Hadir sama, ibu Dayana, Che Rohaida Che Daud dan pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd Majid.

Terdahulu, Dayana atau nama sebenarnya, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah mendakwa pernah menghubungi Naim untuk mendapatkan penjelasan, namun penyanyi itu dikatakan tidak muncul. Sehubungan itu, Dayana mengadakan sidang media bagi mempertahankan haknya.

Dayana mendakwa, dia mempunyai bukti kukuh menunjukkan lagu Sumpah adalah hak cipta mereka.

Selain itu, Dayana berkata, dia mahu namanya dibersihkan apabila menerima banyak kecaman netizen sejak isu berkenaan tular, Julai tahun lalu.

“Saya dikecam mahukan royalti dan populariti. Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanya kejujuran Naim.

“Sekiranya dia mendaftarkan nama saya, secara tak langsung saya dapat royalti. Bagaimanapun, soal royalti adalah nombor dua.

“Saya menyanyi sebelum ini tetapi berhijrah dan fokus dengan hidup yang baharu. Jika ingin populariti, lebih baik saya menyanyi semula, tetapi orang susah nak cari muka saya dalam laman sosial,” katanya.

Sementara itu, ibu Dayana, Che Rohaida mendakwa lagu dan lirik lagu berkenaan dihasilkan anaknya dan Naim pada 2015.

Ketika itu, Che Rohaida mendakwa mereka adalah pasangan kekasih, sebelum berpisah.

“Lagu Sumpah yang dihasilkan mereka melebihi lapan bar. Namun, Naim bertindak seolah-olah lagu itu adalah ciptaan sepenuh dirinya,” katanya sambil menambah Dayana sudah mendirikan rumah tangga, tahun lalu.

Naim ketika dihubungi BH Online mahu Dayana mengemukakan bukti atas dakwaan yang dibuat.

“Saya dan pihak pengurusan, WP Entertainment sentiasa bersikap terbuka.

“Perkara ini terlalu mendadak, sidang media yang diadakan seakan mahu meraih perhatian.

“Insya-Allah, saya dan WP Entertainment akan mengeluarkan kenyataan esok,” katanya.

tuh la sape suh bersumpah setia mase bercinta... ni la bbudak2 br nk up... muahhahaha
 
Back
Top
Log in Register