BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Music Naim Daniel Juara #AJL34

tn akecema, tengok twit ni




Puan cekmek, baru saya tahu siapa Aina Abdul Malam tadi. Hehe...

Nasib baik giliran dia no. 2.
Kalau tak, saya takkan tahu pasal saya padamkan TV jam 10 untuk masuk tido...

Bosan pengacara tah hapa2 dan terlalu banyak membebel. Pukul berapa habis ya?
 
Puan cekmek, baru saya tahu siapa Aina Abdul Malam tadi. Hehe...

Nasib baik giliran dia no. 2.
Kalau tak, saya takkan tahu pasal saya padamkan TV jam 10 untuk masuk tido...

Bosan pengacara tah hapa2 dan terlalu banyak membebel. Pukul berapa habis ya?

1230 baru abis
Juara je bagi ucapan
Yg lain tgk je
 
Puan cekmek, baru saya tahu siapa Aina Abdul Malam tadi. Hehe...

Nasib baik giliran dia no. 2.
Kalau tak, saya takkan tahu pasal saya padamkan TV jam 10 untuk masuk tido...

Bosan pengacara tah hapa2 dan terlalu banyak membebel. Pukul berapa habis ya?

hehe tn a b c d e f ni :D
tapi performance dia semalam banyak kontroversi walau vocal dia mmg bagus


aah mmg lama, habis dlm 12.30 mlm
 
Puan cekmek, baru saya tahu siapa Aina Abdul Malam tadi. Hehe...

Nasib baik giliran dia no. 2.
Kalau tak, saya takkan tahu pasal saya padamkan TV jam 10 untuk masuk tido...

Bosan pengacara tah hapa2 dan terlalu banyak membebel. Pukul berapa habis ya?

terpaksa membebel sebab stage setup setiap performance kira heavy juga.
 
Khairul Ashraf Muhamad
9 jam ·

Tahniah Anta Permana. Pernah tulis pasal lagu ni, dua tahun lepas. Baru tahu lagu ni masuk #AJL34 tadi dan menang tempat ketiga kali ni. Liriknya memang eksentrik dan ada susunan yang cantik.



Khairul Ashraf Muhamad

13 Disember 2018

ANTA PERMANA

Kedua-dua perkataan ini masing-masing berasal dari Sanskrit dan Bahasa Melayu Lama. Ia memberikan gambaran tentang konsep ketuhanan, juga keberadaan yang telah wujud sejak azali ataupun secara literalnya, memberi gambaran konsep matematik di dalam sanskrit dan Bahasa Melayu Lama.

Lebih tepat lagi, 'anta' diambil dari perkataan Sanskrit 'ananta' yang bermaksud 'tiada had', 'tidak berkesudahan', 'selama-lamanya'.

Jadi ia bukannya mengambil perkataan Arab iaitu 'أنت' atau disebut sebagai 'anta' yang bermaksud 'kamu' untuk lelaki.

Permana pula adalah satu perkataan di dalam sastera Melayu lama. Ia merupakan kata dasar yang bermaksud 'tidak terkira' dan 'tidak ternilai'

Perkataan yang sama pernah muncul di dalam Hikayat Raja Pasai, sebuah hikayat Melayu tertua yang direkodkan. Hikayat ini yang ditulis di sekitar pertengahan abad ke-15 menggunakan perkataan 'permana' yang mendasari istilah 'tepermanai' dan 'terpemanai' bagi menggambarkan sesuatu benda atau perkara yang amat banyak sehingga mungkin tidak kunjung habis sukatan, atau tidak kunjung selesai perbuatannya, dalam masa yang sama, tidak pula jelas asal-usul dan mula kejadiannya.

Jadi gabungan istilah 'anta permana' keduanya menggambarkan sesuatu yang tidak semestinya terhad, tiada angka yang boleh dipadankan dengan bilangan atau sukatannya. Ia adalah satu bentuk ketidakhinggaan dan keabadian.

Keduanya, anta dan permana menjurus kepada maksud 'infiniti' yang sama.

Dato' SM Salim, Loloq, M. Nasir, Wings dan Search sudah pernah dan lama menggunakan perkataan sastera Melayu lama sebegini di dalam karya dan lagu-lagu mereka. Tetapi itu dulu.

Terima kasih Siti Nurhaliza dan penulis lirik Hael Husaini kerana menggunakan Bahasa Melayu Lama untuk kembali memberikan nafas baharu kepada perkataan ini.

Jika diteliti di dalam lirik lagu Siti Nurhaliza tersebut, baris lirik "biarkan cinta anta permana;" ia menggambarkan 'cinta yang tidak berpenghujung dan abadi'.

Untuk difikir-fikirkan; perkataan 'permanent' mungkin ditulis berasal dari perkataan Latin (kot?) tetapi, cuba bandingkan perkataan 'permanent' dengan 'permana' serta betapa hampir persamaan maksud antara duanya.

*Gambar adalah sebahagian dari Hikayat Raja Pasai dimiliki oleh British Library Manuscript. Hikayat ini telah disalin semula oleh Encik Usman di rumah Encik Johar di Kampung Melayu Semarang, atas permintaan Encik Usep dari Kampung Belikang, Makassar. Manuskrip ini dimiliki oleh Abdullah, seorang Kapitan Melayu dari Semarang.

48388189_10157020382658104_2201730416388341760_o.jpg


 
Harian Metro
Sebentar tadi ·
#rap Johan ketika ditemui berkata, lagu Anta Permana sepatutnya akan dipersembahkan secara keseluruhan oleh Bob Yusof, namun berlaku gimik dengan penampilan istimewa Siti yang juga penyanyi asal lagu terbabit. http://bit.ly/2UzAl5j



Gimik saat akhir Siti



sitiyieeee_1581298325.jpg




KETUA Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak menjelaskan kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas Anugerah Juara Lagu Ke 34 (AJL34) adalah kejutan pada saat-saat akhir.

Johan ketika ditemui berkata, lagu Anta Permana sepatutnya akan dipersembahkan secara keseluruhan oleh Bob Yusof, namun berlaku gimik dengan penampilan istimewa Siti yang juga penyanyi asal lagu terbabit.

“Ia gimik pada saat-saat akhir oleh Bob dan pasukannya dengan membawakan Siti. Jadi secara tidak langsung kru teknikal terpaksa membuat persiapan pada saat akhir kerana baru tahu mengenai kejutan itu.

“Namun berlaku pula masalah teknikal apabila baris pertama nyanyian Siti tidak kedengaran namun ia berjaya diatasi selepas itu,” katanya.


Sementara itu, ketua juri Ajai berkata, dia perasan wajah Siti seakan tidak selesa namun sebagai penyanyi hebat beliau berjaya menanganinya dengan baik.

“Apabila membabitkan persembahan secara langsung banyak hal yang mungkin terjadi dan tidak dapat dielakkan.

“Bukan hanya Siti tapi sesiapa saja yang berdepan masalah teknikal akan ada masalah tapi beliau seorang penyanyi yang hebat . Apa yang kita lihat berlangsung dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, pencipa lagu Anta Permana Hael Husaini mengakui kesalahan kecil terbabit bukan satu isu besar sebaliknya sering berlaku kepada penyanyi lain.
“Kita tidak boleh nak salahkan pada sound system semata-mata. Kalau nak diikutkan kalau kejadian itu nak berlaku ia akan berlaku.

“Sebenarnya persiapan sudah dilakukan awal tapi kami tak sangka akan ada sedikit gangguan.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan tidak terbit perasaan kecewa. Bagi saya Siti sudah memberikan persembahan yang terbaik dan sangat profesional apabila tetap teruskan nyanyiannya.

“Setakat kesalahn yg kecil ini, saya boleh maafkan. Benda ini tiadalah besar mana. Peristiwa ini juga pernah berlaku pada saya tahun lalu,” katanya.

Terdahulu Siti menggamatkan pentas AJL34 apabila tampil membuat kejutan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof.

Sebaik kelibatnya muncul seluruh penonton bersorak dan tidak menjangka kehadiran penyanyi Siti di pentas berprestij itu malam tadi.

Sebelum ini Siti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana yang bersiaran secara langsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil malam tadi.
Berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu dendangannya itu dipersembahkan oleh Bob apabila ia layak bersaing pada peringkat separuh akhir, November lalu.

Anta Permana adalah lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong.
Kali terakhir Siti beraksi di pentas AJL pada 2008 iaitu AJL22 menerusi lagu Destinasi Cinta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 9:32 AM

 
News Alert
1 jam ·



AJL34: Karakter mirip Najib, Rosmah, FB Drama Band jadi sasaran kemarahan
2 hours ago


ADAKAH itu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ?

Pertanyaan itu timbul sebaik sahaja dua karakter muncul dalam persembahan kumpulan Drama Band di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL34) malam tadi.

Karater lelaki mengenakan suit berwana keunguan, baju lengan panjang putih dan bertali leher merah seperti yang selalu dikenakan Najib.

Manakala karakter wanita pula berbaju kurung dan bertudung berwarna merah dan sarat dengan barang kemas sambil memegang beg seperti lagak Rosmah menjadi perhatian penonton. Wajah kedua-dua mereka pula disolek seperti watak Joker.

Gara-gara kedua-dua karakter tersebut Facebook Drama Band serang oleh warganet yang kecewa terhadap pendekatan yang diambil kumpulan itu.

Mereka marah dengan Drama Band kerana dianggap menyindir, menghina dan menyasarkan kebencian terhadap Najib dan isterinya di atas pentas seni yang sepatutnya bebas daripada unsur politik.

Hantaran terbaharu kumpulan itu di Facebook mereka sebelum persembahan di AJL berlangsung 10 jam lalu mendapat hampir 10,000 komen dengan rata-rata warganet tidak senang dengan unsur politik dalam persembahan Drama Band.
“Kau ingat dengan hina Najib dan Rosmah kau boleh menang? Silap strategi la,” kata Bancker Rahman.

“Artis sampah. Padan muka dah kalah. Lain kali jangan mempersendakan sesiapa walaupun sekadar untuk hiburan,” sindir Sujita Soorian.

“Kehidupan dunia artis tidaklah selalu cerah. Insya-Allah satu ketika nanti DS Najib akan kutip kamu di dalam longkang kumbahan baru kamu tahu siapa orang yang kamu hina,” kata Zapfri Ismail.

“Walaupun aku bukan BN tapi aku sakit hati bila dia menghina dan persendakan orang sampai begitu sekali .Tu baru Allah bagi sikit rezki dah berlagak. Belum bagi banyak mesti lgi dahsyat,” komen Insan Di Uji.

“Allah tidak memudahkan rezeki hambaNya yang menggunakan, menghina orang lain untuk mencari rezeki,” nasihat Amrullah Abd Hamid.

“Drama Band ini kumpulan sampah masyarakat. Noktah Titik. Tidak lagi meminati DB selepas persembahan harini. Seperti kata Naim Daniel “Buruk niat kita, buruk lah yang kita dapat”, “baik niat kita, baiklah yang kita dapat”! komen Saudara Magnetica Wawan.

Distasteful parody, ugly costume, crap song. You should get Tony Pua and Teo Nie Chieng to join the band,” cadang Azmi Arshad.

“Tahniah kerana sungguh biadap. Berapa ribu job yang kau nak masuk?” tanya Rozaita Zainal.

“Ingat menang tadi. Habuk pun tarak. Kena sumpah sampai tak boleh bangun. Baru nak cari anta permata,” kata Khairi Asyraf.

“Malu kat NaimD, BBNU lagi matured and sensitive. Bodoh dia orang ni, apa yang nak dibuktikan pun tak tau. Floor Manager TV3 pun takkan tak tapis masa rehearsal. TV3 nak kena saman ni,” kata Dina Hazlina Jasni.

Persembahan Drama Band pada awalnya menarik perhatian ramai dengan pembukaan persembahan vokalis mereka iaitu Aepul yang agak menyeramkan, tampil dengan imej seperti karakter Ryuk dalam anime Jepun iaitu Death Note.

Ajl2.jpg


Persembahan tersebut kemudiannya mencetuskan kontroversi dengan kemunculan beberapa karakter lain yang dikaitakan dengan beberapa selebriti, pendakwah bebas serta ahli politik yang pernah berdepan kontroversi.

ajl3.png


Antaranya ialah isu bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, penyanyi, Haqiem Rusli yang sebelum ini mengatakan dirinya menghidapi depresi, isu rumah tangga dua pendakwah bebas dan juga kes melibatkan ahli politik.-SM

https://suaramerdeka.com.my/ajl34-k...CEysfkusDnwqeDyNnRl3zPPO_ax7DnXWxyKsihwTZvV8o
 
Drama Band anak muda yang berbakat tapi kurang bijak.
Menghina, memalukan dan membuka aib orang akan membuka ruang seluasnya aib mereka dibuka suatu hari nanti.
 
Back
Top
Log in Register