BTC USD 81,603.9 Gold USD 4,052.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Music Naim Daniel Juara #AJL34

1st time xtgk ajl
 
org baru xkenal. lagu pun xkenal. tau2 final
 
Nyanyi ‘live’ bagus tak semestinya juara, kata juri AJL 2020

https://media.hatred contents/uploads/articles/2020/2020-02/20200210SN_8.jpg

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Kemenangan sebuah lagu tidak hanya pada melodi dan gimik persembahan tetapi merangkumi keseluruhan pakej, kata Ketua Juri Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 2020).

“Ia bermaksud daripada susunan, ‘range’, kesesuaian nada kena dengan pembawakan karaktor lagu itu.

“Ia tentang perasaan, dalaman, banyak lagi sebenarnya kemahiran vokal yang nak kita jelaskan tapi paling keutamaan, sedap, tolakkan sedikit (masalah) teknikal, tak ada sumbang, note yang betul, range yang betul tak semestinya penyanyi suara tinggi dah juara. Dia berpandukan pada nada,” kata Ajai.

Penggubah lagu terkenal itu berkata kekuatan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel yang dinobat juara AJL 2020 malam tadi terletak kepada melodi asal.

“Tak ada istimewanya (Sumpah) kerana pada saya lagu tu sesiapa nyanyi pun sedap. Penghayatan lirik tu, bila rakam lagu tu dia sedap. Bila dia live (siaran langsung), dia kurang.

“Saya tak katakan Naim nyanyi tak bagus, ada yang lebih bagus nyanyi hari ini,” jelas Ajai, menganggap Hafiz Suip, Erni Zakri dan Aina Abdul antara yang memberikan nyanyian terbaik.

Menurut Ajai, pemilihan Hafiz yang membawakan lagu Kisah Cinta Kita sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik adalah kerana kemampuannya melantun semula suara pada nada dan penghayatan yang sama selepas berhenti beberapa saat.

Malah Ajai menganggap bakat seumpama itu hanya ada pada insan terpilih.

Ajai berbangga kerana penyertaan AJL kali ini begitu sengit sehingga pemarkahan bagi setiap peserta hanya berbeza sekitar 0.2 ke 0.3.

Selain kekuatan melodi, persembahan juga mengambil kira gimik seperti yang dinyatakan artis pada peringkat awal.

“Maknanya waktu gimik tu kita tak diberitahu. Dekat situ juri takkan tahu, jadi kita takkan mengambil kira benda-benda gimik di akhir persembahan,” katanya.

Sumber : ProjekMM-malaymailonline
 
76b6c680cff65646b6d3d957bd4665af.jpg=s660

Drama Band mohon maaf, jelaskan 'hanya jalan cerita kehidupan'

Diterbitkan Hari ini 12:41 tengahari | Dikemaskini Hari ini 3:34 petang

Vokalis Drama Band Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung susulan persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 yang mencetus kontroversi dan kecaman netizen.

Jelasnya, ia merupakan sebuah jalan cerita kehidupan yang ingin dipamerkan dalam persembahannya.
“Maafkan kami atas salah silap kami.

“Kepada yang tersinggung, ampunkan kami. Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadangkala warnanya tidak kita gemar,” katanya menerusi hantaran di akaun Instagram pagi ini.

Ia dibuat kira-kira 12 jam selepas tamat persembahan mereka di Bukit Jalil malam tadi.

64afafd4a5eaba465b5e59105928d8ca.jpg

Sewaktu mempersembahkan lagu Drama, band itu meniru dialog dalam rakaman audio didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor pada 8 Januari lalu.

Kemudian, muncul dua watak badut, seorang individu lelaki berpakaian korporat dan seorang lagi wanita yang berbaju kurung sambil membawa beberapa beg tangan berjalan di karpet merah. Kedua-dua watak itu dipercayai menyerupai Najib dan Rosmah. Mereka diiringi beberapa watak badut lain di pentas.

Sambil berjalan, wanita tersebut bercakap: “Can I advise you something.”

4c3b8631e6b0c3cf6f9061a0e628ed9d.jpg

Ungkapan itu sinonim dengan rakaman audio yang didedahkan Latheefa.
SPRM memutarkan rakaman audio perbualan yang didakwa maklumat bocor daripada Jabatan Peguam Negara kepada Najib sewaktu beliau masih perdana menteri dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.

Bukan setakat isu Najib dan Rosmah, Drama Band juga mempersembahkan adegan lain seperti kontroversi membabitkan seorang peserta Dewi Remaja yang dilucutkan gelaran juaranya selepas berhibur di kelab malam.

Sementara itu, Aepul turut mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan buat ahli kumpulannya dalam membuat persembahan di anugerah berprestij tersebut.

Media Prima: Waktu latihan tak ada

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks, Johan Ishak tampil memberi penjelasan bahawa pihaknya tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai konsep yang ingin dipersembahkan.

13e8001a713b4639ee13bf00cb1e0a42.jpg

Kata Johan, tindakan dilakukan Drama Band itu boleh disifatkan sebagai penghasilan gimik keterlaluan khususnya sempena memberi impak pada malam final AJL34.

“Ia adalah salah satu contoh apabila peserta finalis menghasilkan gimik melampau. Padahal sewaktu sesi latihan, tak ada pun konsep terbabit (politik).
Menurutnya, Drama Band sewajarnya memaklumkan sekiranya mereka ingin tampil dengan elemen sensitif sedemikian.

“Sepatutnya mereka cakap dari segi mesej apa nak buat dengan konsep persembahan itu tapi tidak. Ni agak sensitif,” katanya yang akan memastikan tindakan sewajarnya diambil sekiranya kumpulan terbabit didapati melanggar kod kandungan penyiaran yang ditetapkan.

Harian Metro
Sebentar tadi ·
#rap Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak menjelaskan pihaknya terpaksa 'menggantung' video persembahan penyanyi Aina Abdul dan kumpulan Drama Band di YouTube TV3 berikutan kontroversi terhadap gimik persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu Ke-34, semalam. http://bit.ly/3bthMFJ

'Gantung' video Aina Abdul dan Drama Band di YouTube

XSZ_1581329649.jpg

AINA (kanan) dan Drama Band membuat gimik yang berlebihan. FOTO NSTP

KETUA Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak menjelaskan pihaknya terpaksa 'menggantung' video persembahan penyanyi Aina Abdul dan kumpulan Drama Band di YouTube TV3 berikutan kontroversi terhadap gimik persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu Ke-34, semalam.

Johan berkata, pihaknya akan membuat semakan kod kandungan daripada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) untuk memastikan sama ada persembahan itu bercanggah dengan penyiaran stesen televisyen (TV) sebelum mengambil tindakan.

“Sebelum menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, kami fikir penyelesaian terbaik adalah menyemak dengan CMCF terlebih dahulu apakah persembahan Aina dan Drama Band bercanggah dengan kod kandungan penyiaran atau tidak.

“Bagi persembahan Aina, pihak produksi maklum mengenai konsep persembahannya yang menggunakan ‘darah’ untuk memaparkan simbolik hati terluka. Tetapi tidak menyangka cacair yang digunakan agak keterlaluan.

" Sebagai program siaran langsung, sukar untuk kami mengawal apa yang dilakukan artis di pentas. Perkara itu akan kami jelaskan kepada CMCF.

“Buat masa ini, kami terpaksa menyekat persembahan Aina dan Drama Band di YouTube supaya tidak menimbulkan pertikaian lagi. Selepas keputusan semakan itu, barulah pihak stesen membincangkan tindakan selanjutnya," katanya.

Menjawab kontroversi persembahan Drama Band menerusi lagu Drama yang dikatakan menyentuh isu sensitif berkaitan politik, pihaknya mengakui terkejut apabila kumpulan itu tidak memaklumkan mengenai elemen yang dilihat agak sensitif.

"Bagi kumpulan Drama Band pula, ketika sesi latihan mereka langsung tidak menonjolkan elemen itu. Malah mesej terhadap persembahan yang ingin dipersembahkan juga tidak diberitahu kepada kami kerana apa yang ditonjolkan itu memang agak sensitif," katanya.

Sementara itu, vokalis kumpulan Drama Band, Aepul tampil memohon maaf kepada pihak yang terasa hati susulan persembahannya di AJL34 yang dianggap mencetuskan kontroversi dan kecaman netizen.

Kata Aepul, apa yang dipaparkan itu adalah jalan cerita kehidupan dalam persembahannya.

“Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami. Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadang-kadang warnanya tidak kita gemar,” tulisnya di Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 6:14 PM

Last edited:
pg final pun pakai kabel rupanya. ptotla kuat jilatnye
 
Malaysiakini (BM Version)
4 min ·
Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, kumpulan itu bukannya mencuri duit rakyat, manakala penerbit filem dokumentari berpendapat memang biasa satiran politik mengundang kritikan.

Dua Fahmi anggap Drama Band tak perlu minta maaf
Hiburan | Diterbitkan Hari ini 4:39 petang | Dikemaskini Hari ini 4:39 petang

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berpendapat tidak perlu untuk kumpulan Drama Band mengemukakan permohonan maaf ekoran persembahan mereka di majlis Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) kelmarin.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR itu menyatakan sokongannya kepada Drama Band berhubung gimik mereka yang menampilkan dua badut di pentas yang dikaitkan orang ramai dengan bekas perdana menteri, Najib Razak, dan isterinya, Rosmah Mansor.

“Drama Band tidak perlu mohon maaf. Bukan kamu yang curi duit rakyat,” ciapnya di Twitter miliknya hari ini.

Semalam Malaysiakini menyiarkan laporan Drama Band dikecam segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kreativiti persembahan yang ditampilkan mereka sebagai peserta finalis AJL34.

Sewaktu mempersembahkan lagu Drama, seorang badut lelaki ditampilkan berjalan seiringan dengan seorang lagi badut wanita yang memegang beberapa tas tangan di karpet merah.

Rakaman audio meniru suara wanita yang menyebut “Can I advise you something?” turut mengiringi dua badut berkenaan.

Gimik itu kemudian pantas mengingatkan orang ramai kepada Najib dan Rosmah yang kini berdepan dengan pelbagai kes rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Bebas dari sebarang tapisan

Kata-kata "Can I advice you something" itu pula dikaitkan dengan rakaman audio didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini dan didakwa milik Rosmah.

AJL34 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Susulan timbulnya isu tersebut, vokalis Drama Band, Aepul Roza tampil memohon maaf dengan berkata, persembahan itu tidak lain tidak bukan hanya mesej yang menggambarkan sebuah jalan kehidupan.

Najib pula kemudian menyiarkan kenyataan balas dengan memuat naik hantaran Facebook memaparkan imej Drama Band memakai baju SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) sebagai mempromosi program kerajaan BN tetapi kini menyanyikan lagu untuk program Le Tour de Langkawi.

09d01f26581b8893e370d3388dbf73ef.jpeg

Sementara itu, aktivis sosial, artis jalanan dan pembikin filem dokumentari dikenali ramai, Fahmi Reza turut berkongsi pendapat sama dengan ahli parlimen kerajaan itu.

Katanya, Drama Band sewajarnya berdiri teguh dengan pendirian mereka selain mempertahankan persembahan berkenaan sebagai salah satu bentuk ekspresi kreatif.

“Drama Band tak perlu meminta maaf. Satira politik sememangnya mengundang kritikan dan dipandang hina oleh orang yang tidak menghargainya.

“Mereka (Drama Band) sewajarnya terus mempraktikkan apa dirasai dan bebas daripada setiap bentuk penapisan,” ciap Fahmi yang dikenali ramai kerana menghasilkan karikatur badut menyerupai wajah Najib.

teringat pulak dgn ilya n ropie kene ban
mane ade diorg rompak duit jugak
 
Back
Top
Log in Register