Harian Metro
11 min ·
#rap Aina ketika ditemui berkata, ia tiada kena-mengena dengan konsep bunuh diri, sebaliknya simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya terhadap orang yang amat disayanginya.
http://bit.ly/2H7RhI5
'Saya minta maaf, saya masih waras dan ada agama'
Share
Tweet
AINA ABDUL
PENYANYI Aina Abdul memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung atau kurang senang dengan gimik persembahannya menerusi lagu Sumpah yang didakwa mengetengahkan konsep bunuh diri di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) malam tadi.
Aina ketika ditemui berkata, ia tiada kena-mengena dengan konsep bunuh diri, sebaliknya simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya terhadap orang yang amat disayanginya.
“Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung wanita atau lelaki itu selepas melukakan hati insan disayanginya. Semua orang mempunyai pendapat berbeza dan saya ingin tegaskan sekali lagi, persembahan saya tidak menyentuh elemen seperti yang didakwa. Ia langsung tiada kena mengena dengan dakwaan yang diperkatakan dan saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham yang timbul,” katanya.
Menurut Aina, dakwaan mengatakan dia menikam dadanya sehingga darah membuak-buak keluar membasahi pakaiannya adalah tidak benar.
“Saya tidak menikam diri cuma sudah menjadi satu kebiasaan apabila menyanyi tangan saya banyak bergerak. Kalau mereka yang selalu lihat video nyanyian saya di YouTube pasti tahu cara saya lontarkan sesuatu lagu itu.
“Saya juga tidak memegang sebarang objek tajam ketika itu. Darah itu mengalir dengan sendiri sebagai simbolik hati yang berdarah. Semasa raptai penuh memang darah yang mengalir tidak banyak tapi kalau saya sekadar nak buat darah itu ada tak mungkin penonton akan faham mesej yang ingin saya sampaikan. Jadi terpaksa guna kuantiti yang banyak untuk sampaikan mesej itu.
“Lagipun saya bersama rakan-rakan sudah sedaya-upaya mencari idea terbaik untuk persembahan ini. Baju saya adalah inspirasi daripada persembahan Lady Gaga di Met Gala 2019 manakala persembahan adalah simbolik yang ingin saya ketengahkan untuk ekpresikan rasa sakit itu,” katanya.
Ditanya sekirannya persembahan di pentas AJL34 itu akan disekat atau tidak disiarkan di YouTube seperti didakwa sesetengah pihak, Aina berkata, dia tidak takut cuma berharap kontroversi yang berlaku adalah peluang untuk orang mengenalinya lagi.
“Saya nak orang mengenali diri saya sebagai penulis lagu yang mengangkat isu lebih berat. Malah kebanyakan lagu yang saya keluarkan berkaitan dengan kesihatan mental atau depresi.
“Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Jadi takkanlah saya nak gunakan isu bunuh diri sedangkan saya ketengahkan isu kesihatan mental dan saya takkan gunakan pentas AJL untuk buat sesuatu yang salah,” katanya.
Terdahulu, biarpun persembahan yang dipamerkan Aina menerusi lagi Sumoah dilihat menarik dari segi kreativiti, namun ia mengundang kritikan dan pertikaian Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA).
Menurut kenyataan persatuan itu, persembahan konsep bunuh diri berkenaan keterlaluan dan melanggar peraturan.
MIASA turut menyelar persembahan itu yang seakan mendorong penonton untuk mencederakan diri sekali gus melanggar garis panduan di media.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 8:56 AM
PENYANYI Aina Abdul memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung atau kurang senang dengan gimik persembahannya menerusi lagu Sumpah yang didakwa mengetengahkan konsep bunuh diri di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) malam tadi.
www.hmetro.com.my