BTC USD 82,916.4 Gold USD 4,175.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

naik haji

mike

Super Active Member
Messages
5,526
Joined
Apr 7, 2008
Messages
5,526
Reaction score
8
Points
65
Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang
di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat
sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah
habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...cepat sangat
barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh... Kebaikan
Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggalsembahyang. Malangnya bapa
mertuanya tak pulak begitu...Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian...
lepas tu sambung tengok berita...lepas tu makan...lepas tu tidur..esok bangun pukul
8...pergikedai kopi...bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur...
petang pergi kedai kopi lagi...main dam, berborak mengalahkan orang politik.
Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani
menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat
makan. Tetapi dia terus mencari idea...macam mana nak kenakan si Samat ni..
Suatu hari dia dapat idea...nak kenakan Samat..

"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat...
"Boleh juga..." kata samat tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat...
Dia hulur, Samat makan, hulur lagi...Samat makan lagi...hulur lagi makan
lagi, dan lagi...dan lagi....
" Eh ko ni Samat...kuat betul makan laa....agak-agaklaa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...mentang-mentang aku kuat
makan" fikirnya dalam hati...tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua...Bapa mertuanya hulur...dia tak makan...hulur
lagi, tak makan juga...kena tangkap...tak macam set pertama...dia dah bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak
faham cerita ini...)...kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...

Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?
 
ini ceritera lama la bro.....x pe layan
 
Back
Top
Log in Register