BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Naik angin anak menangis

missbumblebee

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
3,639
Joined
Jun 24, 2009
Messages
3,639
Reaction score
19
Points
25
KUALA TERENGGANU - Hasrat murni seorang isteri menegur perbuatan panas baran suaminya yang memukul dan memarahi anak perempuan mereka, bertukar episod ngeri apabila dia ditampar dan ditumbuk, dalam satu kejadian di Kampung Surau Panjang, di sini, Isnin lalu.

Bukan itu sahaja, mangsa, 26, yang cuba melindungi anak yang baru berusia empat tahun itu turut cedera di tangan dan paha dalam usaha menyelamatkan dirinya daripada cuba ditikam dengan pisau oleh suspek, 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika pasangan suami isteri itu sedang tidur, sebelum dikejutkan dengan tangisan anak mereka.

“Tangisan kanak-kanak itu berlarutan walaupun puas dipujuk oleh mangsa sehingga menyebabkan suspek yang tidak selesa dengan gangguan bunyi bising itu naik angin.

“Suspek kemudian mula memarahi anaknya, namun mula bertindak kasar dengan memukul anak yang tidak tahu apa-apa itu sebelum mangsa cuba masuk campur dengan menegur perbuatan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zamri berkata, namun, suspek yang seperti dirasuk itu semakin bengang dengan teguran mangsa sebelum bertindak memukul dan menumbuk mangsa.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengambil sebilah pisau di dapur dan cuba menikam mangsa, namun berjaya dielak dan hanya terkena pada tangan dan paha mangsa.

“Selepas melihat kecederaan dialami mangsa, suspek mula takut sebelum melarikan diri meninggalkan kedua beranak itu,” katanya.

Susulan kejadian, mangsa menerima tiga jahitan di tangan.

Jelasnya, mangsa yang tidak berpuas hati diperlakukan sebegitu rupa serta bimbang keselamatan diri dan anaknya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Chendering, sebelum suspek ditahan beberapa jam kemudian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.


http://www.sinarharian.com.my/naik-angin-anak-menangis-1.207981
 
bangunan pun runtuh, aklak pun rutuh, rumah tangga pun runtuh..
 
Alhamdulillah anak perempuan itu dilindungi oleh ibunya dr kekejaman ayahnya, walaupun ibunya sendiri di abuse physically oleh ayahnya.

Yang si ayah tu sanggup pegi kedapur untuk ambil pisau, apa salahnya alang-alang bangun pegi tengok anak tu apa sakitnya samapai menangis malam-malam.
Jenis ayah b###h.
 
Back
Top
Log in Register