BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Naga putih hanya 'ilusi'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

SHAH ALAM - Penyebaran berita mengenai seekor naga putih yang ditembak mati di Gerik, Perak menerusi media sosial nyata palsu apabila gambar pendedahan pembuatan replika naga putih itu didedahkan semalam.

Ternyata, kisah naga putih yang dikatakan menelan serta meratah seekor arnab seorang pekebun hanyalah sebuah khabar angin sesuatu yang direka.

Sebuah portal berita melaporkan bahawa seekor naga berwarna putih telah ditembak mati di sebuah rumah di Gerik, Perak oleh seorang pemilik dusun.

Portal berita tersebut turut menyiarkan gambar bangkai naga putih terbabit yang telah ditembak mati oleh pemilik dusun terbabit.

Menurut portal terbabit, pemilik dusun terbabit mengambil senapang auto dan melepaskan lapan das tembakan dan turut mendakwa naga terbabit mempunyai sepasang tanduk dan misai panjang sedang meratah seekor arnab jantan.

Terdahulu, gambar bangkai naga putih sama menjadi viral di media sosial apabila ia dikatakan ditemui di Apartment Tanjung Puteri, di Pasir Gudang, kelmarin.

Berita itu kemudiannya dinafikan oleh penduduk di apartment berkenaan.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/naga-putih-hanya-ilusi-1.291856
 
hahahahahah...ini pun masuk berita jugak ke
 
banyak tersebar di FB...hanya satu penipuan aje.
 
nak kasi real dia punya cerita...:)
lagi best kalau tulis jenis senapang yg dimiliki oleh pemilik dusun tu:D
 
Hebat! Pekebun Malaysia pun ada senapang auto.

Rakyat US pun boleh beli dan simpan semi-auto sahaja. :D
 
nak kasi real dia punya cerita...:)
lagi best kalau tulis jenis senapang yg dimiliki oleh pemilik dusun tu:D

versi sabah punya cerita ada bagitau...senapang angin
 
sinar harian pn layan brita cam gini?habisla...
 
Back
Top
Log in Register