BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nafsu terbantut kena pelempang

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
kes-pukul-isteri-penampar-jepun.jpg

Hiasan buat cantik thread



Kuala Lumpur: Tamparan kuat seorang wanita berusia 30 tahun berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Imbi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang berkerja sebagai penyambut tetamu dilaporkan bersendirian di hotel berkenaan sebelum cuba dirogol lelaki berusia lewat 30-an itu.


Menurut sumber, tindakan suspek menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka namun lelaki itu hanya berhenti sebelum beredar dari kawasan berkenaan selepas ditampar dengan kuat di muka oleh mangsa.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, mangsa yang bersendirian di hotel berkenaan mendakwa duduk di sofa di lobi hotel itu.


“Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang juga pelanggan di hotel itu duduk di sebelah mangsa. Selepas melihat tiada orang lain di situ, suspek tiba-tiba memeluk mangsa.


“Lelaki itu mula mencabul mangsa menyebabkan pergelutan berlaku lebih 10 minit apabila mangsa cuba mempertahankan kehormatannya,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nafsuterencatkenapenampar/Article/index_html
 
Hotel kat mana ni boleh plak xde org
 
amboi..kat lobi hotel pon jadi..
 
"Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang juga pelanggan di hotel itu duduk di sebelah mangsa. Selepas melihat tiada orang lain di situ, suspek tiba-tiba memeluk mangsa"

duk sebelah org...trus peluk....eerrkkk....sex maniac kut...
 
Back
Top
Log in Register