BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nafi terlibat guling kerajaan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Shahidan Kassim​

BATU PAHAT 17 Ogos - Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad menafikan beliau terlibat dalam sebarang usaha atau komplot untuk menggulingkan kerajaan seperti yang tersebar dalam media sosial.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong berkata, penyebaran maklumat dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang turut mengaitkan namanya bersama 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain itu adalah fitnah.

Noraini mendakwa, tindakan tersebut bertujuan melaga-lagakan pemimpin dan ahli parti selain hanya mahu menimbulkan perpecahan dalam kalangan mereka serta masyarakat.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam komplot yang ada niat menjatuhkan kredibiliti dan nama baik saya selaku Ahli Parlimen BN,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noraini didakwa sebagai salah seorang daripada 20 pemimpin BN yang dikaitkan dengan komplot menggulingkan kerajaan seperti dalam senarai yang tersebar meluas melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mempunyai bukti tentang komplot menggulingkan kerajaan iaitu dokumen akuan bersumpah yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen BN.

Dalam pada itu, di KANGAR, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan beliau mempunyai kaitan dengan komplot tersebut serta menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai fitnah.

“Adalah tidak patut berlaku apabila 20 orang BN nak sertai pembangkang untuk jatuhkan kerajaan. Bila kerajaan jatuh, pembangkang yang jadi kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Di KOTA KINABALU, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mempertahankan dirinya daripada tuduhan itu malah menegaskan, beliau tidak tahu tentang kewujudan komplot tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) menjelaskan, tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mengkhianati dan membelot terhadap UMNO.

“Apabila nama saya dikaitkan dengan pergerakan ini, ini satu pertuduhan yang sangat berat dan saya amat kesal dikaitkan dengan tuduhan seumpama ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, di KOTA KINABALU, Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan sekeras-sekerasnya laporan media sosial yang mengaitkan nama beliau dengan komplot untuk menjatuhkan kerajaan.

“Laporan itu adalah tidak bermoral, fitnah, serkap jarang dan bertujuan mencemarkan imej Ahli-ahli Parlimen khususnya (daripada) UMNO dan BN,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Di JOHOR BAHRU, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bagi membersihkan namanya yang didakwa terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan.

“Saya amat terkejut apabila mendapat tahu nama saya dikaitkan dengan penyebaran fitnah tersebut. Tindakan ini boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat dan ia tidak harus berterusan.

“Saya sudah menghubungi dan mendapatkan nasihat daripada beberapa kepemimpinan tertinggi UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor serta Pengerusi BNBBC sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Di PERAK, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman pula seperti dipetik daripada portal BNBBC hari ini berkata, beliau amat terkejut dengan dakwaan tersebut yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

“Semalam baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian saya, mustahil saya mahu menjemput beliau kalau mahu menjatuhkan beliau,” jelasnya.

Menurut Hasbullah, dakwaan itu adalah fitnah untuk menunjukkan kononnya BN dalam keadaan tidak kuat sedangkan hakikatnya beliau memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri.
 
Dapat sejuta dua sorang, berguling2
la diorang tu...
 
mohon zahid dedahan siapa pemimpin amno misteri tu
 
selepas PM umum peruntukan 5juta setiap parlimen
terus tarik brake..
alahai....mmg betul2 melayu...cepat "LAYU"
 
selepas PM umum peruntukan 5juta setiap parlimen
terus tarik brake..
alahai....mmg betul2 melayu...cepat "LAYU"

Mohon berikan sumber tuan. Saya tertinggal bas 2-3 hari ni.
 
aku rasalah...sendiri create issue...sendiri tutup balik...mula mula mat jahid cakap ada komplot....pas tu cakap yg komplot ni akan jumpa pok jib ahad lepas...pas tu cakap x jadi jumpa....semua ni diversion nak alih issue wan em di bee
 
Back
Top
Log in Register