BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nafi cabul anak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
AMPANG: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas tuduhan mencabul anak kandungnya yang berusia 14 tahun, Jumaat lalu.

Tertuduh yang juga seorang pekerja pendawaian elektrik bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Aida Mastura Mohd Aman.

Mengikut pertuduhan, didakwa melakukan kekerasan ke atas mangsa di sebuah pangsapuri di Ampang Jaya, jam 1 pagi, 13 November lalu.

Dia didakwa menerusi Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya dia dijamin dan tidak ditempatkan di lokap berikutan mempunyai masalah kesihatan iaitu sakit jantung kronik.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni tidak menawarkan sebarang jaminan dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk membuat keputusan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin selepas isteri tertuduh tampil sebagai penjamin di samping mengemukakan dokumen bagi membuktikan penyakit yang dihidapi suaminya.

Mahkamah turut memerintah supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa secara lisan atau perbuatan selain melarang dia bertemu mangsa sebelum menetapkan 22 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum itu, Nur Hafizah memberitahu mahkamah, mangsa kini sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut di hospital dan akan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga kes berkenaan diselesaikan bagi tujuan keselamatan mangsa.
 
letak je dalam lokap..biar mati dlm tu
 
Back
Top
Log in Register