balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Mesej yang turut diterima wartawan Sinar Harian.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan negeri menafikan khabar angin yang mengatakan seorang anak pensyarah koma selepas pulang daripada mandi di kawasan Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu akibat dijangkiti kuman Leptospirosis atau kencing tikus.
Pengarahnya, Dr Mohamad Omar berkata, maklumat yang disebarkan di media sosial termasuk aplikasi whatsapp sejak kelmarin itu adalah palsu dan sehingga kini (semalam), pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian yang didakwa.
“Itu tidak betul, kita tidak ada rekod langsung mengenainya.. saya pun tidak tahu daripada sumber mana mereka dapat maklumat itu.
“Saya tidak menerima apa-apa laporan membabitkan kes Leptospirosis di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini,” jelasnya menyifatkan laporan itu adalah palsu.
Menurut Mohamad, pihaknya juga telahpun mendapatkan maklumat daripada pihak pengurusan di kawasan Air Terjun Sekayu dan keputusan juga sama, tiada sebarang kes berkaitan berlaku seperti mana yang disebarkan.
“Kita dah semak, memang tidak ada kes air kencing tikus di Air Terjun Sekayu… ini info palsu,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad turut menasihati pengguna media sosial supaya tidak mudah percaya maklumat yang diterima malah perlu memastikan kesahihannya sebelum turut sama menyebarkan kepada individu lain.
Kelmarin, ramai individu yang mendapat info melalui aplikasi whatsapp mendakwa seorang anak pensyarah koma selepas mandi di kawasan Air Terjun Sekayu.
Info sama juga mengingatkan agar tidak mandi di Air Terjun Sekayu buat masa terdekat.
SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/semasa/nafi-ada-mangsa-kencing-tikus-1.393303