BTC USD 83,526.0 Gold USD 4,156.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nafas berbau tanda penyakit

brutuse

Fun Poster
Messages
431
Joined
Jan 13, 2014
Messages
431
Reaction score
3
Points
15
Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya nafas berbau dan permasalahan ini juga boleh dikategorikan sebagai tanda diri kita berpenyakit." Itu antara kenyataan awal diberikan oleh Pakar Pembedahan Pergigian, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Naseem Banu Sadruddin, sebaik sahaja diajukan persoalan adakah masalah nafas berbau merupakan simptom awal seseorang itu menghidap penyakit dalaman atau sebaliknya.

MENURUT Dr. Naseem Banu, sekiranya masalah tersebut bukan terhasil daripada penyakit dalaman yang dialami individu tersebut, ia sebenarnya adalah disebabkan oleh bakteria yang berkumpul di dalam mulut akibat daripada penjagaan oral yang tidak betul.

Begitupun, penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga adalah antara penyebab nafas berbau. Disebabkan itu juga Dr. Naseem Banu menasihatkan, individu yang mengalami masalah nafas berbau perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum boleh diklasifikasikan sama ada ia hanya disebabkan penjagaan oral yang tidak betul atau merupakan satu penyakit berpunca daripada dalam badan.

"Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, resdung, sakit tekak, selesema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser mulut, dan sebagainya, nafas berbau ini selalunya berpunca daripada penjagaan oral (mulut) yang tidak betul.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140128/kn_01/Nafas-berbau-tanda-penyakit#ixzz2s4HH2qNy

1743743_697550460265032_197181329_n.jpg
 
Mungkin jugak ada betulnya...
Tp selalunya sebab penjagaan yg x betul ada la... :p
 
smoking tu yg busuk
 
Salaam.

Banyak faktor.
Pemakanan.
Tak flos.

Berubah la ke Siwak; insha allah ada perubahan.

Kesian gak sebenarnya.
Gingivitis, kadang2 lama orang tu berus gigi dalam tandas kat pejabat.



PS: Aku baru setahun guna Siwak. Memula tu memang kelat :)paid
 
siwak tu apa ya..mana nak beli dan kebaikkan nya
 
Dari makanan yg kite makan pun je jugak.
Cthnya: bawang
 
bukan ada simpton yang napas bau macam air kencing tu ke penyakit apa tah?
 
aku rsa ade btulnya jgk ni...sbb aku skg resdung kuat, bau mulut pn rsa mcm xbest....sblm ni ok ke...
 
gigi yg reput kalau ada 2-3 pun dah cukup megeluarkan bau kurang enak, solusi cabut gigi tu
 
Back
Top
Log in Register