BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NADI Kini Jadi Contoh, Rujukan Negara Luar - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

NADI Kini Jadi Contoh, Rujukan Negara Luar - Fahmi​

ca6c75f270a4ef143f6667aba4a644a96a3faab7a24ba

b4c65a2f3a5ead194e731842a191dda46a3faafe90978

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berucap semasa meluncurkan AI untuk Komuniti @ NADI dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Rengit Indah.

--fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di negara ini kini menjadi rujukan dan contoh kepada beberapa negara luar, yang berminat untuk mengadaptasi model pusat transformasi digital berkenaan, susulan kejayaannya memperkasakan komuniti melalui pelbagai program kemahiran dan keusahawanan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata NADI di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu telah melalui transformasi besar daripada sekadar sebagai kafe siber luar bandar kepada hab pembangunan digital komuniti.

Beliau berkata NADI kini menawarkan pelbagai modul yang memberi manfaat kepada masyarakat, termasuk saringan kesihatan, latihan kemahiran seperti membaiki telefon bimbit dan fotografi, selain program keusahawanan yang membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

“Perkembangan ini menyebabkan badan antarabangsa, International Telecommunication Union (ITU), mengiktiraf MCMC dan NADI sebagai rakan kongsi pusat transformasi digital.

“Ini satu pengiktirafan yang besar, dan pada masa yang sama banyak negara lain sedang melihat serta cuba mencontohi model NADI,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran AI for Community@NADI serta Pusat NADI Kampung Parit Kemang, di sini hari ini.

Jurucakap kerajaan itu juga berkata antara negara yang menunjukkan minat terhadap model berkenaan ialah Timor-Leste, yang telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia bagi membolehkan pendekatan NADI dilaksanakan di negara itu.

“Apabila kita menerima Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN yang ke-11, mereka melihat beberapa perkara yang ingin dipelajari daripada Malaysia, antaranya model NADI dan melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani, kita akan membawa model ini untuk dilaksanakan di Timor-Leste,” katanya.

Fahmi berkata pencapaian NADI itu turut didorong oleh kemudahan Internet berkelajuan tinggi yang disediakan di beberapa pusat berkenaan, malah ada antaranya menawarkan kelajuan sehingga 1 Gbps, sekali gus membolehkan pelbagai program transformasi digital dilaksanakan secara lebih berkesan.

Mengenai Program AI for Community@NADI, beliau ketika berucap berkata ia bertujuan memperluas literasi kecerdasan buatan (AI) kepada masyarakat pada peringkat akar umbi, selain memberikan pendedahan mengenai penggunaan AI secara praktikal dan bertanggungjawab.

 
Back
Top
Log in Register