BTC USD 80,397.5 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nada dering untuk enjin kereta

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
LONDON: Pemandu akan berpeluang memilih bunyi enjin kenderaan yang digemari sepertimana memilih bunyi nada deringan telefon bimbit.


KERETA elektrik Nissan, Leaf akan dilengkapi bunyi seperti kapal angkasa. Bunyi kenderaan boleh dicipta dengan bunyi yang digemari daripada kenderaan F1 milik Lewis Hamilton hinggalah kepada kereta permainan Nodi.

Pakar kenderaan berpendapat enjin kereta elektrik yang tidak berbunyi mungkin mendatangkan bahaya kerana tidak dapat didengari pejalan kaki dan boleh menyebabkan berlaku risiko kemalangan.


Bunyi enjin yang berbeza bagi setiap model kereta sedang dicipta pakar untuk kegunaan masa depan.


Pengeluar kereta Lotus di Norfolk sedang bekerjasama dengan pengeluar kereta di Eropah dan Jepun dalam penyelidikan kesan bunyi kenderaan. Ketua Jurutera, Colin Peachey, berkata mereka sedang mengkaji kesan bunyi kenderaan dalam filem sains fiksyen seperti Blade Runner and I dan Robot.


Peachey berkata: “Sistem bunyi itu akan dicipta mengikut pesanan individu atau kawasan. Anda boleh memesan bunyi Star Wars bagi pasaran di Amerika Syarikat atau Doctor Who bagi pasaran United Kingdom.”


Perisian yang dipasang akan mengubah bunyi kereta bergantung kepada kelajuan.


Nissan yang akan melancarkan kereta elektrik Leaf di United Kingdom pada Mac tahun depan akan melengkapkan setiap model dengan bunyi yang seragam iaitu seperti bunyi kapal angkasa.


Peminat Doctor Who, David Glover, 29, meminati kereta yang mempunyai bunyi seperti mesin waktu. - Agensi

Sumber
 
perghhh....mmg ganas ler bunyinya 6t..
aku nak order bnyi kentut la 6t..
ekekeke...
 
wowowowowowo....best tu bunyi2...ak nak bunyi orang klik mouse ada ??...huhuhuhuaa...
 
Back
Top
Log in Register