BTC USD 85,634.7 Gold USD 4,309.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Muhammad s.a.w.

tgh duk amalkan sunnah yg mana senang2 nak buat pada setiap masa
dan sentiasa amalkan selawt keatasnya
 
12670726_10154043579572398_5049516182317844650_n.jpg
 
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung." [At Taubah: 129]
 
(Al Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran [Ibrahim: 52]
 
smlm kuliah tuan guru kami menceritakan sedikit ttg kewafatan Rasulullah s.a.w., sayyidina umar yg garang berkata " sesiapa yg berkata Rasulullah s.a.w. Telah wafat akan aku penggal lehernya!" maka sayyidina abu bakar pun masuk ke rumah Rasulullah s.a.w. ke kamar Rasulullah s.a.w. Dan melihat keaadaan kekasih Allah yg di cintai-Nya, makhluk Allah yg paling sempurna akhlaknya dan keperibadiannya yg tiada tandingannya di muka bumi ini...subhanallah, tuan guru kami berkata "kita ini selalu menceritakan kesempurnaan Rasulullah s.a.w. Dgn mulut kita tetapi hakikatnya mulut dan hati kita tidak mampu dan tidak setanding dgn kesempurnaan yg Allah berikan kpd kekasih-Nya Muhammad yaa Rasulullah...

Allahumma sholli ala sayyidina Muhammad wa ali ala sayyidina muhammad..

tuan guru kami mengajarkan sepotong doa " Yaa Allah Ya Rabbi, janganlah kau haramkan kami untuk mendampingi Kekasih-Mu, (Muhammad) di akhirat kelak"

Subhanallah, Allahuakhbar..
kami hanya mampu menangis kecil ...apalah dosa kami ini ya Allah sehingga kami tidak mampu mencintai kekasih-Mu seperti kau menyintainya
 
Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan [Huud: 123]
 
Allahumma sholli ala sayyidina Muhammad wa ali ala sayyidina muhammad.

“Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih].
Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.
 
Back
Top
Log in Register