BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Muhammad Bukan Pedophil

rayz

Legendary Member
gem
Messages
13,336
Joined
Jun 5, 2007
Messages
13,336
Reaction score
885
Points
171
maafkan saya. ini bukan isu rasis. tetapi sebagai muslim saya turut marah dgn isu ini

sejak akhir2 ini..

53377775_616967238821804_8963863154983436288_n.jpg




ramai org cina dan india mengutuk dan menghina nabi muhammad SAW kononnya nabi muhammad itu seorg phedophil kerana berkahwin dgn isterinya yg berumur 9 tahun. tiada bukti menunjukkn nabi mendera isterinya dari segi seksual sejak umur 9 tahun dan isterinya menderita diatas perlakuan seksaan deraan seksual masa tu.


tetapi sedarkah mereka?

mereka sendri juga ada budaya perkahwinan yg diatur oleh keluarga sejak mereka kecil sejak dilahirkan.

mereka akan memakai sepasang gelang yg sama sejak kecil dan ada yg memakai brg perhiasan yg sama dr jed sejak kecil misalnya kalung jed rantai gelang misalnya.

53738087_2346545235370407_6319779299272425472_o.jpg




cerita2 klasik hindustan dan cerita klaskik kungfu cina ada kisah2 perkahwinan yg diaturkan keluarga sejak mereka dilahirkn. dan konflik perkahwinan itu menjadi tema sinopsis jalan cerita di dalam cerita filem tersebut.
 
Last edited:
non-muslim ni pun satu...kalau tak suka dgn 'sesetengah' org Melayu, jgn la ko kutuk 'agama'....otak mana?

nk kutuk melayu, aku rasa itu ok lagi...

tapi kutuk 'agama', itu yg tak betul....
 
Last edited:
depa xfaham konsep..zaman dlu macam mana orangnya.. kalau ikut dr maza.. zaman waktu tu biasa.. dan zaman mak pak nenek kita dlu..mmg orang kawin muda pon..xda masalah pon.. orang arab ni lagilah..jenis badan besar.. lagilah xnampak mcm budak..

tapi nk explain kat depa ni payah...
 
Ada sesetgh org Islam fitnah agama mereka sendiri. Jd tidaklah menghairankan segelintir org2 kafir turut mempersenda2kan agama Islam
 
orang yang taknak faham takkan faham
 
Ada sesetgh org Islam fitnah agama mereka sendiri. Jd tidaklah menghairankan segelintir org2 kafir turut mempersenda2kan agama Islam

kadang2 ade org Islam yg provok non-muslim dgn menghina agama mereka..sbb tu mereka balas balik..jenis ni, elok dua2 kene tangkap..
 
9 tahun tu kira ikut kalender islam ka?
 
takyah amik lama...kita banding perempuan umur 15thn 50thn dlu dgn 15thn skrg..
pun dh byk beza..apatah lg ni yg dh beribu thn..
kita pun tak hidup zaman tu..
 
kadang2 ade org Islam yg provok non-muslim dgn menghina agama mereka..sbb tu mereka balas balik..jenis ni, elok dua2 kene tangkap..

jarang jumpa.... islam amek kisah pasal agama lain kat malaysia ni

diorang ok je orang lain nak mengamalkan agama masing masing
 
tertarik dengan tajuk TT,
macam berkait pulak dengan satu post di FB saya baca tadi:

Sebenarnya isu Nabi Muhammad berkahwin dengan Aishah ni dah lama terngiang-ngiang dikepala saya.

Lama betul saya fikirkan kenapa Dia benarkan utusanNya berkahwin dengan kanak-kanak berumur 9 tahun?

Dalam fikiran saya

Apa yang Dia nak beritahu pada kita sebenarnya?

Apa mesej yang terselindung didalam peristiwa perkahwinan Aishah dan Nabi kita ni?

Takkan Tuhan saya tak tahu pada zaman ini manusia akan mengecam utusanNya kerana hal perkahwinan mereka ini?

Dia kan tahu hari kiamat bila. Takkan Dia tak tahu masa depan sebelum benarkan utusanNya berkahwin dengan kanak-kanak.

Banyak lagi persoalan di kepala saya sebenarnya.

Saya baca banyak posting pasal isu ini tapi saya tak dapat jawapan yang tepat. Alih-alih suruh kita menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mengejek (typical post)

Jadi saya cari bacaan diluar. Terdapat 2 pendapat yang berbeza dan isu ini masih menjadi peluru untuk orang bukan Islam.

(Kalau saya bukan Islam pun saya akan tertanya-tanya kenapa Baginda kahwin dengan kanak-kanak. Kalau tak dapat jawapan buat apa saya nak peluk Islam. Biasanya orang peluk Islam sebab dia dah jumpa jawapan yang dia nak dari Dia)

Pendapat pertama

KEKELIRUAN HADITH TENTANG UMUR AISHAH

Aishah adalah anak kepada Abu Bakar, dan mempunyai seorang kakak, Asma. Jarak umur mereka adalah 10 tahun.

Mari ikut garis masa 2 beradik ini

Asma (kakak Aishah) direkodkan meninggal dunia selepas 73 tahun penghijrahan Islam ke Medina dengan umur 100 tahun.

Tahun hijrah ke Madinah adalah tahun 622. Jadi, boleh kira umur Asma adalah 27 Tahun semasa penghijrahan.

Ini menunjukkan umur Aisyah adalah 17 tahun semasa di Madinah.

Aisyah menerima pinangan Nabi Muhammad pada tahun 620 dan hidup bersama pada tahun 623.

Bermaksud umur Aisyah masa pinangan adalah 15 tahun dan 18 tahun pada hari pernikahannya dengan Nabi. (Umur normal)

Terdapat banyak sumber mengatakan Aisyah mengikut Rasulullah di peperangan Uhad dimana ia berlaku pada tahun 625.

Ibnu Umar (waktu itu berumur 14 tahun) pernah menyatakan bahawa Nabi Muhammad melarangnya berperang dipeperangan Uhad kerana dibawah umur 15.

Jika tahun 625 (Aisyah 11 tahun), bagaimana Baginda membenarkan Aisyah ke peperangan Uhad sedangkan melarang Ibnu Umar.

Jadi ini menunjukkan umur Aishah pada tahun 625 adalah atas 15 tahun.

Source : Al Tabari (historian)

Pendapat 2

PERKAHWINAN KANAK-KANAK DITERIMA PADA WAKTU ITU.

Waktu dulu perkahwinan dibawah umur menjadi normal dikalangan kanak kanak perempuan.

Memang tiada tetapan umur untuk perempuan berkahwin tetapi dengan syarat dia sudah capai akil baligh

Selain Nabi Muhammad, banyak lagi pemerintah dari Eropah, Asia malah Amerika sendiri mengamalkannya

Contoh

1. Saint Augustine ~350AD berkahwin dengan kanak perempuan 10 tahun

2. King Richard II ~1400AD berkahwin dengan perempuan 7 tahun

3. Henry VIII ~1500AD berkahwin dengan kanak-kanak 6 tahun

4. Sebelum 928 CE, pihak atasan British dibenarkan berkahwin dengan kanak kanak perempuan seawal 6 tahun.

5. Di Amerika pada tahun 1880, syarat minimum perkahwinan kanak-kanak adalah 7 tahun bagi Delaware and 10 tahun bagi California.

Lagi menguatkan hujah ini lagi adalah terdapat pelbagai kecaman yang dihadapai oleh Rasulullah termasuklah diugut bunuh, dipanggil orang gila, dibaling batu, dihina dan dihalau namun, tiada satu pun yang mengecamnya tentang perkahwinan dengan Aishah (perkahwinan kanak-kanak)

Ini menunjukkan zaman itu menerima perkahwinan kanak-kanak perempuan. Zaman dia pemikiran manusia lain. Zaman kita, kita tak terima. Jadi yang nak kahwin dengan kanak kanak perempuan dah kenapa? Kita ikut sahaja penerimaan zaman kita.

Ini antara kebanyakkan jawapan yang saya jumpa. Dan ini telah menjawab persoalan saya selama ini.

Itu saya kata dulu, kita sebenarnya boleh persoalkan agama kita. InsyaAllah, Dia akan jawab kalau kita betul-betul ikhlas nak tahu. Dan minggu ini Dia jawab saya pasal isu ini pula.

Fadhli Sahar
Tak takut persoalkan agama saya
53563571_10219168392624763_7529190133606645760_n.jpg


Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?...Zo6PknakK8AheasuI_ZJdGocZPlagkPytfyFkwaxggDNb

wallahu A'lam..
 
Back
Top
Log in Register