TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
SIRI PARA ANBIYA': NABI ILYASA'
Nabi Ilyasa' merupakan salah seorang Nabi dan Rasul yang dipilih oleh Allah Ta'ala dari kalangan Kaum Bani Israil. Nama penuh beliau ialah Nabi Ilyasa' bin Ady bin Syautalam bin Nabi Ifraim bin Nabi Yusuf bin Nabi Ya'aqub bin Nabi Ishaq bin Nabi Ibrahim. Beliau dikatakan lahir sekitar tahun 896 SM.
Allah Ta'ala mengabdikan nama beliau di dalam al-Quran Surah Al-An'am ayat 86 yang bermaksud:
"Dan Ismail, Ilyasa', Yunus dan Luth. Kami lebihkan darjatnya di atas umat (di masanya)".
Dan demikian juga di dalam Surah Sod ayat 48 yang bermaksud:
"Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa' dan Zulkifli, semuanya termasuk orang-orang yang paling baik".
Nabi Ilyasa' hidup pada zaman pemerintahan raja Kerajaan Israil yang bernama Raja Ahab, Raja Ahaziah dan Raja Jehu. Dan beliau juga sezaman dengan Nabi Ilyas, Nabi Mikha dan Nabi Hurmuz.
Dikisahkan pada suatu hari, Allah Ta'ala pun berfirman melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Ilyas, firman-Nya: "Wahai Ilyas. Pergilah, kembalilah ke jalan-mu menuju Gunung Damsyik. Apabila engkau sampai di sana, lantiklah Hazael menjadi raja bagi bangsa Aram. Kemudian, engkau lantiklah juga Jehu, cucu Nimshi menjadi raja atas Israil dan Ilyasa' bin Ady dari Abel-Mehola menjadi Nabi untuk menggantikan engkau".
Setelah mendengar perintah Allah Ta'ala, Nabi Ilyas pun menuju ke Gunung Damsyik. Dalam perjalanan, beliau bertemu dengan Ilyasa' yang sedang membajak. Nabi Ilyas pun menemui Ilyasa' dan menceritakan tentang perlantikannya atas izin Allah Ta'ala. Nabi Ilyas pun memberi jubahnya kepada Ilyasa' dan dengan segera Ilyasa' meninggalkan kerjanya. Menurut catatan, perlantikan Nabi Ilyasa' berlaku pada tahun 866 SM.
Ilyasa' pun berkata: "Wahai Rasul Allah, berilah aku keizinan agar aku dapat mencium ibuku dahulu. Kemudian baru aku akan mengikuti engkau". Nabi Ilyas pun berkata:"Pulanglah. Adakah aku menghalangi engkau?". Setelah menemui ibunya, Ilyasa' pun mengikuti Nabi Ilyas ke mana saja menyebarkan risalah ketuhanan.
Pada suatu hari, Raja Ahab, pemerintah Kerajaan Israil yang berpusat di Samaria telah membunuh seorang lelaki yang memiliki kebun anggur bernama Nabot. Setelah membunuhnya, baginda berhasrat untuk memiliki kebun tersebut. Pada masa yang sama Malaikat Jibril datang membawa wahyu Allah agar menemui Raja Ahab dan sampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala.
Setelah menerima perintah dari Allah Ta'ala, Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa' pun menemui Raja Ahab dan berkata: "Wahai Ahab, bukankah engkau telah membunuh pemilik kebun anggur ini. Kenapa engkau mahu mengambil miliknya?. Di tempat anjing menjilat darah Nabot, di situ juga anjing akan menjilat darahmu!". Raja Ahab pun berkata: " Engkau sudah tahu akan tujuan beta, wahai musuh beta". Nabi Ilyas pun berkata: " Benar, aku telah mengetahui niat busuk mu itu kerana engkau telah melakukan dosa besar. Sesungguhnya Allah Taala akan mendatangkan malapetaka ke atas dirimu".
Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Ilyas kepadanya, Raja Ahab segera mengoyakkan pakaiannya dan mengenakan pakaian perkabungan dan memohon keampunan kepada Allah Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman kepada Nabi Ilyas melalui perantaraan Malaikat Jibril, firman-Nya: "Wahai Ilyas, sudah engkau lihat bagaimana Ahab merendahkan diri di hadapan-Ku? Kerana dia telah merendahkan diri dihadapan-Ku, maka Aku tidak akan menurunkan azab kepadanya. Kepada zaman anaknya lah Aku akan menurunkan azab ke atas keluarganya".
Tiga tahun berlalu. Pada suatu hari Raja Jehoshapat, raja Kerajaan Yehuda menemui Raja Ahab dan mengajak baginda berperang dengan raja Aram bagi merampas semula Ramot-Gilead. Sebelum berangkat Raja Jehoshapat menganjurkan kepada Raja Ahab supaya melihat petunjuk Tuhan dulu. Maka Raja Ahab mengumpulkan semua Nabi seramai kira-kira 400 orang dimana kesemuanya membenarkan Raja Ahab berperang atas perintah Tuhan padahal Raja Ahab tidak mengetahui bahawa mereka semua adalah Nabi palsu yang menyamar sebagai pemberi petunjuk. Di antara Nabi palsu yang paling menonjol adalah Zedekiah bin Kenaana.
Pada masa yang sama seorang Nabi yang dipilih oleh Allah Ta'ala yang bernama Nabi Mikha bin Yimla telah dipanggil lalu beliau berkata kepada Raja Ahab dan Raja Jehoshapat, katanya: "Wahai tuanku. Aku melihat semua orang Israil tercerai-berai di gunung-gunung seperti biri-biri yang tidak mempunyai gembala. Oleh sebab itu, dengarlah firman Allah Ta'ala. Aku melihat Allah Ta'ala bersemayam di atas Arasy-Nya sementara seluruh angkatan Syurga berdiri disebelah kanan kiri-Nya. Lalu Allah Ta'ala berfirman: "Siapakah yang mahu memujuk Ahab supaya dia maju dan tewas di Ramot-Gilead?". Maka yang satu kata begini dan yang lain kata begini. Kemudian tampillah suatu ruh lalu berdiri di hadapan Allah Ta'ala. Maka ruh itu berkata: "Aku akan memujuk dia". Allah Ta'ala berfirman: "Dengan apa?". Ruh itu berkata: "Aku kan keluar dan menjadi ruh pendusta di dalam mulut semua Nabinya".
Nabi Mikha pun berkata: "Sekarang ketahuilah bahawa Allah Ta'ala telah mengizinkan ruh dusta dimasukkan ke dalam mulut semua Nabi tuanku itu". Zedekiah bin Kenaana, si Nabi Palsu datang dan terus menampar pipi Nabi Mikha. Raja Ahab memerintahkan para pengawalnya memenjarakan Nabi Mikha. Perihal tertangkapnya Nabi Mikha diketahui oleh Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa'. Ketika itu mereka berdua tiada di dalam negeri iaitu di Jericho.
Beberapa tahun kemudian, Nabi Ilyas kembali ke hadrat Allah Ta'ala dan risalahnya disambung oleh Nabi Ilyasa'. Pada suatu hari, beberapa orang penduduk Jericho menemui Nabi Ilyasa' dan memberitahu tentang keadaan air sungai Jordan yang kurang bersih dan struktur tanah yang tidak subur. Kemudian, beliau memerintahkan agar membawa mangkuk yang berisi garam lalu beliau menuju ke mata air sungai dan berkata: "Dengarlah firman Allah Ta'ala, air ini telah aku bersihkan sehingga tidak lagi ada kematian atau ketidaksuburan". Maka dengan kehendak Allah Ta'ala, air itu menjadi bersih sampai ke hari ini.
Pada tahun ke-18 pemerintahan Raja Jehoshapat, raja Yehuda maka naiklah Raja Joram bin Ahab menjadi raja atas Kerajaan Israil. Pada zaman pemerintahannya, Raja Joram selalu melakukan perkara-perkara yang jahat di mata Tuhan tidak seperti perlakuan ibubapanya. Raja Joram menyingkirkan tiang berhala Baal yang dibuat oleh bapanya.
Oleh kerana Raja Joram banyak melakukan kejahatan, Allah Ta'ala mengilhamkan kepada Raja Mesha dari Kerajaan Moab menyerang Kota Samaria. Raja Joram terpaksa meminta bantuan Raja Jehoshapat dari Kerajaan Yehuda dan raja orang Edom agar membantunya. Mereka bertiga bersama bala tentera mereka menuju ke Gurun Edom. Turut sama dalam ekspedisi peperangan tersebut ialah Nabi Ilyasa' dan Nabi Hurmuz.
Setelah berkeliling selama 7 hari perjalanan, tidak ada lagi bekalan air untuk pasukan dan binatang-binatang tunggangan. Raja Joram pun berkata: "Nampaknya Tuhan telah mengumpulkan kita tiga orang raja untuk diserahkan ke dalam tangan orang Moab".Raja Jehoshapat pun berkata: "Tidak adakah di sini seorang Nabi Tuhan supaya kita dapat petunjuk daripada Tuhan dengan perantaraan ya?". Tiba-tiba berkata salah seorang pegawai Raja Joram: "Di sini ada seorang Nabi bernama Ilyasa' bin Ady yang dahulu pernah berdakwah dengan Nabi Ilyas".
Raja Jehoshapat pun berkata: "Firman Tuhan ada padanya". Kemudian ketiga-tiga raja itu pergi menemui Nabi Ilyasa'. Kehadiran mereka diketahui oleh Nabi Ilyasa' dan anak saudaranya, Nabi Hurmuz. Setelah menemui Nabi Ilyasa', Nabi Ilyasa' pun berkata kepada Raja Joram: "Apakah urusan hamba dengan tuanku? Pergilah kepada para Nabi ayahanda tuanku dan ibunda tuanku".
Raja Joram pun berkata: "Janganlah begitu. Tuhan telah mengumpulkan kami bertiga untuk diserahkan kepada orang Moab. Nabi Ilyasa' pun berkata: "Demi Allah, Tuhan alam semesta, yang hidup dan kepada-Nya aku mengabdikan diri, jika aku tidak menghormati Jehoshapat, maka aku tidak sudi membantu dan memandang tuanku. Sekarang jemputlah ahli zikir bagiku".
Pada waktu alunan zikir dimainkan, turunlah wahyu Allah Ta'ala kepada Nabi Ilyasa' lalu beliau berkata kepada ketiga-tiga raja tersebut :"Beginilah firman Allah Ta'ala: "Penuhkan lah lembah ini dengan parit kerana Allah Taala berfirman bahawa tuanku bertiga tidak akan dapat melihat angin ataupun hujan tetapi lembah ini akan dipenuhi air sehingga tuanku, ternakan dan binatang dapat minum. Allah Ta'ala juga akan menyerahkan orang Aram kepada tuanku".
Pada keesokkan harinya, atas kehendak Allah Ta'ala muncullah air dari arah Edom sehingga negeri Moab dipenuhi air. Ketika tentera Moab bangun pagi, permukaan air di hadapan mereka yang terkena sinar matahari kelihatan seolah-olah merah seperti darah. Lalu tentera Moab menyangka bahawa air yang seakan-akan darah adalah dari darah raja Israil, Yehuda dan Edom yang saling membunuh. Mereka terus maju menuju ke perkhemahan orang Israil. Apabila tentera Moab sampai mereka lalu diserang sehingga mereka melarikan diri dan dikejar oleh tentera Israil bersama bantuannya hingga mereka memasuki negeri Moab. Tentera Israil bersama bantuannya membantai tentera Moab malah mereka merobohkan kota-kota yang ada. Akhirnya kerajaan Moab alah pada serangan tentera Israil.
Beberapa tahun kemudian, Raja Benhadad, raja Aram telah datang menyerang Kota Samaria, ibukota Kerajaan Israil dan ketika itu, Nabi Ilyasa' berada di Kota Dotan. Raja Aram memerintahkan para pengawalnya supaya mencari dan menangkap Nabi Ilyasa'. Mereka pun mengepung kota tersebut sehingga membuatkan Gehazi terkejut dan ia segera memberitahu Nabi Ilyasa'.
Nabi Ilyasa' pun berkata: "Jangan takut wahai Gehazi kerana yang menyertai kita lebih ramai daripada yang menyertai mereka". Kodiang Nabi Ilyasa' berdoa kepada Allah Ta'ala: "Ya Allah, bukakan lah mata Gehazi supaya dia dapat melihat". Maka Allah Ta'ala pun membuka mata Gehazi sehingga dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan pedati berapi mengelilingi Nabi Ilyasa'. Kemudian apabila orang Aram turun ke arah Nabi Ilyasa', beliau berdoa kepada Allah agar mata mereka dibutakan lalu Allah mengabulkan permintaan Nabi Ilyasa'.
Nabi Ilyasa' pun berkata kepada mereka: "Wahai kamu semua, bukan ini jalannya dan bukan ini kotanya. Ikutilah aku agar aku menghantar kami semua ke tempat orang kamu cari". Lalu Nabi Ilyasa' menghantar mereka ke Samaria. Apabila mereka sampai di Kota Samaria, Nabi Ilyasa' pun berdoa agar mata mereka dipulihkan. Ternyata mereka ada di tengah-tengah Kota Samaria.
Kehadiran mereka membuatkan raja Israil hendak membunuh mereka tetapi dihalang oleh Nabi Ilyasa'. Selepas diberi makan dan minum, mereka dilepaskan pulang ke tempat tuan mereka. Sesudah itu, Raja Benhadad mengerahkan seluruh pasukannya mengepung Kota Samaria.
Disebabkan pengepungan terhadap Kota Samaria terus berlangsung, maka terjadilah bencana kebuluran yang besar di Kota Samaria sehingga kepala seekor keldai dijual dengan harga 80 keping perak dan seperempat kan sementara kotoran burung merpati berharga 5 keping perak. Dikatakan bahawa bencana kebuluran ini memakan masa selama 7 tahun.
Dalam tempoh tersebut, Nabi Ilyas pernah menghidupkan seorang anak lelaki yang telah mati. Masa berlalu tahun silih berganti, maka berakhirlah tempoh bencana kebuluran. Ketika itu, Nabi Ilyasa' bersama pembantunya, Gehazi dan anak saudaranya, Nabi Hurmuz menuju ke Damsyik ketika Raja Benhadad, raja Aram sedang sakit. Kedatangan Nabi Ilyasa' dan rombongannya disambut dengan baik oleh Raja Benhadad walaupun baginda sedang sakit. Baginda menitahkan Perdana Menterinya yang bernama Hazael berjumpa dengan Nabi Ilyasa' dan bertanyakan adakah penyakit baginda Tuanku boleh sembuh.
Kemudian Nabi Ilyasa' pun berkata kepada Hazael: "Katakan kepada baginda tuanku bahawa baginda akan sembuh. Namun demikian, Allah Ta'ala telah memperlihatkan kepada aku bahawa baginda tuanku akan mati jua". Kemudian Nabi Ilyasa' menatap wajah Hazael lama-lama sampai Hazael berasa malu. Hazael bertanya: "Mengapakah engkau menangis wahai Nabi Allah?". Nabi Ilyasa' pun berkata: "Sesungguhnya aku menangis sebab aku tahu malapetaka yang akan engkau datangkan ke atas orang Israil. Kota-kotanya yang berkubu akan engkau musnahkan dengan api, pemuda-pemuda ya akan engkau bunuh dengan pedang, bayi-bayi akan engkau hempaskan dan perut ibu-ibu yang mengandung engkau belahkan!".
Hazael berkata: " Siapalah aku ini sehingga dapat melakukan hal sebesar itu? Aku hanya sekadar Perdana Menteri bagi raja. Nabi Ilyasa' pun berkata: " Allah Ta'ala telah mewahyukan kepada aku bahawa engkau akan menjadi raja atas bangsa Aram". Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Nabi Ilyasa', Hazael pun kembali ke istana dan memberitahu bahawa Nabi Ilyasa' berkata bahawa baginda akan sembuh. Raja Benhadad berasa senang hati. Tetapi pada keesokkan harinya, Hazael mengambil sehelai selimut, mencelupnya ke dalam air dan terus menekup muka Raja Benhadad hingga mati.
Setelah kematian Raja Benhadad, tampuk pemerintahan diterajui oleh Hazael. Setelah memerintah atas Aram, Raja Hazael pun berperang dengan Raja Joram dari Israil dan Raja Ahaziah dari Yehuda di Ramot-Gilead. Dalam peperangan tersebut, Raja Joram luka parah lalu baginda kembali ke Yizreel.
Beberapa hari kemudian, Nabi Ilyasa' pun memanggil seorang daripada rombongan Nabi lalu beliau berkata: "Ikatlah pinggangmu dan bawalah bekas berisi minyak dan pergilah ke Ramot-Gilead. Sampai di sana carilah Jehu anak Jehoshapat bin Nimshi dan katakan kepadanya bahawa Allah Ta'ala telah melantiknya me jadi raja atas Israil".
Nabi muda itupun menuju ke Ramoth-Gilead dan menyampaikan apa yang ia terima dari Nabi Ilyasa'. Sebagai seorang panglima, Jehu merasa terkejut dengan apa yang didengarnya lalu dari Ramoth-Gilead, Jehu menuju ke Yizreel. Kedatangan Jehu disambut oleh Raja Joram di suatu padang. Dengan penuh keyakinan, Jehu memanah Raja Joram dari jarak jauh lalu menembusi jantung. Jehu pun memerintahkan perwira ya yang bernama Bidkar agar mencampakkan mayat Raja Joram di ladang milik Nabot yang dibunuh oleh bapanya Raja Ahab.
Setelah membunuh Raja Joram, Jehu juga telah membunuh ibu Raja Joram yang bernama Ratu Izebel dan seluruh keluarga Raja Ahab. Setelah menaiki takhta, Raja Jehu telah menghapuskan penyembahan Baal. Dibawah pemerintahan Raja Jehu, kaum Bani Israil kembali beriman kepada Allah Ta'ala.
Sementara itu, Nabi Ilyasa' dan anak saudaranya Nabi Hurmuz menuju ke Lembah Tigris Dan dan tinggal di Distrik Egil, Diyarbakir. Nabi Ilyasa' menghabiskan sisa hidupnya di sana sehingga beliau wafat pada tahun 821 SM.
#MAMR
www.facebook.com

Kelab Pencinta Sejarah & Trivia Dunia | SIRI PARA ANBIYA': NABI ILYASA' | Facebook
SIRI PARA ANBIYA': NABI ILYASA' Nabi Ilyasa' merupakan salah seorang Nabi dan Rasul yang dipilih oleh Allah Ta'ala dari kalangan Kaum Bani Israil. Nama penuh beliau ialah Nabi Ilyasa' bin Ady bin...