BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,260.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Dan Rasul Allah

Berikut adalah senarai para nabi dan biodata peribadi mereka masing-masing :
.
1. Nabi Adam
Dianggarkan Baginda hidup pada 5872-4942 SM di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon disitulah Baginda pertama kali turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan kaki ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia dan bertemu dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah. Mereka terus menetap di sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh para malaikat.
Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25 kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40 anak dan Baginda telah wafat di Jazirah Arabia.
.
2. Nabi Idris
Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup sekitar tahun 4533-4188 SM. Baginda diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di Iraq dan Memphis. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.
.
3. Nabi Nuh
Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk Bani Rasib. Nabi Nuh telah dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-quran dan mempunyai 4 anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahawa Baginda wafat di Makkah.
.
4. Nabi Hud
Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 2450-2320 SM. Kaum yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad yang tinggal di Al-Ahqaf, Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran. Dan diriwayatkan Baginda wafat di Timur Hadhramaut, Negeri Yaman.
.
5. Nabi Shaleh
Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 2150-2080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Madain Shalih, Makkah.
.
6. Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin.
.
7. Nabi Luth
Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 2 anak perempuan dan Baginda meninggal di Desa Shafrah di Syam, Palestin.
.
8. Nabi Ismail
Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1911-1774 SM dan dianggar menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda tinggal di Amaliq dan qabilah Yaman, Makkah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda meninggal tahun 1779 SM di Makkah.
.
9. Nabi Ishaq
Nabi Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil Palestina. Nama Baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam Al-Quran. di dalam Al-Quran mempunyai 2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron, Palestina.
.
10. Nabi Ya’qub
Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.
.
11. Nabi Yusuf
Nabi Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1745-1635 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Baginda wafat di Nablus Palestina.
.
12. Nabi Syu’aib
Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1600-1490 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aykah Madyan. Nama Baginda disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Madyan.
.
13. Nabi Ayyub
Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 26 anak. Baginda wafat di Huran di Syam.
.
14. Nabi Zulkifli
Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus & sekitarnya. Nama Baginda disebutkan sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Damaskus Syiria.
.
15. Nabi Musa
Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Tanah Tih.
.
16. Nabi Harun
Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih.
.
17. Nabi Daud
Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 1 anak dan meninggal dunia di Baitul Maqdis, Palestin.
.
18. Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Rahbaam Baitul Maqdis, Palestin.
.
19. Nabi Ilyas
Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di Ba’labak di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah.
.
20. Nabi Ilyasa’
Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Palestin.
.
21. Nabi Yunus
Nabi Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 820-750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa di Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Ninawa di Iraq.
.
22. Nabi Zakaria
Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai seorang anak sahajan dan Baginda wafat di Syam.
.
23. Nabi Yahya
Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 1SM – 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Dan wafat di Damsyik, Syiria.
.
24. Nabi Isa
Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin Nama Baginda disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Baginda juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah.
.
25. Nabi Muhammad
Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 5 kali di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 7 orang anak dan wafat di Madinah.

**kebanyakkan nabi-nabi kita wafat di palestin...
 
Kebanyakan para rasul dan nabi di utuskan kpd Bani Israel
sbb tu mereka bangga dan sombong dgn bangsa lain

btw tq ats perkongsian ini :)cgrock
 
mereka merasa satu kerugian yg besar apabila Nabi Muhammad s.a.w. Di utuskan sbg nabi terakhir dari bangsa Arab bukan dari bangsa yahudi

Orang Yahudi memang menunggu-nunggu kebangkitan Rasul yang akhir dalam kalangan bangsa mereka dengan harapan, Rasul inilah nanti yang akan dapat menyatupadukan masyarakat mereka yang telah berpecah-belah itu dan menolong mereka menang kembali setelah mereka dikalahkan oleh umat yang lain serta mengangkat mereka ke taraf yang mulia setelah mereka dihinakan oleh perbuatan mereka sendiri.

Maka itu, mereka sentiasa memohon kemenangan ke atas Nabi yang akhir itu. Tetapi kebijaksanaan Allah سبحانه وتعالى tiada tandingannya. Allah سبحانه وتعالى telah menghendaki bahawa nabi yang akhir itu dibangkitkan daripada kalangan bangsa Arab dan bukan daripada bangsa Yahudi yang sering mereka bangga-banggakan.

Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mengetahui bahawa bangsa Yahudi tidak lagi mempunyai kelayakan untuk memegang teraju kepimpinan baharu yang sempurna bagi umat manusia, sebagaimana akan diterangkan dalam surah berikut:
وَإِذَا ذُكِّرُوا۟ لَا يَذْكُرُونَ ﴿١٣﴾ وَإِذَا رَأَوْا۟ آيَةً يَسْتَسْخِرُونَ ﴿١٤﴾
“Dan apabila mereka diberi pelajaran mereka tiada mengingatinya. Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda kebesaran Allah, mereka sangat menghinakan.” (Surah As-Saffat 37; Ayat 13-14)

Bangsa Yahudi itu telah menyimpang dari jalan yang benar dan sesat sebagaimana telah diterangkan dalam surah as-Saffat di atas. Oleh kerana itu, mereka tidak layak untuk memikul amanah akidah setelah berlaku penyelewengan dalam sejarah mereka yang panjang.

Justeru itu, betapa pentingnya umat Islam mengenali dan menyayangi Rasulullah ﷺ. Baginda sebenarnya bukanlah seperti kanak-kanak biasa yang lain. Cahaya kerasulan telah terpancar sejak dari dalam kandungan bonda Baginda ﷺ sendiri.

Semoga kita semua menjadi hamba Allah سبحانه وتعالى yang cintakan Nabi-Nya dan mendapat syafaa Rasulullah ﷺ di akhrat kelak.
 
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia [Ar Ra'd: 11]
 
Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepadamu, di waktu suatu kaum bermaksud hendak menggerakkan tangannya kepadamu (untuk berbuat jahat), maka Allah menahan tangan mereka dari kamu. Dan bertakwalah kepada Allah, dan hanya kepada Allah sajalah orang-orang mukmin itu harus bertawakkal [Al Maa'idah: 11]
 
Sama saja (bagi Tuhan), siapa diantaramu yang merahasiakan ucapannya, dan siapa yang berterus-terang dengan ucapan itu, dan siapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) di siang hari [Ar Ra'd: 10]
 
Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu [At Taubah: 9]
 
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman [Al A'raaf: 27]
 
Back
Top
Log in Register