BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying MyGoldenBiz.com - Multiple Plans

ini yg terakhir

akum semua untuk makluman kepada member dan investor MGB ini adalah terakhir forum ini berada disini kerana pak mat diminta oleh pihak pengurusan MGB supaya close this forum because we are going to private now.
 
MGB dah nak tutup? Betul ke?

Apa? MGB dh nk tutup? btul ke? semua nya dlm forum NG.....erm tak dpt dipastikan lg buat masa ni...:(
 
kat NG dh hangat dh benda ni, tp admin br antar email utk private investor saje, tp dh ade yg kuarkan kt public....
 
semuanya kerana vspec..
PS2.. PHDF.. MGB.. hebat sangat ke dia tu sampai trade ketiga tiga program sekali
 
ni aku CnP dari NG jer
...
Sekadar Berkongsi Info Terkini....

Ini aku amik dri Forum rasmi MGB..

Assalamualaikum semua investor MGB yg dikasihi sekalian..semoga berada dlm keadaan sihat sentiasa disamping keluarga yg tercinta...

Dengan ini kami sebagai pihak pengurusan MGB dengan dukacitanya ingin membuat pengumuman tergempar iaitu..MGB akan menghentikan operasi kami serta-merta dengan membuat refund 100% modal anda yang akan mengambil masa dalam setahun untuk diselesaikan insyaallah mungkin cepat dari ini..sebagaimana anda semua tahu kami terpaksa berbuat demikian adalah kerana angkara telah dianiaya oleh ex-trader MGB iaitu VSPEC2 atau FAHMEE REEZAL NASUTION BIN ABDUL MALEK yang telah melarikan fund MGB secara total sebanyak USD25,000 (USD DUA PULUH LIMA RIBU).

Kami berharap anda semua dapat menerima berita ini dengan tenang..bukannya kami meminta jadi begini akan tetapi kami telah dianiaya oleh SCAMMER durjana iaitu VSPEC2 atau FAHMEE REEZAL NASUTION BIN ABDUL MALEK sebagaimana anda semua maklum..amat mustahil untuk mendapatkan semula fund yang telah anda semua invest dari SCAMMER durjana itu.

Proses refund ini akan bermula pada JANUARI 2007 secara berperingkat mengikut fund yang ada pada kami iaitu sebanyak USD3,000 (USD TIGA RIBU SAHAJA) kerana kami akan membayar setiap seorang mengikut modal yang telah mereka laburkan satu per satu. Proses refund ini kami tidak dapat memberikan tarikh yang tetap kerana untuk membuat profit diforex amatlah memakan masa.

Mungkin ramai antara anda tertanya-tanya mengapa kami membuat keputusan drastik begini?..adakah trader baru tidak boleh membuat profit?..jawapannya..YA! trader MGB yang baru tidak dapat membuat profit jika tiada FRESH FUNDS dari investor semua..kerana ianya amat mustahil sekali tambahan pula ada yang tidak boleh bersabar dengan payment yang pending..maaflah kami berkata begini, kami pun manusia juga dan perlukan masa seperti anda untuk meneruskan kehidupan dibumi Allah Taala ini..

Jadi untuk meneruskan perjuangan menjadi salah satu program yang berjaya memberi FINANCIAL FREEDOM untuk semua investor…pihak pengurusan MGB akan menggantikan bisnes FOREX INVESTMENT yang sedia ada ini dengan program dan website baru yang akan kami umumkan dalam masa terdekat ini....

Sekian,

Wassalam

Pengurusan MGB
15hb Disember 2006
__________________
 
aurazyl da konpemkn ttg perkara ni...harap semua memahami situasi...semuanya angkara trader terhebat riau-lingga dan malaya, saudara ami vspec...
aurazyl said:
MGB terpaksa buat begini kerana akaun MGB dah terlalu comlicated utk neutralkan pending payment dan profit in forex pun tak dpt nak cover..jadi jalan penyelesaian adalah refund utk MGB..dan website baru akan menjadi penyambung warisan MGB insyaallah..sila tungguuuu...
kita doakan beliau mampu mengatasi masalah ini dan seterusnya bangkit dgn program dan semangat baru...

sedeh juge aku wpun aku x invest sini...sesungguhnya, kesan dr penipuan vspec itu, adalah amat besar...
wallahualam...
 
aku nak hak aku, aku invest utk batch kedua, so takde kaitan ngan vspec. plss...
 
Back
Top
Log in Register