BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Myanmar ugut boikot Asean

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Seorang kanak-kanak Rohingya menjamah makanan di pusat perlindungan sementara di Kuala Langsa, Aceh.
< 1 / 1 >
YANGON - Pejabat Presiden Thein Sein berkata, Myanmar tidak akan menghadiri sidang kemuncak Asean di Thailand jika jemputan tersebut membangkitkan isu pelarian Rohingya.

Myanmar sebelum ini bertegas enggan dipersalahkan berkaitan krisis pelarian yang semakin meningkat dan timbul keraguan sama ada negara berkenaan menghadiri mesyuarat serantau yang diadakan di Bangkok, hujung bulan ini.

“Kami bukan mengabaikan masalah ini, tetapi pemimpin-pemimpin kami masih sedang mempertimbangkan sama ada untuk menghadiri mesyuarat itu berdasarkan topik yang akan dibincangkan.

"Apa pun, kami enggan bertanggungjawab dan menolak sama sekali dakwaan beberapa pihak bahawa kamilah punca kepada masalah ini," kata Pengarah Pejabat Presiden, Mejar Zaw Htay.

Sepanjang minggu lalu, ribuan pelarian etnik Rohingya melarikan diri menggunakan bot dan tiba di perairan Thailand, Malaysia dan Indonesia dalam keadaan lapar dan tidak bermaya.

Umat Islam Rohingya meninggalkan Myanmar kerana melarikan diri dari penganiayaan berterusan di negara tersebut.

Dalam pda itu, Zaw Htay dalam kenyataannya dilihat cuba untuk menyalahkan negara jiran dalam krisis yang semakin parah itu.

“Dari sudut pandangan kemanusiaan, Rohingya sekarang dilihat sedang dihalang masuk dari jalan laut oleh beberapa negara.

“Malah, pelanggaran hak asasi manusia yang paling serius adalah sindiket dan kegiatan penyeludupan manusia,” katanya kepada Al Jazeera.

Thailand dijadualkan akan mengadakan mesyuarat serantau pada 29 Mei ini dengan pegawai-pegawai tertinggi dari 15 negara untuk membincangkan punca penghijrahan tidak teratur di Lautan India.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/myanmar-ugut-boikot-asean-1.391251
 
“Kami bukan mengabaikan masalah ini, tetapi pemimpin-pemimpin kami masih sedang mempertimbangkan sama ada untuk menghadiri mesyuarat itu berdasarkan topik yang akan dibincangkan.

"Apa pun, kami enggan bertanggungjawab dan menolak sama sekali dakwaan beberapa pihak bahawa kamilah punca kepada masalah ini,"

boddo.. kerajaan apa mcm ni..
 
Boikot sajalah. Siapa yang perlukan siapa. Kalau esok lusa kena sekatan ekonomi, bergantung harap dengan China sajalah. China pun tak bo.doh dah sekarang.
 
g la mapuh awe.. ada ke takder ker myanmar dalam asean bukan boleh memberi manfaatpun
 
kenakan sekatan kat Myanmar...
 
Banned myanmar dari asean.
 
Anak tirikan myanmar ni...kasi ajar sikit...nyusahkan jiran tetangga...
 
hantar komando ke myanmar bunuh kepala-kepala setan di sana
 
Back
Top
Log in Register