BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Myanmar letup pusat scammer di Tatmadaw

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
14120094424398597-350896.jpg

14120094424398597-350897.jpg

14120094424398597-350898.jpg

14120094424398597-350899.jpg

14120094424398597-350900.jpg

14120094424398597-350901.jpg

14120094424398597-350902.jpg

14120094424398597-350903.jpg


MYANMAR LETUP PUSAT SCAMMER DI TATMADAW

MYAWADDY, Myanmar – 06 Dec 2025 - Tentera Myanmar (Tatmadaw) meletupkan sebuah bangunan tinggi yang dipercayai menjadi pusat operasi sindiket penipuan dalam talian di kawasan Shwe Kokko, berhampiran sempadan Thailand, dalam satu operasi ketenteraan berskala besar minggu ini.

Bangunan setinggi 12 hingga 13 tingkat itu adalah sebahagian daripada kompleks ekonomi khas Shwe Kokko yang lama dikaitkan dengan aktiviti penipuan, perjudian dalam talian dan sindiket antarabangsa membabitkan warga asing, terutama dari China.

Letupan itu dilakukan sebagai usaha junta membanteras rangkaian jenayah yang semakin mendapat tekanan antarabangsa.

Menurut laporan media Myanmar, tindakan merobohkan pusat-pusat tersebut bukan hanya melibatkan satu struktur, sebaliknya hampir 150 bangunan dikenal pasti untuk dimusnahkan termasuk pangsapuri pekerja, hospital, bar karaoke, gimnasium serta premis lain yang dipercayai dijadikan ‘hub scammer’.

Sebahagiannya sudah diratakan dengan tanah, manakala selebihnya sedang menunggu tindakan lanjut.


Serangan di KK Park turut menjejaskan kediaman, pejabat operasi scam dan bangunan sokongan lain.

Langkah agresif ini diambil selepas Myanmar menerima tekanan dari negara jiran serta pihak luar berhubung kegiatan penipuan rentas sempadan, pengubahan wang haram dan kes pemerdagangan manusia yang dipercayai berlaku dalam kawasan tersebut.

Industri scam di wilayah itu dilaporkan berkembang menjadi operasi bernilai berbilion dolar dan melibatkan puluhan ribu mangsa.

Meskipun tindakan keras sedang dijalankan, banyak laporan antarabangsa memberi amaran bahawa merobohkan bangunan sahaja mungkin tidak cukup untuk menghentikan operasi scam sepenuhnya kerana banyak sindiket dipercayai sudah berpindah ke lokasi lain.

Pihak tentera memaklumkan operasi pembersihan akan diteruskan sehingga semua bangunan yang dikenal pasti sebagai pusat penipuan disita atau dihapuskan.

Ia juga sebahagian daripada langkah memperbaiki imej junta yang dikritik kerana membiarkan kawasan sempadan dipenuhi aktiviti jenayah terancang selama bertahun-tahun.

Sumber Media Tempatan Myanmar
 
Back
Top
Log in Register