Salam....
syahrizam : 10q kerana beri komen anda, saya akan cuba jelaskan secara ringkas berkenaan akaun ni.
1. saya menggunakan laverage yang agak kecik cume 50 sahaja, jadi tiada masaalah dengan mm.
2. account adalah micro dan saiz yg digunakan adalah kecil yakni 0.05. untuk saiz 0.05 setiap pergerakan 100pips akan menyebabkan saya rugi sebyk usd0.28. bermakna untuk pergerakan 1000pips saya akan kerugian sebyk usd2.80.
3. account ini lebih kepada positions trading yang boleh memakan masa berbulan atau tahun lamanya, di mana target asal untuk maintain positions selama setahun. paras tertinggi eurtry ialah 2.60, sesuatu yg agak mustahil untuk dicapai buat masa sekarang ni disebabkan krisis eurzone. turkey is the fastest growing country in eurzone area. 2011 mencatat pertumbuhan 8% makala 2012 dianggarkan sbyk 3% jadi adalah mustahil untuk harga cecah ka paras tertinggi tersebut kecuali eurzone telah pulih sepenuhnya.
4. kewangan turkey buat masa ni adalah stabil dan ada cubaan dari bank pusat untuk menurunkan kenaikan nilai Lira dengan menurunkan interest rate baru2 ni tapi bersifat sementara sahaja. dalam masa setahun dua ni saya menjangkakan turkey akan terus mengukuh dan stabil
5. pada kedudukan deposit saya
[email protected], akaun ini masih bleh bertahan sehingga harga eurtry meningkat kepada 2.41. sekiranya harga terus meningkat saya terpaksa deposit sbyk usd200 lagi untuk membolehkan harga bertahan sekitar 2.45-2.46. peruntukan yg saya akan gunakan untuk akaun ini ialah sbyk usd1000 yg mana deposit akan dibuat di waktu kecemasan dan berperingkat. buat masa ni akaun dalam keadaan stabil dan tak memerlukan deposit.
6 saiz yang agak kecil membolehkan saya bermain dgn saiz pergerakan harga yg besar sekitar 500 - 1000 pips, dan ini membolehkan keuntungan dibuat berulang kali dalam pergerakkan seharian. saya juga tak perlu bimbang dengan naik turun harga.
7. target asal saya yalah bermain dengan usdtry, tapi memandangkan harganya yg rendah, saya terpaksa menangguhkan dahulu usdtry. pergerakkan usdtry adalah lebih kecil berbanding eurtry dimana nisbahnya adalan lebih kurang 1:2.5. bermaksud 100pips pergerakan usdtry akan menggerakkan 250pips eurtry. cuma buat masa ni terpaksa tangguhkan dulu kerana harganya yg tidak sesuai. bezanya risiko adalah terlalu kecil untuk usdtry berbanding eurtry.
sekian dulu serba ringkas.....
wassalam...