kruleznickzam85
Active+ Member
- Messages
- 3,315
- Joined
- Jul 21, 2008
- Messages
- 3,315
- Reaction score
- 31
- Points
- 30
1.London Castle Dog Collar Museum
Muzium ini khas untuk gelang leher anjing. Terdapat lebih dari 100 contoh gelang leher yang dikumpul dari zaman Medieval hingga ke zaman Victorian.
2.The Museum of Bad Art
Dibuka pada 1993, satu-satunya muzium seumpama ini telah mengumpul lebih dari 400 koleksi seni yang paling buruk diserata dunia.
3.Sulabh Museum of Toilets
Muzium ini berlokasi di New Delhi,India ini dibuka untuk mempamerkan koleksi mangkuk tandas. Terdapat koleksi mangkuk tandas yg berusia lebih 50 tahun.
4.Vibrator Museum and Masturbation Hall of Fame
Muzium erotik yang terletak di San Francisco ini mempamerkan alatan purba yang telah direka untuk membantu wanita melawan serangan hysteria. Antara lima produk yang pertama di dunia yang mengunakan AC power, vibrator mempunyai sejarah yang panjang dan semuanya dipamerkan di muzium ini.
5.Icelandic Phallological Museum
Muzium ini berlokasi di Reykjavik, Iceland mempamerkan alat sulit dari setiap haiwan mamalia dan juga haiwan laut yang dijumpai di negara itu. Lebih 272 koleksi dari 92 jenis haiwan dipamerkan.
6.Museum of Sex
Terdapat banyak muzium genre ini dibuka di serata dunia. Tetapi muzium yang paling popular adalah di 233 Fifth Avenue, New York City, USA yang dibuka pada 5 Oktober 2002. Musium ini mempamerkan pelbagai informasi yang melingkungi sejarah, informasi, peralatan dan seni untuk golongan straight, lesbian dan gay.
7.Muzium Pembunuh Bersiri
Sekarang pembunuh pun sudah ada muzium sendiri. Di muzium yang berlokasi di Florence, Itali ini mempamerkan koleksi peribadi yang dipunyai oleh beberapa nama besar seperti Jack The Ripper, Charles Manson, Butcher of Rostov dll. Antara koleksi yang popular adalah koleksi John Wayne Gacy aka Killer Clown, dimana pihak muzium telah membina semula bilik tidur dimana pembunuhan berlaku.
8.Meguro Parasitological Museum
Satu-satunya muzium yang mempamerkan sepenuhnya tentang parasit. Berlokasi di Tokyo, Jepun, muzium ini mempunyai koleksi sebanyak 300 perasit sebenar. Muzium ini dibuka pada tahun 1953 oleh Dr. Satoru Kamegai (1909-2002).
9.Muzium Pensel
Muzium ini berlokasi di Keswick, England mempamerkan koleksi pensel termasuklah sejarahnya dan beberapa peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan pensel seperti penciptaan pensel terpanjang di dunia dll.
10.The Forensic Museum
Terletak di Bangkok, Thailand, muzium forensik ini dibina di Siriraj Hospital dimana Raja Thailand akan berada jika gering. Muzium ini mengabungkan beberapa muzium kecil seperti sejarah perubatan Thailand, anatomy, parasitology, forensik dll. Koleksi popular adalah tubuh pembunuh bersiri popular thailand, Si Ouey yang menculik, membunuh, dan memakan budak kecil. Selain itu, koleksi peralatan yang digunakan semasa melakukan autopsy kepada Mendiang Raja Thailad yang mati dibunuh.
