BTC USD 86,424.0 Gold USD 4,147.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mutiara Kata Status Facebook:updated

chaphoo

Active+ Member
gem
Messages
4,362
Joined
Dec 13, 2007
Messages
4,362
Reaction score
1,019
Points
101
dari seorang hamba Allah:


40 april 2013=

Permulaan kepada ke*****an, ialah ketika terdetik rasa diri bijak....
bahkan apa sahaja kebenaran terkeluar daripada mulut kanak2 kecil atau orang yang hina...tidak terjejas kebenarannya....akibat kelemahan si penuturnya....kerana hakikat kebenaran dan kebaikan serta kekuatan...adalah dari yang Maha Pencipta....ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN....

1 Januari 2013=

Semestinya sambutan 'tahun baru' kita disambut dengan rasa rendah diri hina bergelumang dengan dosa bertahun2x usia, penuh harapan memohon ampun kepada tuhan,agar diberi peluang membetulkan segala kerosakan yang kita lakukan, azam baru ingin sentiasa jauh dari dosa, dan sentiasa dekat dengan tuhan, memohon sepenuh hati diberi peluang untuk ibadah, membuang rasa sombong dari hati, untuk bertaubat dan kembali kejalan Allah , dari jalan permainan keduniaan.......mana tahu sesaat lagi kita mati...adakah berguna sambutan tahun baru itu?....adakah bunga-bunga api itu akan menerangi kubur?...


22 november 2012=

Peperangan dengan Zionist tidak akan berhenti selagi belum kiamat..
Selain peperangan di Palestin, ini peperangan yang kita hadapi dengan Zionist:

1. Mereka menghancurkan kita dengan konsep pecah dan perintah, lihat pemerintahan negara, umat islam tidak dapat bersatu, kerana berbeza fahaman politik…..tidak mahu bersatu dibawah panji islam.

2. Mereka menghancurkan institusi kekeluargaan yang benar dan suci, menggalakkan seks bebas, gay dan lesbian, habis rosak susur galur keturunan, anak2 luar nikah semakin meningkat dari hari ke hari..Industri pornografi adalah milik mereka…

3. Mereka menggalakkan pemujaan artis, syarikat2 hiburan yang besar di dunia adalah milik mereka, budaya pemujaan artis di sebarkan ke seluruh dunia…anak-anak kecil hingga orang dewasa, sibuk berbicara tentang dunia artis, bukannya rasul, sahabat-sahabat, dan alim ulama yang menjadi rujukan masyarakat……ini propaganda mereka…

4. Mereka menguasai media dunia…syarikat2 media di dunia di bawah penguasaan mereka…media ini, adalah alat untuk menyebarkan kerosakan mereka, menutup kebenaran dan menyebarkan penipuan…

5. Sistem ekonomi dunia juga dibawah penguasaan mereka….sistem ribawi adalah kaedah mereka….mengejar material, dan pangkat darjat dan harta adalah galakan mereka….

Lihat segala perkara yang mempunyai kaitan dengan kita….lihat 5 perkara di atas, semuanya adalah dosa, bagi umat islam….

Secara automatic, berperang dengan yahudi Zionist ini adalah berperang dengan nafsu dan dosa, secara automatic, jika kita menyerah kalah dengan nafsu, dan menerima penguasaan yahudi, kita menerima orang islam diserata dunia dibunuh, di sembelih, dibakar, dan sebagainya…sekiranya kita kalah dengan nafsu dan dosa, kita member kekuatan kepada pembekalan senjata-senjata untuk menyeksa umat islam di dunia ini!.....

Yahudi Zionist mempunyai kekuatan sementara, mereka menjana kekuatan dengan menyebarkan perkara yang melalaikan manusia…mereka berniaga dengan menjual dunia kepada kita…memang dunia ini lazat, tapi lazat yang fana dan sementara…mereka beroleh dunia, inilah pilihan mereka….mereka menyembunyikan kebenaran apabila rasulullah datang, mereka memalsukan kitab suci mereka sendiri…..dan mereka memilih dunia…dan begitulah sifat mereka…dulu,kini dan selamanya…..

Sekarang mereka menyogok kita dengan dunia..

dunia yang menghancurkan kita secara rohani dan jasmani, atau akhirat, dimana rohani dan jasmani kita selamat dan nikmat selamanya.........


Apa pilihan kita?...


Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Allah Yang Menyelamatkan....Allah Yang Memberi Taufiq dan Hidayah,,,,,

Allahu Akbar!



17 november 2012
=

apa beza bersolat lima waktu di awal waktu berjemaah di masjid, dengan solat lima waktu di awal waktu di rumah, dengan solat lima waktu di akhir waktu di rumah, atau tidak solat langsung, cuma tunggu di solatkan.....dan apa beza tutup aurat, memakai pakai yang menyebabkan hati orang lain ingatkan Allah dan rasul, dengan tutup aurat tetapi mengikut fesyen orang barat, atau menutup separuh sahaja aurat, atau tidak menutup langsung aurat......dan apa beza boikot mcd starbucks coca cola dan facebook dan apa sahaja produk israel, dengan boikot hanya mcd,starbucks, coca cola tapi masih gunakan facebook...atau hanya boikot mcd, manakala yang lainnya masih digunakan.....sudah tentu ada bezanya....ada ilmu, adakah dikawal roh untuk kembali pada jalan Allah, atau adakah dikawal nafsu atau syaitan,,,tengoklah seketul daging yang itu,,,,,setakat mana baik atau rosaknya..setakat mana usaha kita mensucikannya..amat baik sekali menyebarkan kebaikan...jangan jadi penghalang kebaikan,,,,,sesungguhnya,,,,,

Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. [Al-Anbiya: 47]...

dan bukannya manusia,,,,ayuh berusaha!



note 5 november 2012=

"Fikiran menyediakan manusia berhadapan dengan kebahagian dan kesulitan dalam hidupnya"

~TPBONG

Kata2 di atas ini, adalah satu kata2 mutiara yang saya jumpai di wall facebok kawan saya…en )(*&^%$$#ro…TPBONG = think positive, be optimist, and never give up….


Ada juga kata2 mutiara:

“Fikiran merupakan penyebab manusia merasai BAHAGIA atau DUKA dalam hidupnya”

Alhamdu Lillah…sebenarnya inilah dia jiwa, seorang mukmin yang sejati…

Mukmin yang sejati sentiasa besangka (fikiran) baik terhadap tuhannya….tuhannya yang memberikannya segala nikmat, dan segala kesakitan sementara yang dia pernah rasakan…

Tapi jiwa mukmin sejati, sentiasa tenang dan bahagia…



Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; "Sungguh menakjubkanku apabila melihat orang beriman. Tidak ada suatu ketetapan yang Allah putuskan untuknya melainkan semuanya baik baginya. Tatkala ia ditimpa perkara-perkara yang menggembirakan, ia bersyukur, maka itu adalah baik baginya. Tatkala ia ditimpa perkara-perkara yang memudaratkannya, ia bersabar, maka itu juga baik baginya” (Diriwayatkan dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu) -. Lihat hadis ini dalam; Tafsir Ibnu Kathir, surah Saba’, ayat 19).

Sumber hadis dipetik: http://razipothman.blogspot.com/2011/03/bersangka-baik-dengan-allah.html



Kita semua boleh bahagia….dan kita semua boleh menjadi mukmin sejati..insyaAllah…

Disamping ilmu syariat, dan pengamalannya yang istiqamah, ada satu perkara dalam diri manusia, yang bergelar ‘jiwa’...dan kita mesti mempelajari ilmu untuk menjaganya,,,,

Kita wajib membersihkan jiwa kita, untuk layak bergelar hamba Allah..



Jadi kita kembali kepada topic asal, apakah kaitan kata2 mutiara di atas dengan jiwa seorang mukmin sejati?

Mari kita merungkai kata2 mutiara di atas…



Bagaimanakah proses untuk kita merasai bahagia, atau kesulitan dalam hati? Rasa manis atau sakit dalam hati?...



Beginilah prosesnya:


1. Apabila datang satu KEADAAN,


contohnya:kita sedang memandu dengan kelajuan yang agak tinggi di lane paling kanan, tiba2 ada orang memandu laju, dan memberi highlight berkali2 supaya kita ke lane kereta perlahan..keadaan ini menyakitkan mata lalu….



2. keadaan membuahkan FIKIRAN:


Contohnya: (sambung cerita di atas) kita pun berFIKIRAN, ‘ah orang ni, x penyabar langsung, x beradab, highlight sekali dua sudah le, ini yang aku marah ni’…


3. Fikiran membuahkan RASA di dalam HATI (hampir sama waktu, pabila fikiran dibentuk):


Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita merasai perasaan marah (bukan kerana Allah), dan tidak ingin mengalah….perasaan2 ini sebenarnya perasaan yang menyakitkan hati…dan merosakkan hati, perasaan2 ini juga dalam konteks keadaan ini, adalah sifat mazmumah, jika dilayan…


4. Rasa dalam hati membuahkan MOTIVASI:


Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita bermotivasi untuk tidak ke lane kiri, lalu…


5. Motivasi membuahkan PERBUATAN:


Contohnya: (sambung cerita di atas)….kita pun memecut laju dan tidak memberi laluan kepada kereta tadi…


6. Perbuatan membuahkan KEADAAN:


Contohnya: (sambung cerita di atas)..lalu berlakulah adegan kejar mengejar kenderaan antara kita dan kereta tadi…


7. KEADAAN ini pula membuahkan FIKIRAN yang lain…
dan proses ini berulang…. akan mencetuskan lagi fikiran2 –ve dan, perasaan2 yang menyakitkan hati, dan merosakkan jiwa, jika kita tidak MEMILIH untuk mengikut berfikiran/bersangka +ve dan merasakan kebahagiaan dan ketenangan….

Proses di atas mengambil contoh, sekiranya kita berfikiran –ve, dan berfikiran berteraskan sifat MAZMUMAH, ikutkan nafsu dan sebagainya….tetapi jika kita berfikiran +VE dan sentiasa kembali kepada Allah, maka, jiwa kita, adalah jiwa yang tenang, dan insyaAllah menjadi hamba Allah di dunia dan di akhirat…



Mari kita ambil contoh dari pemikiran jiwa yang tenang dan bahagia pula..



1. Apabila datang satu KEADAAN,


contohnya:kita sedang memandu dengan kelajuan yang agak tinggi di lane paling kanan, tiba2 ada orang memandu laju, dan memberi highlight berkali2 supaya kita ke lane kereta perlahan..keadaan ini menyakitkan mata lalu….


2. keadaan membuahkan FIKIRAN:


Contohnya: (sambung cerita di atas) kita pun berFIKIRAN, ‘berkali2 dia high beam aku…..mungkin isteri nak bersalin kot, xpun anak sakit, x pun die yang sakit perut..xpun anak2 muda bawa kereta, fikiran belum matang…semoga dia selamat sampai ke destinasi, semoga dia berubah menjadi lebih bailk….Allah Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha Memaafkan….”


3. Fikiran membuahkan RASA di dalam HATI (hampir sama waktu, pabila fikiran dibentuk):


Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita merasai perasaan kasihan (kasih sayang itu dari Allah) dan risaukan keadaan beliau, ….perasaan2 ini sebenarnya perasaan yang menenangkan, dan perasaan ketenangan, dan ingat Allah (kembali kepada Allah inilah) dipanggil :BAHAGIA…ia makanan hati dan jiwa, perasaan2 ini juga dalam konteks keadaan ini, adalah sifat mahmudah, …


4. Rasa dalam hati membuahkan MOTIVASI:

Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita bermotivasi untuk ke lane kiri, lalu…


5. Motivasi membuahkan PERBUATAN:


Contohnya: (sambung cerita di atas)….kita memberi lampu isyarat kekiri, dan apabila keadaan membolehkan, kita masuk ke lane kiri……


6. Perbuatan membuahkan KEADAAN:

Contohnya: (sambung cerita di atas)..lalu kereta tersebut melepasi kita dengan laju…

7. KEADAAN ini pula membuahkan FIKIRAN yang lain…dan proses ini berterusan…. akan mencetuskan lagi fikiran2 +ve dan, perasaan2 yang menenangkan hati, dan menyenangkan jiwa, jika kita MEMILIH untuk mengikut berfikiran/bersangka +ve dan merasakan kebahagiaan dan ketenangan….



Nampak prosesnya?




Keadaan – fikiran – perasaan – motivasi – perbuatan – keadaan




Jadi kesimpulan di sini jika ingin BAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, INGIN MEMILIKI JIWA YANG TENANG, bermula dari belajar ILMU…ingin dunia dengan ilmu, ingin akhirat dengan ilmu, ingin kedua2nya sekali dengan ilmu…
Saya mahu focus kepada kebaikan sahaja
:



Jika kita berfikiran/sangkaan +ve, dan memilih jalan yang disarankan Allah dan rasul, jiwa kita akan TENANG dan BAHAGIA….

Inilah JIWA2 YANG TENANG….

Jiwa jenis ini, sering kembali kepada Allah walau apapun keadaannya, samada manis atau pahit, samada susah atau senang, samada di dunia(JASAD SENANG, JIWA TENANG DAN BAHAGIA) atau di akhirat (SYURGA)….


  • Jiwa yang berperangai sebegini, bertabiat mahmudah…bertabiat melakukan kebaikan, samada dalam perbuatan jasad, atau perbuatan jiwa…
  • Jiwa sebegini, belajar mengenal Allah, asma2NYA, sifat2NYA dan af’al2NYA, bila dia belajar, pelajaran itu akan disimpan di dalam memorinya….

  • Memorinya yang membentuk fikiran +ve dan selaras dengan islam…
  • fikiran membuahkan rasa nikmat di dalam hati, bahagia dan tenang di dalam jiwa…
  • rasa membuahkan motivasi untuk berkelakuan selaras dengan syariat….
  • kelakuan atau perbuatan membuahkan keadaan yang lain.…
  • bila proses ini berulang dalam kehidupan harian, maka, ia menjadi tabiat hati untuk merasakan kenikmatan, tabiat jiwa untuk tenang dan bahagia…tabiat jasad untuk menjalankan syariat…
.



ALLAHU AKBAR!!!




saya sering berseloroh dengan isteri, pabila berhadapan dengan sedikit keperitan keadaan…dengan berkata ‘ amacam, BAHAGIA x?’…isteri menjawab ‘BAHAGIAAA’ sambil tersenyum…..


kerana BAHAGIA ADALAH PILIHAN…BAHAGIA ADALAH JALAN, BUKANNYA DESTINASI….BAHAGIA BERASAL DARI DALAM DIRI (ROHANI), BUKAN DARI LUAR (MATERIAL)..



kerana itu, manusia paling bersyukur adalah manusia yang paling kaya…kaya sebeginilah , kaya yang mendatangkan kebahagiaan sebenar….

“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” H.R Bukhari.


"Wahai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku .dan masuklah ke dalam syurga-Ku."



(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)



1 november 2012=

sebenarnya kaya, itulah jiwa, bukan jasad..
sebenarnya rasa itulah jiwa, bukan jasad..
sebenarnya bahagia itulah jiwa, bukan jasad..
senang jasad, tidak mendatangkan bahagia...
tetapi tenang jiwa, adalah sebenarnya bahagia....
walau jasad tidak sesenang mana...
wahai jiwa2, hindari mengejar senangnya jasad....
tetapi kejarlah tenangnya jiwa...
itulah dirimu yang sebenar,,
diri yang akan kembali kepada tuhan,,,
itulah JIWA2 YANG TENANG...


28 ontober 2012
= Manusia itu zalim, bila 'rindu', baru 'mencari', perkara2 yang menyelamatkan,tapi tidak mengapa,ini adalah lumrah makhluk,asal merendah diri....kerana rindu itu, juga anugerah tuhan, jika hati tidak merasa rindu, bermakna kita sudah tidak diselamatkan, jika ditafsir 'rindu' sejenis hidayah,,,,manakala 'mencari' itu pula sejenis taufiq,,jadi kita wajib syukur, dengan kerinduan.....syukur kepada Allah Al Salam....Dia Yang Memberikan kita taufiq dan hidayah,,,

23 oktober 2012= harta akan hancur bersama dunia.....duit akan hancur bersama dunia...jasad akan hancur bersama dunia....darjat akan hancur bersama dunia...apakah ada di dunia ini..selain fatamorgana?......kecuali segala nikmat sementara ini, digunakan di jalan Allah....maka dapat dibawa kesannya yang baik..di akhirat kelak...tapi jika kufur nikmat, menggunakannya ke jalan selain jalan Allah...bukan saja akan saki
t kerana tidak dapat menggenggam dunia yang fana, dan tipuan ini...malah, akan selama2nya terseksa di neraka yang kekal abadi....maka berhati2lah dalam berkata2..nilai jika ia diredhai Allah...berhati2lah dalam perbuatan...nilai jika ia diredhai tuhan.....berhati2lah dalam berperasaan, sentiasa kembali kepada tuhan...
tidak terlepas satu nafas, kecuali ia untuk Allah, atau untuk maksiat....sungguh, bak kata nabi....kaya sebenar itu...kayanya jiwa.............


16 june 2012
= Memang dunia ini ada pedihnya.....Dunia ini tempat ujian...bukannya syurga...

12 June 2012 =
dunia ini hanya mainan....ibarat secelup jari di lautan ukrawi....tetapi secelup itu yang ada tanda2, jenis lautnya neraka atau syurga,.,,adakah hari ini penuh dengan ingatan terhadap dunia, atau hiburan dunia?,,,,atau adakah ada pengisian zikrullah di dalam nya?....bukanlah sujud itu,tujuannya kerana ingin syurga, takut neraka, tapi lebih kepada sifat seorang hamba yang mencintai yang bersyukur dan berterima kasih kepada yang esa....sekurang2nya dapat merasa nikmat nafas dan nikmat 'ada'.....

29 may 2012 ="SAKIT?

Sakit Hati? Benci? X redha? Marah?

Dengan siapa?

Segala sakit yang engkau terima itu, adalah kifarah dosa, dan menjadi pahala sekiranya,

Engkau sabar dan redha,
Tidak merungut,
Tidak mengadu domba kepada manusia…..

Kenapa engkau sakit?

Kerana Allah Sayangkan kamu, diberi sakit di dunia, supaya akhirat nanti diringankan….jadi SENYUMlah

Jangan marah, marah itu dari syaitan…dan boleh beroleh dosa…..

Tapi sabar, redha dengan Allah Yang Memberi ujian …dan ukirkan SENYUMan

Dan ampunkan makhluk….dan ukirkan SENYUMan

Dan besarkan hati hingga sakit itu mengecil sekecil2nya sehingga tidak terasa…dan ukirkan SENYUMan

Kemudian isi hati itu, dengan istighfar dan zikrullah….

Kemudian engkau akan sentiasa SENYUM menghadapi DUNIA…..

Dan insyaAllah SENYUM kepintu SYURGA,,,,,,,,

SENYUM."

25 may 2012 ="Antara ciri manusia yang matang dan merendah diri kepada Allah, ialah dia yang pandai berkomunikasi secara berhemah, iaitu tidak terlalu beremosi/melampau di dalam komunikasi, sehingga mencaci hina, dan merendahkan orang lain terutamanya di tempat-tempat awam seperti facebook, twitter dan sebagainya, mesejnya berhemah, dan berhikmah, tidak menyakiti hati orang lain, menegur secara berlapik, dan mesejnya di terima umum. Ini adalah kerana dia tahu, prinsip utama di dalam komunikasi secara islamik, ialah 'jangan sesekali menyakiti hati, dan maruah, serta memalukan seseorang, walaupun untuk menegur supaya berubah ke arah kebaikan' inilah yang di panggil 'berhikmah'"

18 may 2012 =
"dia yang ingin sentiasa mesra dengan orang lain, dan diterima umum, haruslah sentiasa membawa berita-berita baik, kepada orang ramai, berita2 yang mengukirkan senyuman diwajah orang lain, tidak kiralah samada dia, atau orang lain yang menyebabkan kebaikan itu....sehinggalah orang ramai sentiasa menanti2kan kedatangan dia, dan apabila dia tiba, orang ramai akan menyebut "itu dia, berita baik sudah sampai"...hasilnya dia akan sentiasa diterima, dan dijemput, serta menjadi sahabat baik setiap orang...."

14 may 2012 =
"duniawi, ia ibarat air secelup jari, di lautan ukhrawi"

29 april 2012= "seseorang yang menggunakan kata-kata cacian, makian, kesat, samada terang di mulut, atau terang di facebook, atau menggunakan keganasan di dalam perbuatan, maka dia telah mengaibkan diri sendiri, meruntuhkan kepercayaan orang lain terhadap keupayaan pengawalan nafsunya serta kestabilan emosinya, lalu menyebabkan dirinya berada di martabat yang rendah....sifat-sifat ini tidak dianjurkan di dalam Islam...Islam Itu sendiri Mulia dan Tinggi...Stabil dan menenangkan hati orang lain..."

peringatan bagi kita semasa berforum...
 
Last edited:
Luahan Perasaan di FB
Fenomena

Dalam era ledakan teknologi maklumat kini, sudah menjadi satu trend bagi pengguna laman sosial Facebook untuk meluahkan perasaan masing-masing di profil mereka. Sudah menjadi kelaziman untuk mereka mengungkapkan cinta, memaki hamun, dan sebagainya. Sungguh memalukan dan menunjukkan sikap tidak professional mereka. Aku juga turut tidak terkecuali kerana kadang-kadang pernah juga berbuat sedemikian rupa.


Konspirasi

Sebuah konspirasi yang dahulunya digembar-gemburkan. Mark Zuckerberg beragama Yahudi. Orang ramai telah menggembleng segala upaya untuk memindahkan tumpuan Muslim supaya tidak menggunakan laman sosial tersebut. Hal ini kerana mereka tidak mahu untuk bersekongkol dengan Yahudi. Namun tarikan laman sosial tersebut tidak berjaya untuk dilenyapkan. Kempen terhenti.

Orang yang mengajak aku untuk menyahaktifkan akaun FB aku pun kembali berfacebook. Aku kurang menyambut seruan kempen tersebut. Aku bukan mahu bersekongkol dengan Yahudi tetapi aku melihat dari sudut perspektif yang lebih positif.

Western "Wall"

Satu bentuk penemuan yang mungkin akan aku teruskan untuk dijadikan pengkajian. Penemuan sengaja atau tidak. Aku tidak tahu. Aku kurang pasti. Hanya sekadar pemikiran untuk dikongsi bersama saudara serta saudari.

Konsep "wall" di laman Facebook seakan-akan sama seperti konsep orang beragama Yahudi berdoa di Western "Wall". Apa itu Western Wall? Western Wall merupakan sebuah dinding yang terbina di Jerusalem. Menurut sumber, dinding ini dibina oleh King Herod The Great. Secara ritualnya, orang Yahudi akan berdoa di hadapan dinding secara senyap(silent prayer, in solitude), meluahkan perasaan, dan adakalanya menulis doa mereka di atas sekeping kertas, seterusnya meletakkan kertas tersebut di antara retakan dinding.

Para Rabbis(ketua agama) Yahudi menyifatkan Western Wall sebagai Gate of Mercy. Doa mereka akan didengari oleh Tuhan dengan syarat mereka menghadap mizrach.



(luahan perasaan)

( wailing?)
(prayer notes)
Setakat ini sahaja yang boleh aku kongsikan. Bukan tidak mahu, tetapi pengkajiannya amat mahal dan meungkin boleh ditulis dalam tesis kajian PhD dalam bidang Antropologi, Arkeologi dan Sejarah.

Aku bukan menuduh Mark Zuckerberg tetapi ini sekadar langkah berjaga-jaga bagi saudara serta saudariku yang dicintai supaya kurangkan meluahkan perasaan di "Wall".

Perspektif Positif ?

Sebelum ini aku ada menyatakan bahawa aku tidak menyahut seruan sebuah Kempen Hentikan berfacebook kerana melihat kepada perspektif yang lebih positif. Apa yang cuba aku maksudkan?

Alangkah baiknya jika laman sosial FB ini dijadikan medan dakwah, memberi peringatan kepada yang lain demi kebaikan sejagat. Bukan susah pun untuk jana saham akhirat. Atau mungkin boleh meletakkan karya kreatif kita sendiri, dan kata-kata motivasi untuk meneruskan kehisupan dengan penuh semangat. Tidakkah itu lebih baik dan menepati sunnah Rasullullah?

Suatu hari yang dikenali sebagai Hari Kebangkitan. Allah membangkitkan makhluknya mengikut kelompok. Kelompok mana yang mengikuti sunnah Rasulnya, maka akan dibangkitkan bersama kaum Rasulnya. Bayangkan kita selalu meluahkan perasaan di "Wall". Perlakuan tersebut persis amalan Yahudi. Tak pasal-pasal kita dibangkitkan bersama kaum mereka. Nauzubillahminzalik, minta dijauhkan.

Tak berani untuk katakan tak salah meluahkan perasaan di "Wall". Mungkin perlu dikurangkan dan tidak terlalu melampau.

Allah yang tentukan segala-galanya, semuanya. Tetapi dalam takdirnya, Allah sediakan PILIHAN.

"Life is the matter of choice" ~Zeaf I-sahus~

Wallahua'llam.

p/s: minta maaf jika ada kesalan, saya tak lakuan double-checking

sumber: http://write-to-putera.blogspot.com


kopipes jumpe kat blog orang... saje2 kongsi
 
Back
Top
Log in Register