BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,343.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mutiara iman: Petunjuk Allah

zkry

Super Active Member
Messages
6,718
Paid Membership
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
.

Firman Allah bermaksud :

Jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa
yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan
menderita azab sengsara.

( Taha : 123 )


:):)
 
Last edited:
.

ULASAN AYAT :

1. HIDAYAH ( Petunjuk ) adalah cetusan keimanan serta nikmat yang
paling besar dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia.

Ini kerana dengan nikmat iman, manusia akan mendapat ( petunjuk )
untuk keselamatan di dunia dan di alam abadi.

Apalah guna kekayaan yang melimpah di dunia sekiranya tidak beriman
dengan sebenarnya, kerana akhirnya tempat kembali adalah neraka
yang membakar.

Apalah guna tubuh badan yang sihat sekiranya tidak mahu menurut
perintah ALLAH, tidak takut melakukan maksiat, mempamerkan aurat,
meninggalkan solat dan mengejar dunia serta nafsu, kerana akhirnya
kita akan berada di alam abadi pasti berhadapan dengan suatu ketika
yang penuh keseksaan.


:):)
 
2. Orang yang beriman meskipun miskin di dunia, tetapi tetap kaya
di alam abadi.

Kebahagiaan di akhirat pasti menjadi miliknya.

Apatah lagi sekiranya diberikan nikmat iman dan kekayaan di dunia.

Apatah lagi sekiranya diberikan nikmat kesihatan tubuh badan yang
disertai dengan keimanan.

Itulah tambahan nikmat atas nikmat!

:):)
 
3. Namun, sejauh manakah kita merasakan iman itu satu nikmat
yang besar yang dikurniakan oleh ALLAH?

Hari ini manusia merasakan nikmat harta dan kesenangan adalah
sebesar-besar nikmat.

Justeru, mereka berusaha menjaga dan memelihara harta dan
kekayaan.

Betapa banyak detik masa yang dihabiskan demi untuk menambah
harta kekayaan.


:):)
 
4. Tetapi, bagaimana pula dengan nikmat iman? Adakah kita
dipelihara dengan amalan berpanjangan?

Adakah disuburkan dengan ibadah di waktu siang dan malam?

5. Siapa yang mengikut petunjuk (perintah & larangan) ALLAH
maka dialah hamba yang tidak akan disesatkan selamanya…

Inilah persoalan yang perlu difikirkan bersama!


WALLAHU’ALAM

:):)
 
bagus thread ni... teruskan Tuan... barakallahu fiik
 
Tetapi, bagaimana pula dengan nikmat iman? Adakah kita
dipelihara dengan amalan berpanjangan?

Adakah disuburkan dengan ibadah di waktu siang dan malam?

5. Siapa yang mengikut petunjuk (perintah & larangan) ALLAH
maka dialah hamba yang tidak akan disesatkan selamanya…

Inilah persoalan yang perlu difikirkan bersama!





SALAH SATU CR PELIHARA IMAN... SEKURANG2NYE KHATAM AQ SEBULAN SEKALI....
 
Back
Top
Log in Register