BTC USD 81,005.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MURTAD Mengikut Pandangan Ulama.

fairuz501

Fun Poster
Messages
510
Joined
Jan 31, 2008
Messages
510
Reaction score
9
Points
20
381005_211977802216432_102517969829083_478245_609075925_n.jpg


Oleh Dr Zakaria @ Mahmod bin Daud, KIAS
Disediakan oleh : Markaz Perjuangan Islam

Pendahuluan

Akhir-akhir ini isu murtad menjadi satu isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja, ia ada disiar dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan disebut dalam ceramah-ceramah bahkan ada kes-kes tertentu diangkat ke mahkamah.

Selain itu pengikut- pengikut kumpulan ajaran sesat ada di seluruh Malaysia dan mereka menghayati ajaran itu samada terang-terangan atau secara senyap-senyap seperti pengikut ajaran Ayah Pin, Anti Hadis dan lain- lain.

Selain itu, mungkin ramai dari umat Islam di Malaysia tidak mengetahui apa sebenarnya murtad sehingga ada yang menganggap murtad hanya terjadi apabila seseorang itu menukar agama, masuk agama Kristian, agama Hindu dan sebagainya.

Manakala yang mengamalkan ajaran- ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, Hassan Anak Harimau dan lain-lain tidak dianggap murtad. Perkara ini tidak dianggap sensitif, yang dianggap sensitif hanya yang masuk Kristian, Hindu, Budha dan agama-agama lain. Kertas ini penulis akan mengulas mengenai murtad secara lebih luas mengikut pandangan ulama' Islam.

Definisi Murtad.

Murtad dari segi bahasa bermaksud "Kembali". Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggal atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana aqidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samada dengan melalui perkataan atau melalui perbuatan atau apa-apa iktiqad, kepercayaan dan keyakinan hati.

Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam; Ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat beberpa kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat.

Allah berfirman, ertinya :
Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu dia mati, sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosaklah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama- lamanya) .
(surah al-Baqarah : 217)
Rasulullah bersabda, ertinya :
Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.
(Hadis riwayat al- Bukhari)

Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad.

Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan sebab- sebab tersebut.

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata- kata.
Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata- kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip- prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.

Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya" . Atau dia berkata, "Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata, "Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim, apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata, "Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku" , maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh menjadi murtad.


Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata- kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini ?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum- hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata," Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat- ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama- nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkann ya.
Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad


Sumber:
Facebook Bob Lokman
 
Video Sembang Rakyat tu mengajar umat utk hina hukum hakam dalam Islam
 
camne nak hina hukum Islam? tontonlah video Sembang Rakyat :)
 
murtad mengikut pandangan forumer lak cam mana .. dulu ada yg cakap kena berfikir 2 hala la itu la ini la .. hehehe
 
kat masjid tempat aku hari ni ..ada membicarakan gejala murtad yang digembar gemburkan sekarang ni ..sayang sekali tak dapat dengar dengan jelas pasal budak budak buat bising ..
 
Sape nak jadi "top candidate" AHLI NERAKA.. Belajarlah dengan diorang ini..
diorang ini ( Yang agama islam ajerr )memang xsuka syurga..


P/s: semoga mereka mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t dan bertaubat...
 
korang tu sume la silap...aku sndri kata murtad xde kena mgena dgn agama...kalau aku juga nk murtad..tp korang sedar tak,murtad tuk kluar dari hukum yang dibuat n diubah oleh mufti2,ahli2 kitab agama,dalam menegakn islam kt malaysia ni...!!!

islam sebenar tak lah secerewet,n perlekah seperti yg dilaksanakn d malaysia...islam itu mudah...

woi...hati ni la mesti mau baik...balu tuhan syg sma lu ma...

agama letaknya d hati kita..kita murtad di mulut tp bukan dihati...utk apa ini sume..?? utk kita orang melayu beragama islam,bebas memilih cara kehidupan kita didunia..akhirat Allah jua yg mengetahui..tp KORANG LAH AHLI2 KITAB MALAYSIA,MUFTI2 AGAMA,ULAMA2 MENEYMBUNYIKAN KEBENARAN AL-QURAN KALAMMULLAH UNTUK TUJUAN DUIT..KORANG JUAL HUKUM ALLAH..KORANG SEKAT KEBEBASAN ORANG2 MELAYU SEHINGGA SEKARANG MEREKA(ORANG2 MELAYU) MALAYSIA TIDAK BEBAS..TP CINA N INDIA KORANG TAK BENTERAS...KORANG GALAKAKN KERAJAAN MELULUSKAN LESEN2 PNJUALAN ARAK,KILANG2 ARAK,KDAI2 NOMBOR EKOR YG KORANG KATAKN MLAYSIA AGAMA RASMINYA ISLAM..??? SUBHANALLAH..hukum Allah kalian ubah2 kan untuk tujuan duit pada kerajaan...

JALAN TEBAIK TUK ORANG2 MELAYU ISLAM MALAYSIA...KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN PGGAN HIDUP KITA...TIDAK SUME BENDA D MALAYSIA ITU HARAM UNTUK KAMU MELAINKAN 4 YG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN...SEPERTI BERJUDI,MUNUM ARAK,BERHIBUR,NOMBOR EKOR BANYAK KEBURUKAN DARI KEBAIKANYA..

ALLAH KURNIAKN OTAK,AKAL,MATA,TELINGA..KORANG GUNAKAN LAH SEBAIK MUNGIN..JANGAN TERLALU MENGAJI PADA AL-QURAN,ANDAI KALIAN TIDAK TAHU MAKNANYA N APE YG ALLAH CUBA TUK SMAPIAKN PADA KALIAN..JAWI ITU ADALAH UNTUK ORANG ARAB ZAMAN HAJILLIAH DAHULU...ALLAHUAKBAR..DIA MAHA MGETAHUI,DITERJEMAHKAN AL-QURAN DALAM BAHASA MELAYU TUK KITA,ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM,TUK KITA PLAJARI,APA YANG DIA MAHUKAN KITA LAKUKAN DALAM HIDUP D DUNIA INI...

SEMOGA ALLAH,MELAKNATI PEMIMPIN2 YANG DURJANA TERHADAP ISLAM..MUDAH2AN ALLAH MENGAMPUNI DOSA AKU SERTA DOSA KESEMUA ORANG TUA KU,IBU BAPAKU..
 
381005_211977802216432_102517969829083_478245_609075925_n.jpg


Oleh Dr Zakaria @ Mahmod bin Daud, KIAS
Disediakan oleh : Markaz Perjuangan Islam

Pendahuluan

Akhir-akhir ini isu murtad menjadi satu isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja, ia ada disiar dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan disebut dalam ceramah-ceramah bahkan ada kes-kes tertentu diangkat ke mahkamah.

Selain itu pengikut- pengikut kumpulan ajaran sesat ada di seluruh Malaysia dan mereka menghayati ajaran itu samada terang-terangan atau secara senyap-senyap seperti pengikut ajaran Ayah Pin, Anti Hadis dan lain- lain.

Selain itu, mungkin ramai dari umat Islam di Malaysia tidak mengetahui apa sebenarnya murtad sehingga ada yang menganggap murtad hanya terjadi apabila seseorang itu menukar agama, masuk agama Kristian, agama Hindu dan sebagainya.

Manakala yang mengamalkan ajaran- ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, Hassan Anak Harimau dan lain-lain tidak dianggap murtad. Perkara ini tidak dianggap sensitif, yang dianggap sensitif hanya yang masuk Kristian, Hindu, Budha dan agama-agama lain. Kertas ini penulis akan mengulas mengenai murtad secara lebih luas mengikut pandangan ulama' Islam.

Definisi Murtad.

Murtad dari segi bahasa bermaksud "Kembali". Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggal atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana aqidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samada dengan melalui perkataan atau melalui perbuatan atau apa-apa iktiqad, kepercayaan dan keyakinan hati.

Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam; Ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat beberpa kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat.

Allah berfirman, ertinya :
Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu dia mati, sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosaklah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama- lamanya) .
(surah al-Baqarah : 217)
Rasulullah bersabda, ertinya :
Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.
(Hadis riwayat al- Bukhari)

Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad.

Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan sebab- sebab tersebut.

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata- kata.
Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata- kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip- prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.

Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya" . Atau dia berkata, "Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata, "Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim, apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata, "Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku" , maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh menjadi murtad.


Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata- kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini ?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum- hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata," Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat- ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama- nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkann ya.
Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad


Sumber:
Facebook Bob Lokman

betul ke ni,wei ko jgn main2 dgn hukum2 murtad ni mcm nk kafirkan org jerk nih,kita sebagai manusia xde hak nk kafirkan dan nk murtadkan org.
 
Back
Top
Log in Register