TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
Membantu Mengikut Kemampuan
Kita adalah insan yang bertuah. Hidup sehingga ke hari ini dengan penuh kenikmatan dan nikmat paling agung adalah iman dan Islam. Begitu banyak nikmat yang dikurniakan olehNya namun tidak terbanding dengan indahnya nikmat berada dalam agama fitrah ini, agama yang menyusun setiap aspek kehidupan. Alhamdulillah.
Setiap insan pula Allah SWT anugerahkan kelebihan dan keistimewaan yang pelbagai. Ada yang pandai bercakap, ada yang sedap tulisannya, ada pula yang rajin turun padang menghulur tenaga. Kesemua ini jika digabungkan mampu membina sebuah komuniti yang tersusun gerak kerja mereka terutamanya dalam usaha dakwah membawa kebaikan.
Allah SWT berfirman tentang pembantu-pembantu dalam dakwah;
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ لِلۡحَوَارِيِّـۧنَ مَنۡ أَنصَارِيٓ إِلَى ٱللَّهِۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِۖ فَـَٔامَنَت طَّآئِفَةٞ مِّنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآئِفَةٞۖ فَأَيَّدۡنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَىٰ عَدُوِّهِمۡ فَأَصۡبَحُواْ ظَٰهِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (As-Saf: 14)
Mari membantu mengikut kapasiti kita masing-masing. Spread the words!
t.me

Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.