BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Murid Tahun Dua Maut Dilanggar Van Di Hadapan Sekolah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,481
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,481
Reaction score
1,681
Points
201


14223840377220157-395210.jpg


Murid Tahun Dua maut dilanggar van di hadapan pagar sekolah

BATU PAHAT: Murid perempuan Tahun Dua maut dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, dekat Parit Sulong, di sini, hari ini.

Nur Aini Umairah Mohd Fareez yang berusia lapan tahun dikatakan dilanggar van ketika pulang dari sekolah sekitar jam 12.40 tengah hari, sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala.

Sebelum kejadian mangsa baru selesai sesi persekolahan sebelum bergerak keluar dari pintu pagar.

Difahamkan, van terbabit juga ketika itu juga keluar dari pagar sekolah selepas menghantar barang, namun dikatakan tidak menyedari keberadaan mangsa.

Kejadian disaksikan beberapa ibu bapa yang kebetulan menunggu anak masing-masing pulang dari sekolah.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Kenyataan berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat sebaik siasatan awal selesai," katanya.

Artikel➡️ Berita Harian
 
fcef97f49ae72ffcd062ee83f79c19a169fa17cc3102e

Datuk kepada kanak-kanak yang maut di hadapan sekolahnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Tugiran Loso, 67, merenung kubur cucunya, Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, yang selamat dikebumikan kira-kira pukul 9 malam hari ini.Dalam kejadian kemalangan yang membabitkan mangsa dan sebuah van itu berlaku pada 12.30 tengah hari dan kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah van dalam kemalangan jalan raya di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah hari di hadapan pintu pagar utama sekolah berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah van yang berada dalam kawasan sekolah selepas selesai menghantar barang, sedang bergerak keluar melalui pintu pagar utama menuju ke Jalan Simpang Lima–Parit Sulong.

“Ketika itu, berlaku perlanggaran dengan mangsa yang merupakan pejalan kaki di hadapan pintu pagar utama sekolah tersebut.

"Mangsa yang juga murid tahun dua sekolah berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan organ dalaman, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Parit Sulong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemandu van lelaki tempatan berusia 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya,  pemandu van berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.

Terdahulu, jenazah kanak-kanak malang itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustaffa kira-kira 9 malam tadi.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dalam kenyataan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa Nur Aini Umairah Mohd Fareez selain memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang menguruskan bantuan sewajarnya selain memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan keluarga murid berkenaan diberi perhatian.

 
395325-395325.jpg


Jangan salahkan pakcik van, kami 'lepaskan' Nur Aini Umairah dengan hati tenang - Bapa


Arwah Nur Aini Umairah adalah murid Tahun Dua yang maut dilanggar di hadapan pintu pagar utama sekolahnya ketika sedang menunggu dijemput ibunya pulang.


"Sesuatu yang berlaku sudah tentu ada ketetapan, jadi kalau kita hendak menyalahkan seseorang pun tak boleh juga, ...siapa nak bunuh orang?


Jangan salahkah pemandu van


"Permintaan saya ialah janganlah marah pada pakcik itu. Kalau kami sebagai ibu bapa sudah reda, takkan nak marah dia lagi, ...kasihanilah pakcik itu," katanya.


"Tapi apabila sampai satu tahap ini (kehilangan), ibu bapa pasti sedih. Kami 'lepaskan' Nur Aini Umairah dengan tenang, mudah-mudahan Allah SWT merahmatinya.

"Arwah gemar bersolek, kadang-kadang dia tengok YouTube dan dia tiru cara solekan. Kali terakhir arwah solek saya ketika kami membawanya berjalan-jalan ke Melaka minggu lalu.

"Itulah kali terakhir dan selepas ini, segala-galanya akan menjadi kenangan," katanya yang cuba menahan sebak.

Artikel➡️ Berita Harian
 
Linangan air mata iringi jenazah Nur Aini Umairah, ibu pengsan beberapa kali

Batu Pahat, Johor: Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam, Kampung Parit Mustaffa, dekat Parit Sulong ketika urusan pengebumian Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, yang maut selepas dilanggar van di hadapan sekolahnya.

Perjalanan terakhir murid Tahun Dua, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong itu diiringi linangan air mata terutama ibunya, Asmilah Tukiran, 37.


Sebelum itu, jenazah Nur Aini Umairah dibawa ke Masjid Jamek Kampung Parit Mustaffa, Parit Sulong untuk urusan pengebumian dan solat jenazah.

Ratusan terdiri ahli keluarga dan penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir kepada Nur Aini Umairah yang dikebumi bersebelahan pusara neneknya.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, Nur Aini Umairah maut selepas dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar sekolahnya.

Kejadian berlaku ketika semua murid sekolah terbabit pulang sebaik sesi persekolahan tamat.

Nur Aini Umairah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Harian Metro
Mei 5, 2026

Sumber : Harian Metro


14224320547611133-395378.jpg

14224320547611133-395379.jpg

14224320547611133-395380.jpg

14224320547611133-395381.jpg

14224320547611133-395382.jpg

14224320547611133-395383.jpg

14224320547611133-395384.jpg

14224320547611133-395385.jpg

14224320547611133-395386.jpg
 
51876bdac3e8e9fd37b5b572a763d80a6900ae498ef29

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani

Pemandu van yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang murid perempuan tahun dua maut akibat dilanggar kenderaan terbabit direman selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama berkata perintah tahanan reman terhadap suspek berumur 60 tahun itu bagi membolehkan siasatan dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa, Nur Aini Umairah Mohd Fareez, maut dilanggar di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong ketika sedang berjalan kaki kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Siasatan awal mendapati van berkenaan sedang bergerak keluar dari dalam kawasan sekolah melalui pintu pagar utama menuju ke Jalan Simpang Lima–Parit Sulong selepas selesai menghantar barang.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta organ dalaman dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Parit Sulong.

Jenazah kanak-kanak malang itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustaffa kira-kira 9 malam tadi.

Susulan kejadian itu, Kerajaan Negeri Johor menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti aspek keselamatan jalan raya di sekolah selain memberikan tumpuan kepada penambahbaikan garis panduan keselamatan sedia ada.

 
x sampai hati tgk dia terbaring atas jalan tu...semoga Allah angkat darjat mak ayah dia atas kesabaran depa...dlm dunia ni semua bukan kita punya, hatta tubuh & nyawa kita sendiri pon....milik Allah.
 
Terpulang pade keluarga...
Jgn buat repot, jgn ambik tindakan ape2...
Bile ade repot siasatan pun jln...
Mmg pakcik akan kene dakwa di mahkamah...
Sek. 41 apj @ turun sek. 43 apj 1987...
 
b004cc0815e95d3396d6c995c4f75b5669fd72d5b8e78


Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan, Selasa lepas.

Nordin Ithnin, 61 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa memandu sebuah van secara melulu sehingga menyebabkan kematian Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8 yang ketika itu sedang menggunakan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong di sini, kira-kira 12.30 tengah hari 5 Mei lepas

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan diperintah melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung bermula dari tarikh pertuduhan selain menetapkan 25 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Tan Song Yan.

Media sebelum ini melaporkan seorang murid perempuan Tahun Dua maut akibat dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar SK Seri Maimon, Parit Sulong ketika berjalan kaki.

Siasatan awal mendapati van berkenaan sedang bergerak keluar dari kawasan sekolah melalui pintu pagar utama menuju ke Jalan Simpang Lima-Parit Sulong selepas selesai menghantar barang.

 
14225873206155309-395960.jpg

14225873206155309-395961.jpg

14225873206155309-395962.jpg

14225873206155309-395963.jpg

14225873206155309-395964.jpg


BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan, Selasa lepas.


Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa memandu sebuah van secara melulu sehingga menyebabkan kematian Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, yang ketika itu sedang menggunakan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong di sini kira-kira 12.30 tengah hari 5 Mei lepas

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan diperintah melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung bermula dari tarikh pertuduhan selain menetapkan 25 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Tan Song Yan.

Media sebelum ini melaporkan seorang murid perempuan Tahun Dua maut akibat dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar SK Seri Maimon, Parit Sulong ketika berjalan kaki.

Siasatan awal mendapati van berkenaan sedang bergerak keluar dari kawasan sekolah melalui pintu pagar utama menuju ke Jalan Simpang Lima-Parit Sulong selepas selesai menghantar barang.

Sinarharian

Sumber : Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register