BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid maut disengat tebuan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_08.1.jpg

Nur Iman Iqmal akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas empat hari bertarung nyawa akibat sengatan seekor tebuan di Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang pelajar tahun tiga meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas empat hari bertarung nyawa akibat disengat beberapa ekor tebuan pada leher kelmarin.

Mangsa Nur Iman Iqmal Syafizan, 9, murid Sekolah Kebangsaan Mak Lagam dekat sini meninggal dunia pada pukul 5.45 petang sewaktu menerima rawatan di HSNZ.

Nur Iman Iqmal anak ketiga daripada empat beradik dipercayai disengat tebuan ketika turun dari sebuah bas kira-kira 100 meter dari rumahnya di Kampung Paya Berenjut sekitar pukul 6.20 petang Selasa lalu.

Bapa mangsa, Syafizan Mohd. Sallehuddin, 41, berkata, anaknya mengadu disengat tebuan sejurus tiba ke rumah pada Selasa lalu.

Katanya, selepas melihat bekas sengatan serangga itu, dia kemudiannya membawa Nur Iman Iqmal ke bilik air untuk dimandikan dengan harapan dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 
Back
Top
Log in Register