BTC USD 81,664.2 Gold USD 4,175.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid mati selepas dirotan

Dlm Utusan Meloya dia kata budak nie adr penyakit saraf... tapi kalau dah ajal tu tercekik biji sawi pun leh meninggal.... polis pun tak salahkan sesapa sebab ibubapa budak tu tak kasik tau kat sekolah budak nie adr penyakit saraf....
 
SEREMBAN – Seorang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Gemas dilaporkan meninggal dunia selepas menerima hukuman rotan di tangan yang dilakukan oleh seorang guru wanita sekolah tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, Chan Qi Xin, 9, mengadu pening selepas dirotan semasa sesi persekolahan tengah hari kelmarin.

“Melihat keadaan murid itu yang semakin serius, pihak sekolah telah menghubungi keluarganya sebelum menghantarnya ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan.

“Ibu bapa murid tersebut kemudian menghantar anak mereka ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru setelah diminta berbuat demikian, tetapi kemudiannya dibawa pulang ke rumah pada hari yang sama.

“Pihak HSA telah memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapa murid tersebut bahawa harapan untuk anak mereka pulih adalah tipis,” katanya kepada pemberita semalam.

Kanak-kanak itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir di rumah ibu bapanya di Kampung Baru, Gemas pukul 3.30 pagi semalam.

betulke berita nie????
dari seremban p HSA??? huaaaa dekatnya dia p mendapatkan rawatan... dah sampai ajal ...
 
dekat seremban hospital dah penuh , nasib baik dia tak p hospital besar ipoh..atau seremban tiada pakar saraf..~X(~X(
 
betul ke berita neh..apsal isi kandungan x gempak seperti biase ..hehehe
 
abis la cikgu tu kena gantung sampai mati...
 
SEREMBAN – Seorang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Gemas dilaporkan meninggal dunia selepas menerima hukuman rotan di tangan yang dilakukan oleh seorang guru wanita sekolah tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, Chan Qi Xin, 9, mengadu pening selepas dirotan semasa sesi persekolahan tengah hari kelmarin.

“Melihat keadaan murid itu yang semakin serius, pihak sekolah telah menghubungi keluarganya sebelum menghantarnya ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan.

“Ibu bapa murid tersebut kemudian menghantar anak mereka ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru setelah diminta berbuat demikian, tetapi kemudiannya dibawa pulang ke rumah pada hari yang sama.

“Pihak HSA telah memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapa murid tersebut bahawa harapan untuk anak mereka pulih adalah tipis,” katanya kepada pemberita semalam.

Kanak-kanak itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir di rumah ibu bapanya di Kampung Baru, Gemas pukul 3.30 pagi semalam.

perghh...sampai gitu sekali lah plak...#:-S
 
dah ajal dia kot...

tp musykil jugak ekk...rotan kat tgn leh bwk maut...

kot budak tu ada penyakit lain.....
 
mungkin ader sebab lain kut
x buat postmortem ker
kesian kat cikgu tu mesti trauma giler
 
tak logik langsung rotan kat tgn terus mati..

ermm kalau penyakit saraf pun takkan tak nampak? urat2 tersembul ke, mata bengkak ke, etc.. ish..
 
Back
Top
Log in Register