BTC USD 80,786.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid mati selepas dirotan

eishen

Active+ Member
Messages
3,547
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,547
Reaction score
82
Points
30
SEREMBAN – Seorang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Gemas dilaporkan meninggal dunia selepas menerima hukuman rotan di tangan yang dilakukan oleh seorang guru wanita sekolah tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, Chan Qi Xin, 9, mengadu pening selepas dirotan semasa sesi persekolahan tengah hari kelmarin.

“Melihat keadaan murid itu yang semakin serius, pihak sekolah telah menghubungi keluarganya sebelum menghantarnya ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan.

“Ibu bapa murid tersebut kemudian menghantar anak mereka ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru setelah diminta berbuat demikian, tetapi kemudiannya dibawa pulang ke rumah pada hari yang sama.

“Pihak HSA telah memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapa murid tersebut bahawa harapan untuk anak mereka pulih adalah tipis,” katanya kepada pemberita semalam.

Kanak-kanak itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir di rumah ibu bapanya di Kampung Baru, Gemas pukul 3.30 pagi semalam.
 
astaghfirullahaladzim, scarynya...

:(
 
pantang dirotan atau apa ni..takziah kepada keluarga mangsa
 
aik..??
pukul kat tangan terus meninggal?
cikgu tu pukul nadi dier ke ape?
 
Maybe budak nie kena gangren kot (betul ke aku eja nama penyakit tu?)
 
dah sampai masa dia......rotan akan dijadikan sebab.....guru pulak mcm biasa.....akan dipersalahkan.

tp manusia lupa utk berbalik kpd isu utama......keadaan sbnr budak dr segi kesihatan
 
terus meninggal pas kena rotan...
hhmm......
 
budak tu mesti ada sakit lain...:-?
rotan kat tgn aje takkan sampai mati ah!!!
 
Back
Top
Log in Register