BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid alami muntah dan sakit perut, kantin sekolah diarah tutup 14 hari

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
14263026880005333-408123.jpg

14263026880005333-408124.jpg

14263026880005333-408125.jpg


Murid alami muntah dan sakit perut, kantin sekolah diarah tutup 14 hari


KAJANG - Kantin sebuah sekolah di Sungai Ramal di sini diarahkan tutup selepas tular dakwaan beberapa murid mengalami muntah, pening dan sakit perut, bagaimanapun punca sebenar masih dalam siasatan.

Hantaran dimuat naik pemilik akaun @aaira_fififufu mendakwa, kantin sekolah berkenaan diarahkan tutup selama 14 hari susulan kejadian itu.

Menurutnya, kebanyakan murid mengalami gejala seperti muntah, pening dan sakit perut.

Seorang pengguna Threads yang dipercayai ibu kepada salah seorang murid menggunakan akaun @pagi.baker, berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin dan kini masih dalam siasatan.

Katanya, anak perempuannya antara murid yang bergejala selepas muntah sebanyak tiga kali ketika berada di sekolah.

"Dengan izin ALLAH, pada waktu malam keadaannya sudah kembali pulih, setakat semalam (Selasa), keadaan dilihat terkawal," ujarnya.

Menurut pemilik akaun terbabit, anaknya memaklumkan lauk sambal daging yang dihidangkan pedas, manakala beberapa komen lain mendakwa lauk itu berbau kurang elok, namun punca sebenar belum diketahui.

Sementara itu, seorang pemilik akaun, @neysahz, tampil mempertahankan tindakan pihak sekolah dengan memaklumkan ibu bapa menerima maklumat secara berterusan melalui kumpulan komunikasi rasmi sekolah.

Menurutnya, pihak sekolah sudah mengeluarkan pelbagai makluman sejak hari kejadian, manakala pihak kesihatan turut hadir menjalankan pemeriksaan dan siasatan.

Pada masa sama, sekeping notis penutupan premis turut dikongsikan dalam hantaran berkenaan.

Notis itu menyatakan dapur kantin sekolah berkenaan diarahkan ditutup selama 14 hari bermula Selasa hingga 14 Julai ini.

Artikel Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register