BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Munajat Pilihan Raya

dienbiz

Active Member
Messages
2,439
Joined
Mar 16, 2006
Messages
2,439
Reaction score
1
Points
30
"الحمدلله الواحد الاحد الفرد الصمد الذى لم يلد ولم يولدز لا اله الا الله الحليم الكريم ،سبحان الله رب العرش العظيم الحمد لله رب العالمين واصلاة والسلام على رسول الامين اشرف الانبياء المرسلين وعلى اله الطاهرين واصحابه اجمعين اللهم نسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل اثم لا تدع لنا ذنبا الا غفرته ولا هما الا فرجته ولا حاجة هي لك رضا الا قضيتها يا ارحم الراحمين يا ذىالجلال والاكرام

Ya Allah Tuhan Yang Maha Perkasa, Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Yang menjadi tempat hamba-hamba-Nya mengadu, yang tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah. Sesungguhnya, kami mengaku, lemahnya kami, banyaknya dosa kami, buruknya kelakuan kami, lalainya amal-amal kami, sedikitnya ibadat kami, tatapi Ya Allah, kami tidak pernah berTuhankan melainkan kepada Engkau Ya Allah, kerana tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah Yang Maha Tunggal.




Ya Allah, Tuhan Yang memiliki alam semesta, kami mengadu kepadaMu, berilah kemenangan kepada Parti Islam SeMalaysia dan sekutu-sekutunya dalam pilihanraya kali ini Ya Allah. Kau berikan kekuatan kepada kami, kegerunan kepada musuh-musuh kami, Kau kuatkan saf-saf kami, hancurkan barisan musuh-musuh kami. Ya Allah Yang Maha Perkasa, Engkau hancurkanlah peluang mereka, patah-patahkanlah hujah mereka, kembalikanlah tipu daya mereka kepada batu jemala mereka sendiri.Engkau kalahkanlah mereka sebagai mana Engkau kalahkan tentera ahzab dahulu.


Ya Allah, tamatkanlah keangkuhan dan kesombongan mereka, patah-patahkanlah tulang-temulang mereka, putus-putuskanlah urat temurat mereka, lemahkanlah daya mereka, dan berikanlah kemengangan kepada Kami Ya Allah.


Ya Allah, kepadaMu kami mengadu, kerana tiada tempat bergantung melainkan kepadaMu, kami serahkan pengundi-pengundi hantu yang memihak kepada musuh kami kepada-Mu Ya Allah. Engkau timpakanlah kesusahan kepada mereka, Engkau sempitkanlah usaha mereka, Engkau halangkanlah usaha mereka, Engkau lumpuhkanlah segala pergerakan mereka,Engkau timpakanlah musibah kepada mereka seumur hidup mereka, Engkau butakanlah mata mereka sehingga tiada apa yang mereka nampak melainkan bulan purnama yang bersinar ceria.


Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar, Tuhan Yang Maha Membalik-balikkan hati, berilah petunjuk kepada rakyat Malaysia untuk mengundi parti kami dan sekutunya, balikkanlah hati mereka untuk mengundi parti kami dan sekutunya, hanya Engkau Yang Maha Berkuasa.


Amin ya Rabbal Alamin.
 
Calon wanita PAS menang di Kijang

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - PAS menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kelantan apabila pencalonan calon Barisan Nasional (BN) ditolak.

Calon PAS, Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak.

Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005.

SPR akhirnya menerima protes itu.

DUN Kijang berada dalam Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa.

Takbirrrr!!!!!
 
Kata Ibrahim Ali pun menang tanpa tanding, betul ke?
 
yang ibrahim tak confirm, tapi BN dah menang 4 kerusi parlimen di Sarawak, 1 di sabah dan 1 di Johor
 
aku x puas hati ni...

ni cerita terbaru...tadi masa aku pg penamaaan calon.sepatutnya calon BA menang tanpa bertanding di kawasan parlimen tambun ipoh.sebabnya calon BN salah isi borang...dia letak jawatan dia timbalan menteri...sepatutnya dia dah bukan jawatan 2 lagi.tp dia tetap boleh bertanding...apa dah jadi ni...SPR makan rasuah ke?....pk2 kan lah..kalau BA yg salah isi borang mesti dah awal2 kena reject...ye x?.......

aku ni semalam dah kena band dah...tapi x serik2 hehehe...
semalam aku keluarkan kyataan ttg harga minyak ngan pak dolah badwi..pas tu kena band...mana hak berdemoraksi?....dah la media pun depa pegang....em sedih2....kenapa pas aku kuarkan kyataan 2 aku d band?...salahkah aku?...aku cuma berkongsi maklumat ttg apa yg aku tau...aku x ganas...aku x membuat kekerasan...tapi kenapa aku d band?......pk2 kan lah...

sape yg nak kyataan ttg harga minyak ngan cerita pak dollah badwi 2 sila pm email kat aku...sekian...


TAKBIR....!!!3x
 
jangan la jadi thread ni nak berdebat ok.. pasai admin tak kasi.
just untuk post info je rasa nya admin boleh bertolak ansur kan..
 
Back
Top
Log in Register