BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muktamar Pas 2020

823703.jpg


Penjenamaan baharu DHPP bukti bukan Islam sayap penting Pas
| | 13 September 2020

DHPP dijenamakan semula dengan menggunakan nama Dewan Himpunan Pendokong Pas dan majlis itu disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan Pas kali ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) hari ini. - Foto SITI FATIHAH AWANG
A
A
KOTA BHARU- Penjenamaan baharu Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kepada Dewan Himpunan Pendukung Pas membuktikan bahawa kedudukan golongan bukan Islam juga adalah sayap penting dalam Pas.


Ketua Pemuda DHPP, B S Balendran berkata, DHPP tidak mahu lagi dilihat sebagai penyokong, sebaliknya mahu dianggap pendukung kepada perjuangan Pas

“DHPP menyedari peranan untuk menyantuni masyarakat bukan Islam bagi mewakili PAS sebuah parti yang membawa perjuangan Islam tidaklah semudah disangkakan, namun kami cuba berusaha untuk memahami Islam melalui pendidikan Islam yang ada, kuliah dan usrah yang dijalankan.

“Pelantikan Ketua DHPP Senator, N Bala Subramaniam sebagai Ahli Dewan Negara, adalah satu pengiktirafan sangat tinggi kepada DHPP yang wujud sejak 2010, malah Ketua DHPP Pusat juga memberikan fokus terhadap perpaduan kaum yang selari dengan ucapan dasar presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul terima kasih ucapan presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Menurutnya, DHPP turut memupuk sikap hormat menghormati, malah ahli Pas juga perlu ke hadapan untuk menunjukkan sikap kasih sayang terhadap yang bukan Islam.

"Elak mengkritik agama lain secara terbuka, kerana ia boleh membawa kepada ketegangan kaum. Lajnah Dakwah dan Lajnah Perpaduan Nasional perlu ke hadapan, dalam memberikan perhatian terhadap perkara itu,” katanya.

Balendran berkata, bagi memastikan hasrat dan harapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tercapai, Pas di semua peringkat digesa bagi memastikan DHPP bukan sahaja dapat diwujudkan di negeri-negeri, malah di setiap kawasan. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...haru-DHPP-bukti-bukan-Islam-sayap-penting-Pas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
PRU15: Pas perlu sedia perintah Malaysia, kata Abdul Hadi
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 13 September 2020
823244.jpg

Abdul Hadi menyampaikan ucapan dasar Presiden Pas di Muktamar Tahunan Pas kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di Pengkalan Chepa hari ini.
A
A


KOTA BHARU - Ahli Pas perlu melakukan persediaan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membolehkan pemerintahan mengikut acuan Islam berjaya dilaksanakan di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gerak kerja PRU15 bukan tertumpu kepada semangat untuk bertanding kerusi yang banyak sahaja tetapi lebih kepada memperkukuhkan wahdah ummah di tempat masing-masing.
"Jangan hanya sekadar menjadi ahli tanpa melakukan kerja atau menubuhkan cawangan tanpa bergerak, meletakkan calon tanpa mempersiapkan cawangan. Jentera pilihan raya juga perlu mendapatkan undi yang ramai dan bukan mengumpul musuh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ucapan Dasar Presiden Pas di Muktamar Pas kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Menurutnya, Pas perlu menyediakan calon terbaik jika mahu memerintah atau menjadi pembangkang yang menasihat, berdakwah dan berkhidmat kepada masyarakat.
"Kadang-kadang ada kawasan memilih calon yang selesa untuk mereka dan tempat masing-masing," katanya.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, kepimpinan Pas wajib membuat keputusan tegas supaya parti itu dihormati dengan kemampuan memimpin serta berjaya menyelamatkan negara dan umat.
Justeru katanya, seluruh ahli perlu taat terhadap keputusan parti yang menjadi syarat dan rukun berjemaah.
"Mandatnya diserahkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Pas Pusat untuk membuat penelitian dan keputusan dalam urusan terpenting ini.

"Golongan yang berwibawa dalam Pas tidak akan tercicir kerana kerajaan teknokrat yang kita perkenalkan tetap memberi tempat masing-masing, tidak semestinya menjadi calon dan wakil rakyat sahaja.
"Mereka yang menjadi calon pula sedia berkorban menghadapi segala kemungkinan apabila ditugaskan," katanya.
Abdul Hadi berkata, Pas berjaya memilih calon yang istiqamah melalui tapisan Majlis Syura Ulamak dan ikatan Bai’ah yang menjadi rukun perjuangan.
 
"Jangan tanya bila nak buat hudud" - Pas Kelantan

September 13, 2020 14:17 MYT
Jangan tanya bila nak buat hudud  - Pas Kelantan

Perwakilan dan para tetamu Muktamar Tahunan PAS ke-66 hadir di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal di Dewan Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa pada Ahad. - Gambar BERNAMA

PENGKALAN CHEPA: Perwakilan Pas Kelantan hari ini menyeru agar semua ahli Pas memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu.
Menurut Datuk Hassan Mohamood, fokus utama Pas ketika ini bukan untuk merealisasikan perjuangan parti Islam itu ketika bergelar pembangkang, sebaliknya memperkasakan pentabiran kerajaan.

“Setelah menguasai negara kita baru ambil negara, maka kita perlu pelajari apakah keutamaan yang perlu kita laksanakan dengan erti kata lain, kita perlu mempelajari fiqh keutamaan.
“Jangan terpengaruh dengan suara-suara sumbang, atau dalam bahasa kasar, ‘suara syaitan’. Bila nak buat hudud? Ini jangan tanya (pelaksanaan hudud). Kita kena tanya apa yang patut kita buat sekarang?

“Agama asas, kerajaan pengawal dan kita baru ada pengawal (kerajaan). Kerajaan… kerajaan ini (ibarat) pagar. Jadi, sekarang kita kena buat apa? Kena kukuhkan pagar (kerajaan),” katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-66, Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan kerajaan PN ketika ini masih ‘tidak kukuh’.
“Pagar (kerajaan) kita masih bergoyang-goyang lagi…,” tambahnya.

Sehubungan itu, Hassan menggesa ahli Pas supaya menjalin perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa.
Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Presiden berkata, perpaduan ummah perlu terus dikekalkan dalam usaha mempersiapkan parti Islam itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pas sebelum ini begitu lantang terhadap perjuangan untuk melaksanakan hudud dan meminda Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
PN mengambil alih Putrajaya pada Mac lalu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada Pakatan Harapan untuk membentuk kerjasama baharu dengan Barisan Nasional (BN) dan PAS, dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

 
Tuan Ibrahim kecewa PAS dianggap tak sesuai di Sabah, S'wak


Diterbitkan Hari ini 9:06 pm

Dikemaskini Hari ini 11:39 pm

1600012288501.png


MUKTAMAR PAS | Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak, termasuk dalam parti dan sekutunya, yang menganggap agenda perjuangan parti itu tidak sesuai di Sabah dan Sarawak.

Anggota Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan agenda yang dibawa oleh PAS sesuai untuk semua kaum dan agama.
"Sebab itu saya dukacita bila ada pimpinan...rakan-rakan kita menyebut PAS tak sesuai di Sarawak dan sebagainya.

"Kita melihat agenda perjuangan yang kita bawa ini sesuai untuk semua agama," katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS ke-66, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu isu ketiadaan calon PAS dalam PRN Sabah hangat diperkatakan apatah lagi selepas dilaporkan menyasarkan untuk bertanding di 10 kerusi di negeri itu.
Terdahulu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan berkata keputusan tersebut disebabkan sentimen di peringkat akar umbi.

Hari ini pula seorang perwakilan dari Sabah ketika sesi perbahasan tengah hari tadi mengingatkan pimpinan agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo.

1600012307354.png

Aliakbar

Menurut Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan, kenyataan seumpama itu mungkin tiada masalah di negeri lain tetapi tidak sesuai di Sabah dan Sarawak, dan pihaknyalah yang perlu berdepan dengan masyarakat di sana.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menggesa PAS perlu menerjemahkan agenda perjuangannya di saat menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.
"PAS mesti menjadi juara dalam menentang penyelewengan rasuah kerana PAS parti paling berintegriti," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjelaskan berlaku kemerosotan dalam pendaftaran ahli baru PAS pada tahun ini susulan wabak Covid-19.
Menurutnya, sehingga September tahun ini seramai 29,504 sahaja keahlian baru dicatatkan berbanding 46,560 sepanjang tahun lalu.
"Kempen untuk menarik keahlian akan kembali dijalankan dengan giat dan cuba meningkatkan bilangannya dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Jumlah keahlian PAS (yang dicatatkan) hingga 20 Ogos adalah 806,159 dan ia membabitkan yang aktif sahaja kerana setiap tahun pejabat agung membuat pemutihan, yang tak aktif ramai, jika termasuk bilangannya melebihi 1 juta," katanya.

Menurutnya, keahlian dari Kedah paling tinggi direkodkan iaitu seramai 170,342 orang, diikuti Kelantan (131,362) dan Terengganu (110,087).

 
1600012429099.png


PAS bukan 'hotel persinggahan', kata Hadi
Bernama
Diterbitkan Hari ini 10:34 pm

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap kuat dan utuh walaupun diuji dengan pebagai cabaran termasuk pernah dikhianati mereka yang dahulunya bersama parti itu.
Sehubungan itu, Hadi menjelaskan PAS bukanlah sebagai ‘hotel persinggahan’ dan bila melihat PAS sedikit tergugat, mereka meninggalkan parti itu demi mengejar sesuatu yang kononnya menguntungkan mereka.

“Mereka jadikan PAS sebagai ‘hotel persinggahan’ kerana mereka mahukan kemenangan mudah, tetapi PAS dengan perjuangan Islam tetap utuh, dan tidak pernah jatuh.
“PAS cukup matang dalam berpolitik, kerana kita pernah ‘bertahaluf’ dengan banyak parti sejak dahulu dan walaupun meninggalkan dan ditinggalkan mereka, kita tetap istiqamah dan terus matang,” katanya dalam ucapan penggulungan presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-66, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini.

Muktamar itu berlangsung sehari bermula pagi tadi, dalam keadaan normal baru dengan kehadiran kira-kira 400 perwakilan, sebagai mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Abdul Hadi mengambil contoh ketika Pilihan Raya Umum 1990, PAS bertahaluf dengan Semangat 46 dan menang di Kelantan, dan kemudiannya parti itu dibubarkan, namun PAS tetap teguh di negeri berkenaan sehinggalah sekarang.

“...Kerana perjuangan kita yang istiqamah inilah, kita tetap berdiri dan akhirnya kita merampas Terengganu dan juga bersama Perikatan Nasional di Kedah,” katanya.
Dia berkata, PAS akan terus menerangkan kepada rakyat di negara ini mengenai perjuangan parti itu, agar rakyat terutama bukan Islam dapat memahami keadaan tersebut dan bukannya membuat tafsiran, yang kononnya Islam adalah kolot.

“Pendekatan ini memerlukan masa dan ia sangat mencabar. Ia agar mereka benar-benar memahaminya,” katanya.
-Bernama

 
1600012495074.png


Muslimat PAS bentang usul hapus perjudian
B Nantha Kumar
Diterbitkan Hari ini 6:56 pm

MUKTAMAR PAS | Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini membentang usul menghapuskan industri perjudian dalam negara dengan mendakwa bahawa golongan wanita dan kanak-kanak paling terkesan akibat gejala sosial ini.

Ahli Dewan Negara Asmak Husin mewakili DMPP membentang usul tersebut di Muktamar PAS kali ke-66 di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

"Kesan buruk judi ini bukan sahaja melibatkan dan melingkari masyarakat Islam di Malaysia tetapi ia turut dibangkitkan oleh wakil bukan Islam terutamanya pengalaman saya di Dewan Negara kerana kesannya sangat dirasai oleh masyarakat.
"Terutamanya usul ini kami bangkitkan kerana yang paling terkesan dengan gejala sosial ini adalah wanita dan kanak-kanak.

"Isu judi tanpa lesen ini sudah berluasan sejak berpuluhan tahun terutamanya di Felda, kampung-kampung dan taman perumahan yang melibatkan khususnya anak muda Melayu Islam.
"Maka, kami wakil Dewan Muslimat PAS Pusat mengusul berusaha mengawal, mengurangkan dan menutup punca yang menggalakkan perjudian berlesen sebagai satu komitmen menghapuskan sepenuhnya industri judi dalam negara," katanya.

Terdahulu, wakil PAS Lembah Pantai Fauzi Abu Bakar menyokong usul tersebut yang merupakan usul kedua dalam muktamar kali ini
Ia dibahaskan dan diluluskan dengan sebulat suara.

Sementara itu, Asmak turut mengakui bahawa pihak penguat kuasa perlu tegas dalam menjalankan tugas mengekang industri perjudian.
"Tidak dinafikan dalam isu aktiviti perjudian tanpa lesen kerap terkait dengan penguatkuasaan undang-undang.

"Isu-isu ketelusan dan intergriti sering dipersoal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Saya harap pihak penguakuasa perlu tegas dalam menjalankan tugas," katanya.

 
Jangan timbulkan polemik dasar, agihan kerusi – Tuan Ibrahim

13 September 2020

MGF020720_Muafakat-Nasional_09-681x454.jpg

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

KOTA BHARU – Ahli PAS diminta tidak menimbulkan polemik di setiap peringkat mengenai ketentuan dasar mahupun soal agihan kerusi yang akan diwakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata perkara itu akan sentiasa dibincangkan di peringkat jawatankuasa negeri sebagai mengambil kira kebaikan setiap parti dalam Muafakat Nasional (MN) serta Perikatan Nasional (PN).


“Soal agihan kerusi, kita ada beberapa jawatankuasa. Pertama, kita ada Jawatankuasa Induk iaitu 11 orang daripada setiap parti, di bawahnya ada Jawatankuasa Teknikal meliputi lima orang setiap parti dan satu jawatankuasa yang baru kita wujud iaitu Jawatankuasa Perundingan Agihan Kerusi yang terdiri daripada lima orang daripada setiap parti.

“Dalam mesyuarat yang dibuat kali pertama, Alhamdulillah, asas-asas perbincangan itu nampak sangat positif,” katanya ketika menyampaikan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Mengenai ketentuan dasar parti, Tuan Ibrahim menyeru agar semua ahli PAS menyerahkannya kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang membuat keputusan selaras dengan Perlembagaan PAS.
“Seperti digariskan Fasal 26 berhubung tugas dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, antaranya Perkara 9 (F) untuk memilih dan memuktamadkan calon Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri tertakluk kepada kelulusan Majlis Syura Ulama.

“Jadi, saya fikir tentang dasar besar dan soal agihan kerusi ini, jangan timbulkan polemik di peringkat negeri atau kawasan sebab jawatankuasa akan turut membincangkannya di peringkat negeri supaya kita dapat buat keputusan dengan teratur,” katanya.

Terdahulu, muktamar berkenaan diisi dengan perbahasan yang disertai 18 perwakilan, yang antaranya menyaksikan Dewan Pemuda PAS membangkitkan isu berkenaan dasar parti serta pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dalam ucapan penggulungannya pada muktamar itu berkata PAS sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kebenaran dalam perjuangan seperti yang diasaskan pucuk pimpinan terdahulu semasa menubuhkan parti.
Beliau menegaskan prinsip yang dipegang oleh parti memperjuangkan Islam itu akan dibawa sehingga ke akhir perjuangan parti.- BERNAMA

 
Kamarul Yusoff
16m ·

PAS CADANG TAN SRI MUHYIDDIN JADI PM

PAS MAHU PERTANDINGAN DUA PENJURU

PAS PARTI DISEGANI, BUKAN PENGACAU

“Kita temukan pimpinan UMNO dan pimpinan utama PH, Tun Mahathir, pimpinan UMNO dan Perdana Menteri, temukan dua-dua, bukan mudah. Buat perbincangan, mesti ambil langkah untuk selamatkan negara, Perdana Menteri tak boleh mengawal keadaan. Ini yang kita lihat dari luar, walaupun beliau kata boleh kawal, beliau duduk di dalam, kita duduk di luar kita boleh nampak rumah bergoyang-goyang. Akhirnya kita berjaya mewujudkan gabungan Ahli-Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrim. Kita cadangkan siapa jadi Perdana Menteri, Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, kalau tidak, Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri, kita yang cadang. Saya sebut ketika pilihan raya, PAS mahu jadi king-maker, bukan Langkah Sheraton, Langkah Sheraton dekat sangat, setelah berlakunya pendekatan yang berbeza. Berakhir dengan Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, dibentuk Kerajaan PN.”

“Kita telah membuat keputusan perlunya mendapat mandat secara langsung daripada rakyat melalui demokrasi, pilihan raya umum yang ke-15, dan melihat kaji selidik semua parti-parti dan pemimpin-pemimpin. Sebagaimana yang saya sebut, kita bersetuju Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri, kita mahu pastikan pertandingan dua penjuru di antara PN dan PH, jangan lagi tiga penjuru. Dan PAS telah mengambil tindakan yang proaktif dalam isu Sabah, ini mesti faham. Penyertaan dalam kerajaan bukan mesti jadi wakil rakyat, bukan mesti menyertai pilihan raya, dalam politik ada kerajaan teknokrat, kerajaan macam-macam. Yang penting PAS parti yang disegani, parti yang dihormati, parti yang tidak mengacau, ini penting, sabar sekejap.”

(Ucapan penggulungan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di dalam Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 14 September 2020)
 
Sinar Harian
17m ·
Untuk memperteguhkan peranan sebagai magnet penyatuan itu, Pas dilihat berusaha menyatukan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi ikatan atau siasah silaturahim: Penganalisis

King maker penyatuan Melayu-Islam
RAIHAM MOHD SANUSI | | 14 September 2020




1600050922387.png

Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa. -Foto Bernama


MUKTAMAR Tahunan Pas ke-66 kali ini dilihat menjadi platform kepada Pas untuk memperkukuhkan lagi peranan menjadi magnet penyatuan ummah dalam kalangan parti Melayu-Islam di Malaysia di bawah gagasan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Isu perpaduan yang diangkat sebagai tema dalam ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan muktamar itu di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik), Kota Bharu kelmarin jelas memberi cerminan bahawa parti itu memberi keutamaan untuk memulihkan silaturahim Melayu-Islam di negara ini yang sebelum ini berpecah mengikut ideologi politik.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, untuk memperteguhkan peranan sebagai magnet penyatuan itu, Pas dilihat berusaha menyatukan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi ikatan atau siasah silaturahim.

Menurutnya, disebabkan perkara itu, Pas tidak menjadi parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sebaliknya menjadi komponen dalam PN dan turut bekerjasama dengan UMNO dan Bersatu melalui MN.
“Pas ketika ini cuba mengangkat siasah silaturahim demi memastikan parti Melayu-Islam yang utama di negara ini dapat bergabung menjadi satu kuasa politik Melayu-Islam yang besar tanpa meminggirkan bukan Islam.

“Ini juga satu revolusi Pas yang baharu. Usaha ini sekali gus menterjemahkan peranan Pas sebagai king maker demi kepentingan politik Melayu-Islam,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, peranan sebagai king maker itu juga seiring dengan impian pimpinan Pas termasuk Abdul Hadi dalam membentuk dan menggilap Pas menjadi sebuah parti yang ‘mahal’ dan menjadi rebutan parti lain untuk menjalinkan kerjasama.

Kata beliau, menerusi muktamar yang berlangsung itu, Pas boleh dikatakan mendapat mandat daripada ahli dan penyokongnya untuk terus berada dalam MN dan PN ekoran peranan yang dimainkan Abdul Hadi sendiri dalam memberi keyakinan dan memupuk kepercayaan ahli Pas terhadap dua gagasan tersebut.Kata sepakat



1600050955643.png


Muktamar Pas ke-66 meluluskan lapan usul untuk kebaikan semua pihak termasuk negara dan agama.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UITM), Dr Ariff Aizuddin Azlan juga senada dengan Md Shukri apabila berpendapat muktamar tahunan Pas kali ini memberi penekanan kepada agenda penyatuan ummah dan memperkasakan Islam.

Selain itu, katanya, ia turut melibatkan perbahasan jumlah kerusi yang akan ditandingi dalam PRU15 yang dilihat sebagai satu perkara yang kritikal.

“Muktamar kali ini kita lihat pimpinan Pas memberi tumpuan tentang sejauh manakah agenda yang melibatkan penyatuan antara Pas dan UMNO boleh memberikan implikasi yang besar terhadap masa depan orang Melayu di Malaysia ini.

“Kalau sebelum ini agenda sama dibincangkan seperti Islam, tetapi kali ini melibatkan kerjasama yang terbentuk dan prestasi Pas sendiri terutama dalam menghadapi PRU15 akan datang,” katanya.

Beliau menjelaskan, isu pembahagian kerusi dianggap kritikal lebih-lebih lagi selepas pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Pas tidak diberikan sebarang kerusi.

“Bagi situasi sekarang tidak sekritikal seperti mana sebelum-sebelum ini. Contoh kita lihat beberapa tahun lepas, ada pemimpin dalam Pas keluar daripada parti dan mereka membentuk Parti Amanah Negara (Amanah) kerana tidak bersetuju dengan keputusan politik pucuk pimpinan parti.

“Tetapi pada hari ini saya tidak nampak penerimaan terhadap penyatuan UMNO dan Pas itu sebagai satu masalah besar. Memang kita ada dengar ada suara tidak puas hati terhadap penyatuan ini tetapi ia adalah satu benda yang tidak melibatkan penghijrahan besar-besaran,” katanya.

Katanya, rata-rata ahli akar umbi juga sudah melihat agenda penyatuan Melayu-Islam itu sebagai satu usaha untuk memperkukuhkan prestasi Pas untuk memenuhkan orang Melayu-Islam di dalam Parlimen.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor mengakui bahawa dalam muktamar tahunan kali ini, Pas mencapai kata sepakat untuk memberi tumpuan memperkukuhkan permuafakatan politik yang terbentuk.





1600051000440.png

Pentas utama yang mengumpulkan semua kepimpinan tertinggi Pas dalam muktamar.


“Muktamar kali ke-66 ini juga dalam kondisi Pas kali kedua menjadi rakan kongsi pentadbiran kerajaan Persekutuan dan menguasai tiga buah negeri ‘jantung hati’ orang Melayu. Pimpinan Pas berada di pentas utama. Ada yang menggalas jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan jawatan strategik dalam memposisikan Pas sebagai pemain politik yang mempunyai variasi pengalaman.

Semangat“Pas dengan keahlian yang pelbagai, juga dengan jalur berfikir yang rencam maka perbezaan pandangan bukanlah satu perkara yang pelik. Ditambah dengan fenomena budaya media sosial yang membuka ruang kritikan, ruang argumen seluas mungkin, maka Pas menjadi subjek popular yang dibincangkan sama ada positif atau negatif,” katanya.

Mengulas lebih terperinci mengenai perjalanan muktamar kali ini, beliau berkata, simbahan indah cahaya keperakan pada pagi perasmian muktamar itu menghantar isyarat bahawa parti Islam yang berusia 69 tahun itu akan menjadi sebagai pemain utama dalam politik tanah air ini.

“Di tengah keriuhan PRN Sabah, juga dengan jerebu pandemik Covid-19, muktamar berjalan tanpa pemerhati luar. Segalanya menjadi asing bagi kita ahli Pas kerana muktamar biasanya seperti hari raya bagi kita semua.

“Jumlah petugas juga terhad, anggota Jabatan Amal mengecil, saringan kesihatan dibuat rapi agar tak muncul pasca muktamar ini ‘kluster muktamar’ yang akan dijadikan bahan untuk mentertawakan Pas.
“Bagaimanapun, himpunan ratusan pimpinan Pas pelbagai peringkat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa penuh dengan lonjakan semangat yang menggebu untuk melihat daripada dekat perjalanan acara tahunan yang paling berprestij ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuda Pas, Ir Khairul Nizam Khirudin berkata, muktamar itu menyaksikan perwakilan memahami tentang gagasan MN dan PN dan bersedia untuk memberi komitmen dalam PRU15.

“Fokus kita untuk memperkasakan hubungan muafakat. Dengan tema ‘Islam memperkukuh perpaduan’ ia sudah jelas memberi gambaran bahawa kita akan mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya.

 
b17b63b6decacb078135235dd7a98aa1.jpg


Tak sesuai Pemuda PAS tuntut kerusi PRU15 sekarang - Shahidan
Yasmin Ramlan
Diterbitkan Hari ini 8:21 am

Dikemaskini Hari ini 8:23 am

PRN SABAH | Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim berkata kenyataan mengenai agihan kerusi parlimen pada PRU15 tidak wajar dikeluarkan memandangkan PRN Sabah masih lagi berlangsung.
Ini selepas Pemuda PAS meluluskan usul supaya parti itu bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi parlimen.
Bagaimanapun, kata Shahidan Muafakat Nasional akan memutuskan kemudian soal perbincangan mengenai kerusi PRU15.


“Komen tersebut polemik politik yang tidak sesuai disebut semasa kempen (PRN Sabah) sedang berjalan.
“Jadi polemik ini tidak perlu disebut kerana kempen sedang berjalan dan perbincangan mengenai kerusi semua ini akan dibuat oleh Muafakat Nasional (MN),” katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini yang bertanyakan isu ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari (gambar, bawah) ketika berucap pada Muktamar Pemuda PAS 12 September lalu menyentuh isu peruntukan kerusi di PRN Sabah, di mana PAS tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding oleh Perikatan Nasional.

22c64817dbc66113d2e31be38a0f1060.jpeg


Dalam ucapannya itu, ahli parlimen Pasir Mas turut mencadangkan supaya PAS dibenarkan bertanding di kesemua kerusi parlimen di Kelantan (14), Terengganu (8), Kedah (15) dan Perlis (3).
“Kita beri isyarat kepada yang lain bahawa kesabaran kita ada had dan limit-nya. Jangan menguji kesabaran pemuda-pemuda (PAS) kita.
“Disebut tadi berapa kerusi PAS nak bertanding di pilihan raya?
“Saya nak mencadangkan di sini kerana kita dah diuji di Sabah, dan kita bersabar di Sabah, maka kita nak cadangkan bahawa PAS boleh bertanding 40 kerusi dengan selesa,” katanya sambil menyebut bilangan kerusi di setiap empat negeri tersebut.
Untuk rekod, PAS sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding di 10 kerusi daripada 73 DUN pada PRN Sabah.
'Patut bangkit isu kerusi DUN, bukan parlimen'
“Saya nak sebut bahawa kalau kita boleh bersabar di Sabah, kenapa tidak orang lain bersabar di negeri-negeri yang kita sebutkan tadi? Itu sebagai lontaran awal.
“Tapi saya tak nak melangkau pimpinan-pimpinan yang ada. Sudah tentu mereka akan berunding tapi kita nak nyatakan bahawa kalau kamu ada hasrat, kami juga ada hasrat," kata Ahmad Fadhli.
Sementara itu, mengulas lanjut tuntutan Pemuda PAS itu, Shahidan yang juga ahli parlimen Arau berkata Ahmad Fadhli sepatutnya hanya membangkitkan isu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja dan bukan agihan kerusi Dewan Rakyat.
“Saya ingat komen untuk bertanding parlimen itu tak tepat. Dia mesti komen pasal negeri (kerusi DUN)… Bukan parlimen,” katanya yang seolah-olah memberi isyarat bahawa PAS perlu menumpukan kepada kerusi DUN di negeri yang ditadbir parti itu dan bukannya parlimen.
“Sebab satu parlimen di Perlis ada lima negeri (DUN).
“Kalau (PAS) bertanding di tiga parlimen bererti ada 15 (DUN). Jadi tidak ada kerusi yang Umno boleh bertanding langsung di Perlis,” katanya.
Untuk rekod, pada pilihan raya umum sebelum ini PAS bertanding di hampir kesemua kerusi parlimen di Perlis, namun pada PRU12, PAS tidak meletakkan calonnya di Kangar.
Bagaimanapun, PAS kini merupakan sebahagian daripada gabungan kerajaan baru, PN di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin yang dibentuk melalui Langkah Sheraton.
Agihan kerusi di kawasan majoriti Melayu pada PRU15 dibangkitkan sebelum ini, memandangkan terdapat tiga parti berasaskan Melayu-Islam di dalam PN.
Pada PRU14, PAS bersama sekutunya Berjasa dan Ikatan dalam Gagasan Sejahtera bertanding di 160 kawasan parlimen dan PAS berjaya memenangi 18 kerusi Dewan Rakyat.
 
Back
Top
Log in Register