balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Bahagian hadapan lori yang hangus terbakar.
< 1 / 2 >
KUALA LANGAT - Mujur umur masih panjang. Itulah yang berlaku kepada seorang pemandu lori apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya itu terbakar tiba-tiba di persimpangan Kampung Seri Cheeding, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.58 pagi itu, ketika pemandu berkenaan melalui laluan dari arah Klang ke Banting sebelum melihat lorinya berasap sekali gus api marak secara tiba-tiba.
Seorang pengguna jalan raya Sulaiman Basir, 43, berkata, ketika kejadian, pemandu terbabit dilihat sempat memberhentikan kenderaannya dan menyelamatkan diri sebelum api menjulang tinggi.
Menurutnya, bagaimanapun, sebuah kenderaan Proton Iswara yang sedang melalui laluan yang sama tiba-tiba dilihat merempuh lori terbabit kerana dipercayai tidak perasan dengan lori berkenaan yang telah berhenti.
“Pemandu kereta itu turut bergegas keluar dan menyelamatkan diri apabila perasan ada asap tebal di sekelilingnya. Mujur kedua-kedua pemandu kenderaan terbabit terselamat,” katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jazlizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira - kira jam 6.58 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.
Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, didapati kira-kira 30 peratus bahagian hadapan lori musnah terutama di bahagian tempat duduk pemandu.
Katanya, anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk memadamkan api sepenuhnya.
“Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Banting dengan kekuatan anggota seramai empat orang ditugaskan di tempat kejadian.
Pihak bomba terpaksa menggunakan satu aliran hos air dari tangki pam jentera untuk memadamkan api sepenuhnya,” katanya.
Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat kerana kedua-dua mangsa yang berumur 30-an itu berjaya menyelamatkan diri.
Dalam pada itu, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/mujur-umur-masih-panjang-1.276693