BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mujur Abang Bomba Ada

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
25.11.2020 - Kota Kinabalu, Tertekan dengan masalah keluarga dipercayai penyebab seorang gadis berusia 15 tahun terjun dari besi saluran paip dekat Jambatan Sungai Sembulan, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, gadis terbabit yang tinggal di Kampung Sembulan Lama dikatakan terjun dari besi saluran paip berkenaan.

Orang awam yang menyedari kejadian menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sembulan tiba untuk operasi menyelamat. Anggota bomba cuba memujuk mangsa namun selepas hampir lima minit usaha itu gagal sebelum gadis terbabit terjun ke sungai.

Bagaimanapun pasukan bomba yang sudah bersedia di sungai berkenaan berjaya menyelamatkan gadis terbabit daripada lemas. Pegawai Operasi BBP Kota Kinabalu, Jamaludin Hussin berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan jam 1.46 tengah hari, bergegas ke lokasi bersama seramai 15 anggota dengan sebuah jentera, EMRS dan dua kenderaan utiliti.

Katanya, pasukan bomba cuba memujuk gadis yang berdiri di besi saluran paip dan satu lagi pasukan bersedia di sungai berkenaan.

"Selepas hampir lima minit memujuk gadis itu bertindak terjun menyebabkan pasukan bomba yang berada di sungai itu terus menyelamatkannya. Gadis itu kemudian dibawa ke daratan sebelum ditenangkan dan diberi rawatan awal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, gadis itu kemudian dimasukkan ke kenderaan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) dengan kebenaran polis untuk pemeriksaan lanjut.

"Operasi menyelamat tamat jam 2.23 petang," katanya.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut berada di lokasi kejadian.

Screenshot-3348.jpg


Screenshot-3347.jpg

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/645867/mujur-abang-bomba-ada
 
6147720947050856393_121.jpg

6147720947050856394_121.jpg


Pagi lagi si bulu datang bomba minta tolong cabut bola mainan sangkut kat kaki.

Kredit ➡️ BBP IPOH
 
6147720947050856396_121.jpg

6147720947050856397_121.jpg

6147720947050856398_121.jpg

6147720947050856399_121.jpg


Selang beberape minit si bulu lain pulak naik pencawang TM tak boleh turun.

Pengadu dari taman cempaka menghubungi Bomba Ipoh minta tolong haiwan peliharaan beliau tak boleh turun dari pencawang TM. ✌🏻

Kredit ➡️ BBP IPOH
 
Back
Top
Log in Register