BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Mahu Program Sentuhan Hati Diperhebat

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
MUAR, 12 Julai -- Timbalan Perdana Menteri meminta wanita Umno dan Barisan Nasional memperhebatkan program "Sentuhan Hati" bagi merapatkan lagi hubungan Barisan Nasional (BN) dengan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, program-program Sentuhan Hati tidak memerlukan perbelanjaan yang besar tetapi berkemampuan memberi kesan yang mendalam dalam hubungan BN dengan rakyat segenap lapisan.

"Kita berkeyakinan pada pilihan raya umum, (kesan daripada program Sentuhan Hati) dia (rakyat) sudah cakap siang-siang akan menyokong Barisan Nasional," katanya semasa merasmikan Skuad Sayang Parlimen Pagoh di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat, Kundang Ulu, Pagoh.

Beliau berkata, program Sentuhan Hati seperti menziarah rumah, membawa mereka yang terjejas mendapatkan rawatan kesihatan, memberi sumbangan buku dan pelbagai perlu diperhebatkan dalam tempoh terdekat ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan anggota Parlimen Pagoh berkata, akan melancarkan program "Doktor Turun Ke Kampung" di Pagoh akhir bulan ini iaitu program Sentuhan Hati anjurannya. Beliau meminta semua pihak menyusun program- program Sentuhan Hati yang merangkumi semua lapisan masyarakat daripada sekarang.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Muhyiddin turut membidas kenyataan Pas bahawa parti itu kini memperjuangkan Negara Berkebajikan selepas sekian lama memperjuangkan Negara Islam dengan menyifatkan parti itu seperti "baru sedar daripada tidur yang lama."

Katanya, BN telah lama memperjuangkan kebajikan rakyat dengan membelanjakan berbilion ringgit dalam usahanya untuk meningkatkan pelbagai sektor kehidupan rakyat merangkumi pendidikan, ekonomi dan sosial.

"Selepas 54 tahun, Pas sedar daripada tidur lena yang panjang dan mahu memperjuangkan Negara Kebajikan. BN telah lama memperjuangkan Negara Kebajikan, Pas tidur terlalu lama berdengkur-dengkur," katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada pendekatan Pas terhadap Negara Kebajikan ketika ini merupakan suatu pengakuan daripada parti itu bahawa selama ini ia tidak mementingkan kebajikan rakyat.
 
Mari kita tengok nanti siapa pula yang akan tidur berdengkur2..
 
Back
Top
Log in Register