BTC USD 84,523.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

IMG_20260113_185347.jpg
Pas sembang berdegar2 pun takut nak lantik siapa jadi pengerusi.
 
Itulah pasal, dia igt dia jer ada kuasa minority, sekali TSMY tarik handbrake baru tersungkur semua.

Sembang calon ramai sgt.

Pas sembang berdegar2 pun takut nak lantik siapa jadi pengerusi.

biasa la Pas dari dulu pandai sembang.. hasil tarakkkkk... 30tahunnnnn kita tadbir kelate... 30tahunnnnn mundurrrrrr 😂😆😂
 
Itulah pasal, dia igt dia jer ada kuasa minority, sekali TSMY tarik handbrake baru tersungkur semua.

Sembang calon ramai sgt.
Kali ning din paguh betul2 tekan button siap Pas kata isu letak jawatan masih tak disahkan lagi.

Ayoh chik pun takut nak kedepan jadi pengerusi PN sebab takut makan diri atas kata2 dia bagi gelaran yang tak sehaluan dengan dia.
 
Kali ning din paguh betul2 tekan button siap Pas kata isu letak jawatan masih tak disahkan lagi.

Ayoh chik pun takut nak kedepan jadi pengerusi PN sebab takut makan diri atas kata2 dia bagi gelaran yang tak sehaluan dengan dia.

masalahnya ahli pas sembang tak sehaluan
yg tu kata lain
yg ni kata lain
nusi kata drsam
menantu hjhadi kata sam tak sesuai
pasir mas kata dia leh lead

jwtn timbalan tu Batu ke tunggul kayu 😂😆😂
 
Lori sampah sesat ko tu :LOL: 🤣 🤣 🤣

Pengerusi baharu PN diketahui bulan ini – Tuan Ibrahim​

16 Januari 2026, 7:12pm

NPuYkX0c-BULETIN-TV3-33.jpg
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Oleh: Nurhanim Osman

KUALA LUMPUR:
Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) dijangka dimuktamadkan bulan ini, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Memetik laporan BH, Tuan Ibrahim berkata perjumpaan antara kepemimpinan PAS dan BERSATU hari ini bertujuan memperkasakan PN selain mencari pendekatan terbaik merangka strategi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU16).

“Kita melihat keseluruhan struktur PN bagi memantapkan lagi asas ini… Insya-Allah (pengumuman pengerusi baharu) dalam bulan ini,” katanya.

Hari ini kepemimpinan tertinggi PAS diketuai Tan Sri Abdul Hadi Awang, manakala BERSATU diketuai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan.

Perkara itu dikongsikan Muhyiddin yang juga bekas Pengerusi PN menerusi hantaran di Facebook beliau.


“Alhamdulillah. Kami berbincang dan bersepakat untuk mengukuhkan PN,” tulis Muhyiddin ringkas.

Dalam gambar yang dikongsikan Muhyiddin, selain Tuan Ibrahim, turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan bekas Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, Abdul Hadi dalam satu kenyataan menggesa PN mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b) perlembagaan gabungan itu.

Dalam surat bertarikh 10 Januari lalu, Abdul Hadi menggesa perkara itu yang antaranya bagi menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin berkuat kuasa 1 Januari lalu.
 
Back
Top
Log in Register