BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin gempur Selangor esok

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merentasi beberapa daerah di Selangor esok untuk bertemu rakyat dalam program turun padangnya.

Berdasarkan aturcara program beliau, Muhyiddin akan memulakan harinya di Selangor dengan Sarapan Pagi 1Malaysia bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan Deepavali di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil.

Beliau kemudian ke Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat untuk bertemu warga guru agama dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz.

Pada tengah hari, Muhyiddin akan menghadiri Majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional Selangor di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang. Beliau seterusnya akan ke Kajang untuk menghadiri Perjumpaan 1Malaysia anjuran MCA dan penyampaian bantuan Deepavali di SJKC Sungai Chua.

Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual menziarahi rumah Ketua Masyarakat dan Veteran Umno di Kampung Pasir Puchong, sebelum mengakhiri lawatan di Selngor dengan Perjumpaan 1Malaysia dan penyampaian bantuan Deepavali di SJK Tamil Batu 14, Puchong.

- Bernama
 
Gempurlah...nasib baik,untung sabut...BN bleh dpt semula Selangor ni...
 
apa peruntukan dia nak bagi? bijan dah umum abih dah..haha
wak sembab nak sarapan pagi? agak2 kul 10 kot sarapan..
 
kalo dpt peruntukan terima je lah seadanya... tp undi tetap undi PR...:D
 
desa desus mengatakan pru13 bln 3 taun dpn.... mgkn btl jg tu!!
 
Time ni la geng2 Upco nk rembat peruntukan..dh lama pokai... Rembat jgn x rembat..
 
Back
Top
Log in Register