Berkata Allamah Ibnul Qayyim Rahimahullah:
Sebahagian mereka menyusun bahawa zikir dengan nama tunggal Allah, Allah lebih utama daripada zikir dengan lafaz tersusun seperti Subhanallah, Walhamdulillah, Wa Lailahaillallah Wallahu Akbar. Ini merupakan satu kerosakan yang dibina atas kerosakan. Ini kerana zikir dengan nama tunggal TIDAK disyariatkan secara asal, TIDAK MEMBERIKAN MANFAAT apa-apa bahkan ia bukan kalam( ucapan ) yang bermakna dan tidak menunjukkan bentuk pujian ataupun satu penghormatan ( ta'zhim) , tidak berkaitan dengan keimanan, dan tidak mendapat pahala.
Tidak menjadikan orang yang berzikir itu terikat dengan Islam secara umum, hatta jikalau seseorang kafir berzikir dgn lafaz Allah, Allah daripada awal umurnya hingga ke akhir hayatnya, ia tidak menjadi muslim kerana itu, ia bukan daripada zikir umum dan juga bukan daripada zikir yang terbaik.