BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti, timbalan perlu dilantik daripada ASWJ

Perkara ni bagus sebenarnya.....RUU ni dah tutup ruang 'syiah' kalau ada yang cuba- cuba menyusup masuk dalam pentafsiran agama islam di Malaysia.

Satu, hal besar akan ditutup.
Dia bukan pasal syiah, syiah orang boleh detect awai lagi, ni pasal geng wah yang dah banyak dlm jabatan agama, berpura-pura aswj..🤭
 
Belum sampai ke viva voce lagi....semoga sampai ke situ suatu saat nanti. Saya masih berstatus 'undergraduate'.

By the way, dorang debat pun pakai kitab tulisan cendekiawan-cendekiawan terdahulu jugak.

Sebab tu saya tulis, kalau permasalahan beriktikad ni, kitabkan penulisan sendiri....biar orang lain pulak kritik.

Itu yang kami diajar cara menangani 'fallacy'.
Fallacy apa? Fallacy ada byk jenis....sembang fallacy...cuba kasi contoh...baru mudah org paham
 
Dia bukan pasal syiah, syiah orang boleh detect awai lagi, ni pasal geng wah yang dah banyak dlm jabatan agama, berpura-pura aswj..🤭
Perkara iktikad dalam beragama ni kena 'firm' melalui tulisan. Sebab tu saya tulis, kalau Dr. Maza atau sesiapa pun nak beriktikad bahawa 'Allah ada tangan, tapi tangan tak seperti tangan manusia'.....sila kitabkan tulisan anda. Jangan berselindung disebalik kitab-kitab orang lain. Senang la orang nak kritik.

Ini dok debat isu yang dicungkil dari kitab-kitab terdahulu, sampai bila pun tak sudah....saya tulis ni, sebab saya sekarang sedang sambung pengajian. Lain orang, lain pemikirannya walaupun individu tu ada PHD dan berstatus Dr. Falsafah.

Nota: Saya sambung pengajian, tapi belum habis lagi.......hahahahahahahahahaha
 
Mufti-mufti ni, dibantu lagi oleh mereka yang cerdas akal bab agama kerja dengan mufti tu......bukan stand alone...

Kira, ramailah yang memang pegang dengan aliran assya'irah.....bukan kelompok kecil...
Di Malaysia...tempat lain mungkin tidak
 
Perkara ni bagus sebenarnya.....RUU ni dah tutup ruang 'syiah' kalau ada yang cuba- cuba menyusup masuk dalam pentafsiran agama islam di Malaysia.

Satu, hal besar akan ditutup.
X sedaq pula syiah dalam ASWJ sblm ni...hehe...arguement ke laut
 
31347996_580911305640786_4260789050065027072_n.jpg

...............
Banyak yang menyebarkan perkataan di atas dan menyandarkannya pada Ali bin Abi Thalib. Namun setelah kami cari dan kami periksa, tidak ditemukan sumber dan referensi sama sekali. Bahkan tidak kami temukan riwayat dari Ali bin Abi Thalib yang bunyinya demikian.

 

RUU Mufti elak istilah ASWJ 'diculik' golongan ekstrem, radikal​

Asrol Awang
[email protected]

19ntjenazah_1720005999.jpg
Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dapat elak umat Islam terpengaruh dengan golongan ekstrem dan radikal yang sanggup membunuh Muslim seperti berlaku di Ulu Tiram. - Foto NSTP
KUANTAN: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) yang mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dari sudut akidah bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah, manakala fiqh mazhab Shafie dengan meraikan tiga mazhab lain perlu disokong umat Islam sepenuhnya.
Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, berkata RUU itu sangat relevan dan penting atas semangat Persekutuan memartabatkan Majlis Raja-Raja sebagai institusi menaungi Islam di negara ini.

Oleh itu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai antara agensi agama Persekutuan dipimpin mufti mesti mengikuti dan menghayati semangat Persekutuan yang utuh sejak penubuhan Malaysia.

"Majlis Raja-Raja pula penaung kepada institusi agama negara dengan menyokong sebulat suara RUU ini.

Sebagai aliran zaman-berzaman di negara ini dan paling terbuka serta fleksibel dengan warisan, adat istiadat dan amalan majoriti umat Islam baik dalam kalangan rakyat atau bangsawan, ia menjadi identiti dan keunikan umat Islam.

"Banyak amalan tradisi Raja-Raja Melayu seperti bacaan Yasin dan tahlil dibenarkan kerana kesederhanaan aliran ini. Aliran ini tidak jumud, sebaliknya amat terbuka, tidak bersikap mengkafir atau menyesatkan secara senyap-senyap.

"Terdapat pelbagai adat istiadat termasuk adat istiadat di istana menjadi warisan penduduk umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Asmadi berkata, warisan dan adat istiadat ini akhirnya membentuk identiti serta jati diri umat Islam di negara ini hanya dapat dipertahankan dengan fahaman aliran terbuka, tidak jumud, fleksibel dan harmoni, iaitu aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.

Buktinya, katanya, masih banyak warisan dan adat istiadat masih kekal di negara ini kerana aliran al-Asyairah dikenali sebagai aliran paling toleransi dan progresif sejak zaman-berzaman.

"Aliran ini tidak terbabit langsung dengan ekstremisme dan mampu mengekang fahaman radikal di negara ini, sekali gus dapat menangkis seumpama kes di Ulu Tiram, Johor yang sanggup membunuh sesama Muslim.

"Mereka juga 'menculik' terma ASWJ. Kita kena elakkan penculikan ini," katanya.
 
Back
Top
Log in Register