BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti Perlis suruh Pak Lah Bertaubat!

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Mufti Perlis hari ini menggesa PM bertaubat kerana menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara baru-baru ini.
 
bertaubat lah kat masjid bersama2 wartawan utusan malaya..
hahaahhahaha..

kasi berita biarlah satu dunia..
baru popular... hehe..
 
itu le dia islam hadari....
:D :D
 
Aku rasa bab letak kalungan bunga ni dah ada Fatwa kebangsaan oleh Jabatan haram hukumnya. Boleh jatuh syirik= menyembah berhala. Bahaya tu beb.

Kalau kita tengok amalan penyembah berhala seperti memberi buah limau atau lain lain persembahan pada tok pekong mereka samalah amalannya memeberi kalungan bunga, tak kan anak ulama tersohor macam pak lah tu tak tahu.

Amalan syirik menyembah berhala bahaya tu. Tak diampun Allah.

Semuga dapatlah ulama hadhari menasihati umarak hadhari dalam perkara sebesar akidah ini.
 
masuk tv tak ni?
kalau kena kat pemimpin PAS ni mau dijaja secara besar-besaran ni
 
Mufti Perlis tegur Abdullah kalung bunga di Tugu Negara Cetak E-mail
Oleh Mstar
Sabtu, 02 Ogos 2008

PERBUATAN bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin membuat kenyataan ini ketika mengulas tentang istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan semalam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

"Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan *****. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin," jelas Dr Asri.

Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan," jelas Dr Asri.

Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.

Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," katanya.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008).

Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, " Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan"

sumber: http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=2105&Itemid=83

Sah Mufti perlis mintak LAH bertaubat..
 
Last edited:
Ade tak berita nih kuar dekat mainstream nyer media.. Utusan, TV3..? Aku berani kerat kuku klu ade..:(scam :(scam
 
Buat le ape yg sesuai...
 
Back
Top
Log in Register