BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muat Naik Hantaran Jelik Melampau Libatkan Pak Lah: Individu Dipenjara 10 Bulan, Denda RM50,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141
5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memuat naik komen bersifat jelik melampau serta menyinggung sensiviti agama Islam berhubung pemergian bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada April tahun lepas.

Hakim Afidah Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman itu terhadap John Mule Alai, 48, turut memerintahkan lelaki berkenaan dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

John didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana dengan sengaja memuat naik penghantaran komunikasi yang sangat melampau dengan niat untuk mengganggu mana-mana orang, menggunakan akaun Facebook “Bat Tuo Sai".

Tertuduh selaku pentadbir akaun media sosial itu telah memuat naik komen yang mencerca dan penghinaan terhadap ayat suci al-Quran dan Allahyarham Tun Abdullah atau lebih dikenali Pak Lah, pada hantaran Facebook Astro Awani berkaitan berita pemergian beliau.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 10.15 pagi, 15 April di sebuah pondok tidak bernombor di tebing Sungai Teru berhampiran Ladang Sungai Lelak, daerah Marudi, dan komen berkenaan dikesan kira-kira 11 malam hari sama di Tingkat 8, Menara 1 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya, Selangor.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dipertimbangkan hukuman ringan dan memberitahu mahkamah bahawa ini adalah kesalahan pertamanya, selain tidak mempunyai keluarga dan menghadapi masalah kewangan.

Timbalan Pendakwa Raya Nazrul Nizam Mohd Zameri dan Nur Nazhzilah Mohammad Hashim dalam hujahnya berkata kepentingan awam perlu didahulukan berbanding kepentingan peribadi tertuduh.

Pihak pendakwaan menyifatkan komen dibuat sebagai sangat menyinggung dan berniat jahat kerana mengejek ayat suci al-Quran serta menghina bekas pemimpin negara secara terbuka semasa liputan berita pemergiannya.

Pendakwaan berhujah bahawa perbuatan itu menghina Islam dan boleh menimbulkan sensitiviti awam serta memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pengajaran selaras dengan trend kes serupa pada 2020, 2022 dan 2024 yang membawa tempoh penjara sekitar enam bulan.

 
380362-380362.jpg


Muat naik hantaran jelik melampau libatkan Pak Lah: Individu dipenjara 10 bulan, denda RM50,000


Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), mahkamah turut mengenakan denda sebanyak RM50,000 terhadap tertuduh, John Mule anak Alai, 48.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan perkhidmatan aplikasi secara tidak wajar dengan memuat naik penghantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk mengganggu mana-mana orang.


"MCMC memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan platform digital yang boleh menghina agama, mencetuskan kebencian atau menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Sebarang kandungan yang bersifat menghina, menghasut kebencian atau menyinggung sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja boleh dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang," katanya.

MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah, bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Kredit➡️ Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register